UMNO berada dalam keadaan teruk dan nazak dengan kemenangan Khairy Jamaluddin. hakikat bahawa Khairy dianggap sebagai labialiti kepada parti adalah satu fakta yang diperkatakan oleh orang ramai tetapi bukan pendapat sebahagian perwakilan Pemuda UMNO Malaysia.
Seramai 304 orang perwakilan, setelah khabarnya di bawa melawat Seri Perdana secara berperingkat beberapa hari sebelumnya, telah membuat keputusan untuk mengundi Khairy.

Sama ada suka atau tidak suka Khairy adalah ketua Pemuda UMNO untuk tiga tahun akan datang kecualilah Lembaga Disiplin UMNO mendapati beliau bersalah kerana membawa perwakilan ke Seri Perdana dan atas apa yang berlaku di sana.
Walaupun tidak suka dengan kemenangan Khairy, kita perlu menerima hakikat bahawa acara mengira undi bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan naibnya dijalan secara telus.
Memang benar ia mengambil masa yang lama. Ini berlaku kerana ada drama di dalam dewan pengiraan undi. Wakil-wakil calon bagi ketiga-tiga sayap UMNO mengadaklan protes untuk memboikot pengiraan undi kerana Jawatankuasa Pengiraan Undi enggan mengira satu persatu kertas undi di hadapan Wakil Calon.
Hampir dua jam rundingan diadakan barulah jawatankuasa tersebut bersetuju proses pengesahan dan pengasingan kertas undi di adakan di hadapan wakil calon bagi jawatan Ketua dan Naib Ketua (sebelumnya wakil calon diletak pada jaran yang jauh dan hanya menonoton melalui skrin).
Kemudian wakil calon dimaklumkan bahawa undi akan dikira oleh penyelaras yang dilantik dan keputusannya hanya akan diumumkan oleh Pengerusi Perhimpunan Agung setiap sayap UMNO. Wakil calon hanya boleh menonton melalui skrin dan tidak akan dimaklumkan jumlah undi.
Ini sekali lagi menimbulkan kemarahan wakil-wakil calon dan mereka bersepakat untuk memboikot pengiraan undi sehingga dibenarkan melihat keseluruhan proses pengiraan dan jumlah undi hendaklah dimaklumkan kepada wakil calon.
Protes ini sekali lagi menangguhkan proses pengiraan undi. Apabila permintaan ini dipersetuju, barulah proses pengiraan undi dijalankan. Proses ini hanya bermula jam 6.30 petang. Ini menyebabkan keputusan keluar lewat.
Tiada sebarang penipuan terhadap kiraan undi dapat dibuat.
Kita tidak pasti jika ada usaha menukar tong atau sebagainya ketika kekecohan antara wakil calon dengan jawatankuasa pengiraan undi. Ini kerana ketika itu tiada wakil calon yang benar-benar mengawasi peti-peti undi tersebut.
Bagaimanapun usaha untuk menukar peti undi ketika itu sangat berisiko dan hampir mustahil dilakukan.
Terimalah hakikat Khairy Jamaluddin telah dinobatkan sebagai Ketua Pemuda UMNO oleh 304 orang perwakilan Pemuda. Mungkin jika UMNO mempunyai sistem dua pusingan pertandingan di mana dua teratas berentap sekali lagi maka Khairy tiada harapan untuk menjadi Ketua Pemuda.
Pemuda UMNO telah membuat keputusan. Take it or leave it? atau kamu semua boleh ikut pembangkang.
dalam laman seorang pemimpik PKR Badrul yang kalah dalam pilihanraya Rembau beliau juga seronok tengok pertembungan dalam Umno khususnya pemuda ini berterusan.

No comments:
Post a Comment