Sunday, January 13, 2013

Gesa Najib letak jawatan!

Sudah sampai masanya Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Abdul Razak meletak jawatan bagi tidak membebankan UMNO dalam mengharungi zaman kalut Umno. Umno sedang berhadapan dengan keadaan kritikal dalam menghadapi PRU13 akan datang. Orang Umno perlu sedar bahawa Najib akan menjadi liabiliti pada Umno dengan kes yang semakin banyak terbongkar. Setelah kita di tipu dengan kes Altantuya kini dengan pendedahan Deepak mengenai skandal tanah. Deepak turut dalam buku beliau mengatakan bahawa Altantuya telah dibunuh oleh Ros Hitam yang dikatakan nama yang digelarkan olehnya terhadap Rosmah. 

Adakah orang Umno masih mahu berdiam. Adakah orang Umno tidak sedar bahawa pasangan ini akan terus membawa kepada kehancuran Umno. Kita dalam Umno perlu sedar betapa pentingnya Umno untuk orang-orang Melayu tetapi dengan Najib dan Rosmah sokongan orang Melayu akan pudar terhadap Umno dan ini seterusnya akan mengakibatkan wadah orang Melayu hancur begitu sahaja. 

Orang Umno perlu bangkit secara menyeluruh untuk memastikan Umno selamat dalam PRU 13 nanti. Harapan kita adalah pada Tan Sri Muhyiddin untuk terus meneraju Umno dari terus diserang oleh pembangkang kerana liabiliti dalam Umno. Saya akan mengulas seterusnya tuduhan Deepak dan orang Umno kena sedar mengenai ini. Saya juga akan menulis mengenai semua yang terbabit dalam usaha menyelamatkan PIEM yang sebenarnya berbinikan syaitan. 

Sedarlah orang Umno, kita tahu keadaan sebenarnya dan kita perlu mengambil langkah untuk memastikan Umno diterajui oleh orang baru dari tersekat dengan mereka yang sudah cukup buruk perangai dan lebih buruk lagi dituduh MEMBUNUH.

1 comment:

Anonymous said...

Bodoh betul lah politik korang ni (kalau pembangkang) nak kan Muhyideen mengambil alih jawatan PM daripada Najib.

Dah tentu rakyat akan simpati semula kepada UMNO seperti Pak Lah mengambil alih kuasa daripada Mahathir di tahun 2004. PRU11 di mana UMNO menang besar.
PR sila jangan jadi bodoh, biarkan UMNO sahaja yang bodoh pada kali ini....