MM = Malapetaka Malaysia
"PPSMI (Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) dilaksanakan tanpa apa-apa kajian atau penyelidikan. Ia dibuat hanya atas cakap Perdana Menteri pada masa itu.
Pada masa itu cakap PM adalah hukum. PM cakap aje, Menteri pun angguk, Pegawai Kementerian Pendidikan (KPM)(masa itu) pegang celah kangkang dan terus laksana. SYMP (saya yang menurut perintah). PPSMI terus dilaksanakan 2003 untuk darjah 1, untuk tingkatan 1, untuk tingkatan 4 dan untuk enam rendah. Untuk mengajar guru-guru diberikan kursus ETeMS dan digula-gulakan dengan elaun BISP.
Apa isu yang jadi pemula PPSMI? Kata sahibul hikayat berlaku peristiwa diatas angin pegawai diplomat Malaysia tak boleh bercakap Inggeris. Maka murkalah PM. Atas dasar globalisasi maka PPSMI diarahkan buat. Itu aje. Maka riuh rendahlah penyokong PM bersuara sehingga kehari ini bahawa kalau nak maju mesti berbahasa Inggeris".
[Rujuk]
[Malapetaka Malaysia]
1 comment:
Ya lah... Masa Mahathir jadi PM, tak ada siapa pun berani lawan. Kalau hitam katanya, hitam la. Kalau putih katanya, putih la. Masa tu, ramai yang taksub pada beliau walaupun ada yang tahu perangai Mahathir macam mana... Berbalik pada isu PPSMI, sebagaimana yang kita tahu, ia adalah kesan daripada 'penjajahan' Mahathir pada masa sebelum Pak Lah jadi PM...
Post a Comment