Saturday, March 28, 2009

APAHAL HAL YB AHMAD ZAHID HAMIDI MENYIBUK LEBIH

Zahid Hamidi

Aku tahu le Zahid Hamidi ni MP dari Perak tetapi dalam isu MB di Perak, mengapa dia terlebih sudu dari kuah?

Adakah Zahid Hamidi menangguk di air yang sedang keruh? Apakah belaiu minum air sambil menyelam?

Gelagat Zahid Hamidi sekarang adalah contoh nyata mencari kesempatan sewaktu UMNO diambang perhimpunan agungnya.

Ahmad Zahid ialah calum Naib Presiden UMNO.

Kalau dikaji dari sudut perundangan dan perlembagaan Negeri Perak tidak ada suatu apa pun yang dapat dilakukan oleh Zahid Hamidi.

Beliau walaupun Menteri di Jabatan PM hanya boleh bersuara dari jauh ibarat ayam berkokok di waktu dinihari.

Untuk mengarahkan itu dan ini ataupun memberikan pandangan itu dan ini dari jauh, sebagai anak Perak, YB Ahmad Zahid Hamidi telah melampaui dan menyaingi Dr Zamry sendiri sebagai MB Perak. Seolah olah Dr Zamry tidak dapat berfikir dan membuat keputusan sendiri ataupun apabila Dr Zamry telah membuat keputusan, ada pula keputusan yang lain dari Ahmad Zahid Hamidi ataupun Pak Dol sendiri.

YAB Dr Zamry perlulah kini diberi kesempatan untuk menangani kemelut ini secara bijak dan berhemah. Campurtangan pihak pentadbiran Persekutuan hendaklah di lakukan mengikut saluran yang tidak akan menampakkan seolah olah YAB Dr Zamry tidak bermaya.

Yb Ahmad Zahid Hamidi perlulah menghentikan sidang media yang menghentam seolah olah BN saja yang pandai. Kalau BN pandai, kenapa Perak masih belum tenteram.

Politik di Perak kini memerlukan banyak pakar; pakar perundangan, pakar penasihat, pakar strategi, pakar adat istiadat, pakar agama, pakar ekonomi dan berbagai pakar lagi.

Yang nyata kesemua pakar pakar ini hendaklah bergabung dibawah satu Ketua iaitu YAB Dr Zamry untuk memutuskan cara berkesan menangani semua permasalahan di Perak. YAB Dr Zamry hendaklah di lihat sebagai pemimpin yang membuat keputusan dan bukan mengikut keputusan yang di buat pihak Persekutuan.

Setakat sekarang masaah yg sudah selesai ialah

1. Dr Zamry berjaya mengangkat sumpah sebagai MB walaupun dibantah dan dihalang.

2. Dr Zamry sudah dapat memasuki pejabat MB Perak

3. Dr Zamry sudah mendapat kembali kediaman rasmi MB Perak

Yang belum selesai

1. Dr Zamry dan 6 exconya di gantung sebagai ahli Dewan oleh Speaker

dR zAMRY MESTILAH DIBERI RUANG YANG SECUKUPNYA UNTUK MEMPRAKTIKKAN KEBIJAKSANAANNYA MENANGANI ISU INI.

SEKIRANYA AHMAD ZAHID HAMIDI NAK MASUK CAMPUR, BIARLAH DISALURAN YANG TIDAK MERENDAHKAN KEBIJAKSANAAN YAB MENTERI BESAR PERAK ITU.

No comments: