Thursday, January 17, 2013

Najib kata, Deepak tidak mempunyai kredibiliti

Najib dalam kenyataannya memaklumkan bahawa Deepak tidak mempunyai kredibiliti dalam membuat tuduhan dan menafikan segala tuduhan Deepak terhadap dirinya dan Rosmah.

Kenapa Najib tidak saman Deepak atas tuduhan beliau. Kenapa Rosmah terus diam. Isu pembunuhan Altantuya tidak berakhir lagi. Pembunuh Altantuya tidak mempunyai motif dalam membunuh. Deepak dalam bukunya Black Rose mengatakan bahawa Rosmah yang membunuh Altantuya dan ini digambarkan secara sinikal dengan nama Rose Hitam.

Najib sudah mula menjadi liabiliti dalam UMNO. Dr Mahahthir juga mengatakan kerajaan hari ini lemah dan sekiranya PRU 13 akan menjadi seperti PRU 12 atau lebih buruk, maka BN/UMNO tidak akan ada kuasa sepenuhnya. 

Orang Umno perlu melakukan sesuatu yang drastik untuk pilihanraya akan datang ini. Benar atau tidak tuduhan Deepak harus diadili dan jangan diam begitu sahaja. Adakah Najib takut untuk sama Deepak atau berdepan dengan tuduhan itu dimahkamah?

No comments: