Semua orang tahu projek mengambil alih Perak ialah projek 'bakal Presiden Umno' (Presiden Umno nampak confirm tapi Perdana Menteri belum tentu lagi). Tahniah di ucapkan kerana berjaya menumbangkan kerajaan PR dan menyungkurkan ego Anwar Ibrahim.
Namun kegusaran yang lebih ialah taktik Najib ini akan lebih menyemarakan lagi kemarahan rakyat kepada Umno.
Selamat komen pertama Tun Mahathir cukup menarik. Umno nampak terdesak sehingga sanggup menerima pemimpin rasuah.
Bukankah lebih baik dan bermaruah dua pemimpin ini sememangnya tertangkap ketika menerima rasuah. Kes nya jelas. Biarkan mereka di dakwa dan didapati bersalah minggu depan di mahkamah. Kemudian Umno tawan melalui pilihanraya kecil. Kemasukan seorang YB DAP di alukan kerana dia bersih dan mempunyai reputasi baik dikalangan pengundi kawasanya. Kemasukan ADUN Bota cukup mengelirukan dan percayalah dia ini harus kita rendam terus tetapi penerimaan semual dia tidak memburukkan imej UMNO tetapi hanya akan mempercepatkan kematian hanyat politik beliau yang nampak seperti badut.
Merampas kerajaan bukan benda baru, Anwar pun pernah buat di Sabah (sekarang kena pada dia padan muka) tetapi kes di Perak dengan memancing ADUN rasuah amat memburukkan imej Umno..... dikhuatiri hancur terus imej UMNO di kalangan orang Melayu kerana strategi Najib.
No comments:
Post a Comment