Ekoran daripada pendedahan oleh Ketua Pembangkang Dewan Rakyat mengenai isu pembelian Eurocopter dengan harga begitu tinggi dan memberi keuntungan kepada pihak-pihak tertentu. Akhirnya, Perdana Menteri mengumumkan keputusan kerajaan menangguhkan pembelian tersebut. Hari ini, sekali lagi pendedahan isu penyelewengan dalam Kementerian Pertahanan mengenai proses perolehan dan mempunyai unsur kronisme bagi pemimpin negara. Orang yang bernama Syed Abu Hussin Bin Hafiz Syed Abdul Fasal tidak asing lagi bagi kakitangan dan kontraktor-kontraktor Kementerian Pertahanan. Pada masa yang sama, beliau juga merupakan ahli UMNO (No ahli: 00924477) dari Bahagian Bukit Gantang, Perak.
Beliau mempunyai lebih 30 syarikat di mana beliau merupakan ahli lembaga pengarah ataupun pemegang syer. Melalui syarikat-syarikat ini, beliau berjaya menguasai hampir 90% projek-projek pembekalan pelbagai rangsum bagi Kementerian Pertahanan yang mencecah ratusan juta ringgit. Contoh syarikat yang dimiliki oleh beliau seperti berikut:-
a. Komantra Sajian Sdn Bhd memperolehi secara rundingan terus projek penswataan perkhidmatan katering Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi Zon Utara dan Timur Semenanjung Malaysia yang mencecah lebih daripada RM 600 juta.
b. Gpb Coporation Sdn Bhd memperoleh projek perkhidmatan pengangkutan bas untuk kem-kem Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mencecah lebih daripada RM 300 juta.
Bukan sahaja memperolehi projek-projek begitu senang sekali, beliau turut tidak melaksanakan tugas dengan beramanah. Antaranya, menghantar bekalan yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam tender. Mengurangkan kuantiti bekalan yang sepatutnya dihantarkan atau tidak menghantar bekalan langsung tetapi invoice tetap dihantarkan kepada Kementerian Pertahanan untuk proses pembayaran.
Ini telah membuktikan sekali lagi keraguan dan ketelusan yang melibatkan pemimpin negara untuk memberi keuntungan kepada pihak-pihak tertentu dalam Kementerian Pertahanan.
No comments:
Post a Comment