Saturday, March 28, 2009

Apa kata penyokong Mahathir ?

MIRZAN, anak sulong kepada dr Mahathir Mohamad membeli sebahagian dari saham dalam syarikat pembuat arak dari Jepun, Kirin holdings Co. Ltd. Demikian dedah Business Mirror dalam laporannya 23 Februari lepas.

Menurut laporan itu, Mirzan merupakan salah seorang daripadaempat tokoh perniagaan yang membiayai Q - tech, sedang berusaha membeli sejumlah 20% saham bernilai USD 20 juta syarikat jepun itu. Tokoh-tokoh lain lain ialah Roberto V. Ongpin,Eric O.Recto dan Alexender Blador.

Pembelian itu dibuat melalui San Miguel Corporation yang beribu pejabat di Filipina. Transaksi pembelian itu dijangka dilengkapkan Mei depan.

Petronas sebelum ini terpaksa menyelamatkan syarikat milik Mirzan, Konsortium Perkapalan Bhd. (KPB) kerana kerugian 1.5 Billion ketika bapanya masih berkuasa.

No comments: