Ramai yang mahu menjaga hati
Najib sebagai PM Malaysia dengan mengatakan bahawa penasihat-penasihat Najib
sendiri yang salah memberi nasihat sehingga rakyat Malaysia sedang berhadapan
dengan krisis kenaikan kos harga barangan dan peningkatan kos sara hidup. Dalam
Umno pula ramai yang mengatakan juga penasihat politik Najib merupakan punca pergolakan
dalam politik Umno, pemilihan yang pincang, ,malah hari ini ramai yang tidak
berpuas hati dengan keputusan PAU.
Semua itu salah penasihat atau Najib
sendiri. Kita tidak mahu cerita tentang campur tangan Rosmah dalam hal nasihat
menasihati PM ini kerana Najib sebagai
PM wajar meneliti dan mengkaji sendiri sebelum sebarang keputusan dan
polisi baru kerajaan di gubal atau di bentuk.
Ahli Umno sendiri perlu sedar
bahawa risiko besar adalah untuk terus membiarkan Najib menjadi Presiden Umno
dan Perdana Menteri Malaysia kerana ini akan menyulitkan peluang Umno untuk
terus menerajui politik negara ini.
Kita harus mengulas semula
kepimpinan Najib selama ini. Kita perlu membuat evaluation mengenai kepimpinan
beliau dan salah satu point of reference mengenai Najib adalah prestasi beliau
dalam PRU baru-baru ini. Isu lain adalah pencapaian beliau dalam memastikan
kesejahteraan rakyat terbela dan kedudukan Umno di bawah pemerintahan beliau.
Kita belum lagi mengulas isu lama yang melibatkan keperibadian dan kes-kes
jenayah lain yang Umno sendiri tahu dan ragu tetapi terpaksa menelan kerana
menyelamatkan Umno.
Sebenarnya bukan cara itu untuk
kita menyelamatkan Umno. Kita perlu sedar bahawa keadaan masyarakat yang
semakin peka politik dan semakin terbuka kepada informasi melalui media yang
tidak lagi ortodoks. Najib mempunyai banyak isu yang belum diselesaikan, Umno
akan terus menjadi mangsa dalam usaha Najib untuk menutup isu-isu besar yang
ada dan yang beliau serta Rosmah terpalit. Umno perlu bangkit dalam gerakan
baru mengatakan TIDAK UNTUK NAJIB.
No comments:
Post a Comment