Tuesday, February 3, 2009

Malaysiakini ~ Kem Khir Toyo dan Kem Mukhriz perang dingin yang kini telah menjadi panas?

Mungkin ramai yang tidak menyangka dan mengetahui dalam ketenangan pemilihan UMNO yang akan berlangsung pada bulan Mac ini sebenarnya berkocak bagaikan badai yang melanda pantai. Mungkin ramai tidak tahu dan menyangka dalam pergolakan antara sayap-sayap yang akan mempertandingkan jawatan-jawatan hadapan sayap-sayap parti UMNO pemilihan Pemuda adalah yang paling hebat diperkatakan dan juga di perbincangan sesama pemerhati politik.

Pada mulanya ramai yang meyangkakan bahawa Khir Toyo dan Mukhriz akan menjadi regu hanya untuk pencalonan bagi menyekat pencalonan KJ dan ada yang menyangkakan bahawa keakraban mereka merupakan satu pakatan untuk menjatuhkan KJ. Namun apabila waktu pencalonan berjalan, keadaan menjadi lain dan bertambah serius. Muhkriz sebenarnya tidak menduga Khir Toyo akan melepasi kuota pencalonan kerana Mukhriz sebenarnya tidak mahu Khir Toyo melepasi kuota tersebut.

Khir Toyo menyangka Mukhriz akan membantu beliau setelah mendapat pencalonan yang cukup. Ketamakan Mukhriz untuk menjadi calon popular membuat beliau mahukan lebih banyak pencalonan bagi memastikan bahawa beliau akan dianggap sebagai calon popular sehingga Mukhriz telah melanggar kawasan-kawasan yang telah dimasuk oleh Khir Toyo dan kawasan yang di anggap kubu Khir Toyo.

Apabila saat semakin menghujung, Khir Toyo masih jauh ketinggalan dan Mukhriz sudah boleh tersenyum kerana Mukhriz hanya mahu bertanding satu lawan satu dengan KJ kerana dia yakin jika perlawanan ini adalah perlawanan satu lawan satu hanya dengan KJ, kerusi Ketua Pemuda UMNO pasti sudah ditangan beliau, itu kiraan beliau dan disebaliknya bagi team KJ jika ini berlaku perlawanan kian menjadi mudah bagi KJ. Bagi team KJ, mereka akan hadapi siapa sahaja yang akan bertanding.

Team Mukhriz amat terperanjat sekali apabila diakhir garisan Khir Toyo bertambah tenaga dan berjaya pula memotong KJ dan tenaga Khir Toyo bagaikan tenaga dalam drama Melayu di TV, drama Papaya. Jika dihitung dan dicongak dan disampuakan, mustahil Khir Toyo mempunyai tenaga sedemikian jika sekiranya tiada vitamin yang kuat membantu beliau, tak kiralah apakah mukjiizat yang telah membantu beliau. Walaupun Tun Mahathir, BAPAK kepada Mukhriz dan IDOLA serta BOSS kepada Khir Toyo juga merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Bagaimana Khir Toyo boleh jadi PAPAYA di akhir garisan. Lantas terdengarlah sumber-sumber yang boleh dipercayai mengatakan Tun berkata ada orang menabur rasuah dalam UMNO, Mukhriz tidak rasuah, Mukhriz seorang sahaja bersih, jika ada ejen yang memberikan wang seperti NASH, TUN FAIZAL, atau sesiapa JENTERA MUKHRIZ YANG KITA KENALI, itu semua hanya mahu memburukkan MUKHRIZ sahaja, MUKHRIZ bersih tak main wang............... Mukhriz tak pernah bagi rasuah.

Kata-kata ini meresapi masuk ke kem Khir Toyo dan Team Khir Toyo mula kecil hati dengan Team Mukhriz dan dikatakan kini berlaku perang dingin antara Team Khir Toyo dan Team Mukhriz tetapi yang terbaru tidak lagi, perang ini tidak lagi menjadi perang dingin tetapi telah menjadi perang PANAS........ Ada yang mengatakan Team Khir Toyo merajuk gila dengan Team MUKHRIZ ........ mereka berkata bahawa Tun sendiri kini sedang melihat Khir Toyo di hujung mata, sekiranya Khir Toyo menang dalam pertandingan Ketua Pemuda UMNO ini, nasib beliau akan menjadi sama dengan nasib Perdana Menteri akan sentiasa dikorek sehinggalah jatuh dari kerusi berkenaan dan Mukhriz akhirnya akan memainkan perana menghantar surat terbuka dan kemudian akan membuat sidang akhbar meminta perubahan serta tektik-tektik ritorik beliau akan terkeluar kesemuanya.

Inilah hebatnya pertandingan merebut Ketua Pemuda UMNO, Obama kalau bertanding, belum pasti menang lagi, mungkin akan tewas kepada Khir Toyo by nose atau dengan Mukhriz By head shine dan dengan KJ by inches (ketinggian).. Begitulah hebatnya calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

3 comments:

Anonymous said...

Salam...
Saya rasa isu dalam UMNO seperti isu Pemilihan Mac UMNO tak perlu dikecohkan. Bukan apa, ia hanya akan memberi peluang kepada pembangkang untuk meneruskan agenda jahat mereka...

Anonymous said...

betul la sameon..
pembangkang hanya tggu pluang jer serang...

Anonymous said...

betul la sameon..
jgn biar pembangkang ambik kesempatan...