Monday, February 2, 2009

Malaysiakini : Populariti Najib menurun

Populariti bakal Perdana Menteri, Najib Razak, menurun. Bertentangan dengan tanggapan sesetengah ahli Umno, populariti Pak Lah sebenarnya lebih tinggi dari bakal penggantinya itu.

Itulah hasil kajian yang dilakukan oleh Merdeka Center yang dikeluarkan hari ini.
(Hasil kajian: http://www.merdekafile.org//download/Peninsula%20Msia%20Voter%20Survey%20Jan%202009-%20Poll%20Findings.pdf)

Berikut ialah hasil kajian berdasarkan populariti Najib dan Abdullah Ahmad Badawi hasil dari kajiselidik di kalangan responden di Semenanjung.

Najib Razak: 41% (Dis 08'); 43% (Okt-Nov 08')

Pak Lah: 46% (Dis 08'); 45% (Okt-Nov 08')
http://www.merdekafile.org//download/News%20Release%20-%20Peninsular%20Malaysia%20Survey%20January%202009.pdf

Malaysian Insider, portal berita pro-Pak Lah, dalam rencananya bertajuk "Low Approval for Najib, Pak Lah in new poll as power transfer looms" , bukan Melayu dikatakan bimbang kemungkinan Najib adalah seorang ekstrim Melayu.

1 comment:

Anonymous said...

Ini merupakan 'bunga-bunga' awal yang manunjukkan bahawa Najib tidak layak untuk menjadi PM dan Presiden UMNO. Adakah kemungkinan juga ini menunjukkan bahawa Pak Lah akan mengekalkan jawatannya?...Ia lebih bagus daripada Njaib jadi PM...