Tahun Baru 2014 akan menyaksikan Najib di tentang
bukan saja oleh pembangkang malah keseluruhan rakyat Malaysia termasuk Umno
sekali. Keadaan politik Najib semakin meruncing dan semakin nampak bahawa apa
yang dikatakan mengutamakan RAKYAT bukan satu manifesto yang benar malah
setakat hari ini menyukarkan dan menyulitkan RAKYAT. Politik dalam Umno juga
bergolak, membantah cara Najib mengendalikan PAU. Najib sekarang terdesak dan
Malaysia hari ini harus membayar kesalahan polisi politik Najib sehingga
menyulitkan rakyat. Umno semakin menjadi liabiliti dan rakayt semakin hari
semakin menekan Umno. Gara-gara tindakan Najib dan para penasihatnya Najib
semakin menekan rakyat. Adakah rakyat sepatutnya membayar tindakan kegagalan
Najib?
Umno di bawah Najib semakin jauh dari rakyat.
Keadaan ini mendesak agar kerajaan menghabiskan banyak wang untuk menjana
kecerahan politik Umno dan Barisan Nasional. Dana mula di salurkan untuk bukan
sahaja mendapatkan balik sokongan terhadap Umno dan BN malah ditaburkan untuk
ahli UMNO turut menyokong Najib sebagai kepimpinan Umno. Keadaan membeli
sokongan ini adalah punca Najib menggunakan banyak wang kerajaan untuk program
yang tidak langsung membantu Najib dalam meraih sokongan rakyat. Malah setelah
wang di curahkan kepada rakyat, sokongan terhadap Umno semakin merosot. Najib
melakukan cara yang paling ortodoks, cuba membeli hati rakyat dengan wang dan
cuba membeli hati orang UMNO dengan cara yang sama untuk terus memegang jawatan
Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia.
Malang sekali suara beberapa kerat penyokong
Najib yang terdiri daripada penasihat-penasihat beliau yang gagal lebih kuat
dari suara bantahan yang takut akan kehilangan tempat dan jawatan dalam Umno.
Kita lebih suka berdiam diri, membiarkan Umno terus dikecam dan dihina.
Tindakan Najib yang cuba membeli undi kaum Cina menunjukkan bahawa bukan sahaja
beliau jauh dari realiti keadaan politik Cina sebenarnya tetapi tidak memahami
senario politik semasa. Usaha terus membeli undi Cina adalah cara lapuk dan
akan hanya menjarakkan kedudukan sosio ekonomi antara kaum.
Hari ini kita kan membayar semua kesalahan,
keborosan dan kesalahan Ds Najib dan Rosmah dalam memerintah negara ini. Hari
ini kos kehidupan terus meningkat kerana Najib perlu membayar segala kesilapan
beliau dan keborosan yang berlaku. Kita dalam Umno perlu lakukan sesuatu
sebelum Umno terus tersisih dari mendapat sokongan orang Melayu dan BN untuk
sokongan keseluruhan.
1 comment:
Saya setuju dengan gesaan Najib must go. Sehingga hari ini apa yang kita nampak adalah transformasi palsu, mengutamakan rakyat palsu. Harga brg melambung pas itu nak kuar cara mengatasi masalah ni..apa citenya..
Post a Comment