Lembaga Disiplin katakan Khir Toyo bersih, mari kita ketawa dengan fakta itu.
Kepada perwakilan pemuda ingat Khir ini pemimpin jawa/melayu yang menjadi penyebab orang melayu selangor benci Umno.
Ingat peristiwa berembang ? ini sajak dari seorang anak berembang.
Semalam aku bisikan ke telinga anak kecil ku
Esok lusa jika aku dijemput kembali
Aku akan pergi , jika itu janji aku pada Ilahi.
kata ku kepada anak ku
berjanji la kamu,
sebagai saksi
apabila syurga kita
melutut menyembah bumi sendiri
kerana khianat bangsa kita sendiri
Mereka ragut kebahagian kita
untuk ketamakan mereka
dari derita kita
dari air mata kita
dari kesengsaraan kita
dari keringat dan peluh ayah
dari tangis dan rayuan ibu mu
dari kesombongan mereka
dari kuasa bongkak mereka
dari kezaliman mereka
dari ketamakan mereka
dari keangkuhan mereka.
Mereka diri kan istana mereka
Mereka roboh kan mahligai kita
Anak ku
berjanji lah
kerana kau juga menjadi saksi
kerana kau juga yang mengerti
kerana kita lemah tak berdaya
kerana kita mangsa haloba mereka
sahabat ku
Hari ini mereka merayu
hari ini mereka menagih
mereka berjanji
mereka lakukan apa saja
kerana mereka mahukan kembali
kuasa mereka
kerana
Allah SWT
Allah tarik kuasa mereka
Allah tarik keangkuhan mereka
Allah tarik kesombongan mereka
Allah tarik negeri mereka
Allah tarik mahkota mereka
No comments:
Post a Comment