Monday, January 14, 2013

Perubahan drastik perlu...Najib harus undur

Wahai orang Umno,

Kita sekarang berada dalam keadaan yang amat kritikal. Kedudukan kita semakin tertekan. Jangan kita menipu diri kita sendiri dengan terus-menerus menyokong kepada mereka yang sebenarnya menghancurkan Umno. Jelas antara kita ramai yang mengatakan Najib adalah PM yang cuba melaksanakan apa yang dikatakan transformasi. Namun dalam usaha menjalankan transformasi Najib adalah bebanan atas kes pembunuhan Altantuya, peranan Rosmah dan tindakan rasuah yang melampau. NAJIB KINI ADALAH LIABITI DALAM UMNO.

Hanya beberapa Menteri yang sebenarnya tinggal dalam usaha membela Najib. Mereka adalah:

Zahid Hamidi adalah antara mereka yang menjadi orang kuat Najib. Beliau telah berusaha untuk menutup isu Deepak dengan pembelian syarikat Deepak. Beliau menggunakan LTAT dalam usaha menutup mulut Deepak yang menuduh secara satira Rosmah yang telah membunuh Altantuya dan Najib terbabit dalam menutup kes jenayah ini. Zahid sendiri ada kes jenayah dengan tuduhan memukul teman lelaki anaknya. Apa pun usaha Zahid tenggelam begitu sahaja. Kami dimaklumkan dalam usaha ini ratusan ribu telah dibelanja untuk media termasuk bloggers yang telah diupah untuk menyelamatkan Najib oleh Zahid. Blooger ini termasuk papagomo, parpukari dan kumpulan blogger yang rapat dengan Zahid Hamid. Pendedahan seterusnya akan dilakukan mengenai siapa yang dibayar oleh Zahid Hamidi untuk tujuan menyelamatkan Najib.
Salah seorang lagi yang tegar berusaha untuk menutup rahsia jenayah Rosmah dan Najib adalah Jamaluddin Jargis.
 
Beliau turut menjadi harapan Najib dan kerja utama adalah untuk menghalang Tan Sri Muhyddin dari membuat tuntutan dan gesaan agar Najib letak jawatan. Datuk Jamaluddin Jargis adalah kenalan baik dan juga merupakan orang kanan Najib dalam memastikan kedudukan Najib terjamin. 

Namun Umno sendiri tidak lagi bodoh. Umno tidak boleh membiarkan Najib terus membebankan Umno dan akhirnya Umno menjadi mangsa. Umno sudah cukup serik dengan Rosmah yang sentiasa membuat Umno dihina. Orang Umno MESTI melakukan perubahan.Orang Umno mesti melakukan perubahan yang besar dengan segera dan Najib mesti meletak jawatan dalam menyelamatkan Umno. Sekiranya tidak - maka Umno akan berdepan dengan masalah yang lebih besar. Perubahan untuk menyelamatkan Umno harus dilakukan - Najib mesti meletak jawatan Tan Sri Muhyddin mesti menyelamatkan Umno.

No comments: