Sunday, March 22, 2009

Injunksi Mahkamah Halang Umno Teruskan Persidangan

Satu perintah mahkamah bakal diambil oleh dua orang ahli Umno bagi menghalang parti tersebut daripada meneruskan hasratnya untuk mengadakan perhimpunan agung dan permilihannya Selasa depan.

Datuk Kadar Shah Sulaiman dan Datuk Mazlan harun, kedua-duanya anak kepada tokoh veteran Umno, dijangka akan mendapatkan injunksi awal minggu depan bagi menghalang persidangan Umno diteruskan.

"Kami mahu semua kes rasuah politik dalam Umno diselesaikan oleh Umno sebelum parti boleh bersidang dan memilih pucuk pimpinan baru," kata Kadar Shah ketika dihubungi TV Antara hari ini.

Sekiranya mereka berjaya mendapatkan perintah mahkamah ini bermakna Timbalan Presiden Umno yang menang tanpa bertanding sebagai presiden baru parti terpaksa menunggu lebih lama untuk dinobatkan secara rasmi sehingga selesai kesemua lebih 900 kes rasuah politik yang diterima oleh Lembaga Disiplin Umno.

Kalau pada tahun 1988 Umno yang ditubuhkan pada 1946 dibatalkan pendaftaran akibat tindakan 11 orang ahlinya yang mengheret pertubuhan itu ke mahkamah, kini parti berusia 63 tahun itu yang ditubuhkan semula sebagai Umno Baru mungkin akan ditimpa nasib yang sama.

No comments: