Wednesday, January 1, 2014

NAJIB MUST GO - membeli sokongan dengan wang

NAJIB MUST GO - membeli sokongan dengan wang

Tahun Baru 2014 akan menyaksikan Najib di tentang bukan saja oleh pembangkang malah keseluruhan rakyat Malaysia termasuk Umno sekali. Keadaan politik Najib semakin meruncing dan semakin nampak bahawa apa yang dikatakan mengutamakan RAKYAT bukan satu manifesto yang benar malah setakat hari ini menyukarkan dan menyulitkan RAKYAT. Politik dalam Umno juga bergolak, membantah cara Najib mengendalikan PAU. Najib sekarang terdesak dan Malaysia hari ini harus membayar kesalahan polisi politik Najib sehingga menyulitkan rakyat. Umno semakin menjadi liabiliti dan rakayt semakin hari semakin menekan Umno. Gara-gara tindakan Najib dan para penasihatnya Najib semakin menekan rakyat. Adakah rakyat sepatutnya membayar tindakan kegagalan Najib?

Umno di bawah Najib semakin jauh dari rakyat. Keadaan ini mendesak agar kerajaan menghabiskan banyak wang untuk menjana kecerahan politik Umno dan Barisan Nasional. Dana mula di salurkan untuk bukan sahaja mendapatkan balik sokongan terhadap Umno dan BN malah ditaburkan untuk ahli UMNO turut menyokong Najib sebagai kepimpinan Umno. Keadaan membeli sokongan ini adalah punca Najib menggunakan banyak wang kerajaan untuk program yang tidak langsung membantu Najib dalam meraih sokongan rakyat. Malah setelah wang di curahkan kepada rakyat, sokongan terhadap Umno semakin merosot. Najib melakukan cara yang paling ortodoks, cuba membeli hati rakyat dengan wang dan cuba membeli hati orang UMNO dengan cara yang sama untuk terus memegang jawatan Presiden Umno dan  Perdana Menteri Malaysia.

Malang sekali suara beberapa kerat penyokong Najib yang terdiri daripada penasihat-penasihat beliau yang gagal lebih kuat dari suara bantahan yang takut akan kehilangan tempat dan jawatan dalam Umno. Kita lebih suka berdiam diri, membiarkan Umno terus dikecam dan dihina. Tindakan Najib yang cuba membeli undi kaum Cina menunjukkan bahawa bukan sahaja beliau jauh dari realiti keadaan politik Cina sebenarnya tetapi tidak memahami senario politik semasa. Usaha terus membeli undi Cina adalah cara lapuk dan akan hanya menjarakkan kedudukan sosio ekonomi antara kaum.
Hari ini kita kan membayar semua kesalahan, keborosan dan kesalahan Ds Najib dan Rosmah dalam memerintah negara ini. Hari ini kos kehidupan terus meningkat kerana Najib perlu membayar segala kesilapan beliau dan keborosan yang berlaku. Kita dalam Umno perlu lakukan sesuatu sebelum Umno terus tersisih dari mendapat sokongan orang Melayu dan BN untuk sokongan keseluruhan.  

1 comment:

Anonymous said...

Saya setuju dengan gesaan Najib must go. Sehingga hari ini apa yang kita nampak adalah transformasi palsu, mengutamakan rakyat palsu. Harga brg melambung pas itu nak kuar cara mengatasi masalah ni..apa citenya..