Wednesday, May 15, 2013

TAMAT PILIHANRAYA NAJIB TEWAS

Setelah tamat pilihan raya - kami memulakan blogging semula kerana kami tidak mahu niat kami disalah tafsirkan untuk menggagalkan PRU 13 ini.Setelah tamat dan setelah kabinet di lantik - gerakan kami kami teruskan untuk menolak Najib Tun Abdul Razak yang pada kami telah gagal dalam usaha untuk memartabatkan Barisan Nasional sekali gus menaikkan martabat orang Melayu. Najib gagal sehingga PRU 13 ini menyaksikan Selangor yang dipimpin oleh Najib tewas teruk kali ini. Kita saksikan undi meningkat di Terengganu - Johor dan dan kerusi lain seperti di Melaka.

Najib TEWAS dan Najib perlu melepaskan jawatan untuk kepentingan bersama khususnya dalam berdepan dengan saat getir politik negara. Mungkin Najib mahu secara akur melepaskan jawatan Presiden dan Perdana Menteri kerana kegagalkan dalam menerajui Barisan Nasional dan UMNO khususnya.

HANYA SATU YANG PERLU KITA FAHAM - NAJIB TEWAS - MASA UNTUK MELEPASKAN JAWATAN

Friday, February 22, 2013

flora Ong

Deepak hari ini mendedahkan satu lagi nama Flora Ong dalam siri pendedahan beliau mengenai Najib dan Rosmah. Deepak sebelum ini telah mula membuat siri-siri pendedahan dan akan melancarkan buku kedua beliau mengenai Najib dan Rosmah. Orang Umno bila nak start berfikir bahawa Najib akan menjadi punca kekalahan UMNO dalam PRU 13 nanti sekiranya Najib tidak meletakkan jawatan. 

Isu Altantuya sendiri sepatutnya membuka mata orang Umno untuk mula tolak Najib dan membuka semula kes pembunuhan tersebut. Orang Umno sendiri perlu mengambil tindakan segera agar Umno dapat diselamatkan dari Najib yang tunduk pada Rosmah.

Kita perlu sedar bahawa siri pendedahan Najib akan menjadi lebih luas terbuka dan ini akan menjadikan beliau liabiliti untuk Umno. Najib perlu undur segera!

Saturday, February 9, 2013

Lebih banyak pendedahan - Najib sedialah undur

Deepak memaklumkan bahawa lebih banyak pendedahan akan dibuat oleh beliau berhubung dengan Najib Tun Razak dan Rosmah. Bersedialah kita - untuk tolak Najib dengan segera sebelum UMNO tersungkur kerana mereka berdia.

Friday, February 8, 2013

Rosmah - lepaskan jawatan dalam Bakti


KUALA LUMPUR: Saudagar permaidani, Deepak Jaikishan mencabar bekas rakan perniagaannya, Datik Seri Rosmah Mansor agar melatakkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Bakti hari ini juga.
Langkah ini perlu untuk menjaga nama baik Bakti ekoran pelbagai skandal yang sedang dihadapi Rosmah.

"Dia boleh teruskan sebagai penasihat Pandu Putri kerana ia tidak akan jejaskan nama baik negara," kata Deepak dalam kenyataannya. Bakti adalah Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) yang dipimpin Rosmah.

Deepak sebelum ini adalah rakan perniagaan Rosmah yang berjalan di Rumah Perdana Menteri selama 7 hingga 8 tahun.

Deepak mendedahkan, beliau telah membuat pelbagai jenis perniagaan yang dirancang Rosmah untuk memberikan wang kepada Rosmah.

Antara arahan Rosmah yang terpaksa beliau lakukan adalah membantu Najib memaksa penyiasat persendirian P Balasubramaniam membuat akuan bersumpah kedua yang menafikan sama sekali akuan bersumpah pertama yang dibuatnya.

Deepak mengaku beliau terlibat memujuk Balasubaramaniam untuk membuat SD 2 itu atas arahan Rosmah.

Bagi Deepak, Umno dibawah Najib telah lumpuh sepenuhnya.

"Para menteri perlu mendesak agar segala dakwaan ke atas Najib ini disiasat atau menjadi sebahagian dari 'Lame Duck' kabinet yang diketuai oleh 'Sitting Duck PM," kata Deepak.

Lame Duck adalah istilah yang digunakan untuk ahli politik yang menjadi alat sahaja dan sudah sampai kepada penghujungnya dalam keadaan semua sudah tahu sudah ada penggantinya.

Deepak memberikan tiga kes utama yang perlu disiasat iaitu skandal penjualan tanah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), pembunuhan Altantuya Shariibuu dan penjualan tanah tapak lapangan terbang tentera Sungai Besi.

Thursday, February 7, 2013

Najib arah beli Boustead





Saudagar karpet Deepak Jaikishan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan individu yang bertanggungjawab mengarahkan Boustead Holding untuk mengambil alih kepentingan dalam syarikatnya, Astacanggih Sdn Bhd.

"Arahan diberikan daripada Datuk Seri Najib kepada pengerusi Boustead secara langsung. Saya tahu perkara ini, sebab saya berada di sana sewaktu arahan diberikan," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Ahli perniagaan itu bagaimanapun tidak menyatakan bentuk arahan dan lokasi berkenaan ketika Najib didakwa memberi arahan tersebut.

Deepak mendakwa tindakan itu dibuat kerana Najib "tidak mahu didedahkan bahawa ahli keluarganya telah mendapat duit untuk meluluskan pemindahan tanah ini kepada kita".
Sehubungan itu juga, beliau menggesa Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menarik balik saman yang difailkan ke atas Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli.

Ahmad Zahid memfailkan saman berkenaan akhir bulan lalu atas kenyataan Rafizi berhubung urusniaga tanah melibatkan Boustead dan Astacanggih, yang didakwa memfitnah dirinya.
Deepak berkata, beliau berharap Ahmad Zahid dapat menarik balik tindakan undang-undang tersebut kerana Rafizi menurutnya "tidak tahu perkara ini".
"Apa-apa tindakan (sepatutnya) diambilkan ke atas Datuk Seri Najib kerana dia telah mengarah perkara ini berlaku.

"Jadi, saya minta kepada Datuk Zahid, tak payah ambil tindakan kepada Rafizi," katanya lagi dalam sidang media selepas pertemuan dengan pemimpin kanan PAS hari ini.

Boustead pada 27 Disember lalu mengumumkan anak syarikat milik penuhnya Bakti Wira Development Sdn Bhd mengambil alih 80 peratus kepentingan dalam Astacanggih.
    
Pengambilalihan itu merupakan proses korporat untuk menguasai 80 peratus kepentingan dalam 80.9371 hektar tanah pembangunan di Bukit Raja membabitkan sebanyak RM160 juta atau RM18.37 sekaki persegi.

Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor pada masa itu menyatakan bahawa langkah berkenaan merupakan tindakan korporat Boustead Holdings Bhd yang berasaskan
pertimbangan komersil.

Urus niaga menjadi sasaran kritikan PKR yang menyifatkannya sebagai pelaburan "tidak masuk akal" memandangkan tanah berkenaan masih dimiliki kerajaan persekutuan.

Parti itu menyebut tanah berkenaan tidak dimiliki Awan Megah dan tertakluk pada kebenaran pindah milik dan pembangunan oleh kerajaan Selangor.

Wednesday, February 6, 2013

SEKALI LAGI AKAN BERTERUSAN - KEMPEN MUHYIDDIN 4 MALAYSIA PERLU KITA SEBARKAN. SELAMATKAN UMNO DARI NAJIB TUN ABDUL RAZAK. 

Najib-perlu undur demi UMNO

Rakan - rakan dalam UMNO

Kita tersepit dalam mengkritik Najib dan isterinya Rosmah kerana kita rasa kalau kita kritik mereka maka Umno akan mendapat padah. Itu rasa kita. Tetapi apa yang berlaku ianya Najib dan Rosmah khususnya telah melakukan perkara-perkara yang lebih memmberi kesan negatif terhadap Umno. Kita sebenarnya berhadapan dengan masalah ketakutan kita dalam Umno sehingga kita terpaksa berbohong dan akhirnya kita menanggung risiko membuat Umno lebih ditolak oleh rakyat.

Najib perlu letak jawatan dan Umno perlu dipimpin oleh Muhyiddin dalam usaha  mendapatkan semula keyakinan Umno. Najib kena dihadapkan kepada Umno segera untuk Umno dan Umno perlu membuat keputusan segera. Keputusan itu hanya tinggal - Najib perlu melepaskan kedudukan dalam Umno dengan segera. 

Kita perlu sedar bahawa sesama kita juga tertanya mengenai kes Altantuya. Kes besar yang masih tidak terjawab. Kita masih tertanya mengenai kapal selam, cincin rosmah, rasuah dan berbagai lagi jenayah besar. 

Kita tidak boleh berdiam diri dalam kes Altantuya. Kita tidak boleh membenarkan isu itu terus merosakkan negara ini.

Rakan dalam Umno

Muhyiddin perlu segera bertindak. Muhyiddin perlu segera memacu semula Umno untuk mendapatkan semula keyakinan rakyat khususnya Melayu terhadap Umno. Ini perlu dan ini mesti kita lakukan segera.

Ayuh kita lakukan segera......desak Najib untuk melepaskan jawatan