Khairy Jamaluddin (KJ) ramai menuduh kamu naik kerana Pak Lah... itu jangan kamu nafikan tetapi ada satu hakikat kamu sendiri muda dan berpotensi. Bayangkan jika Syamsul Iskandar, Ketua Pemuda parti Anwar jadi menantu Pak Lah belum tentu dia tercapai apa pun. (dia ni yang kena kepong dengan Pemuda kita di Melaka dan lari terkencing...hahaha)...
Ertinya kamu ini memang ada kelebihanya. Kamu boleh menyusun orang muda. Cita - cita nak jadi Perdana Menteri termuda ? Apa salahnya ? Adakah berdosa seorang penjaga gate kereta api berangan - angan punya syarikat kereta apai sendiri satu hari ini.... tak salah janji dia berusaha ke arah itu....
Sebenarnya selain dari kamu naik kerana Pak Lah kamu lebih terbeban kerana label Pak Lah itu. Kini kamu dimangsakan kerana Pak Lah, rakyat mula buka mata betapa Pak Lah lebih 'terbuka' dari Najib. Rakyat mula menilai kamu ..... rakyat bersimpati dengan kamu... Kamu diketepikan .... Najib menghina perwakilan Pemuda UMNO yang memilih kamu.... Pemuda UMNO yang ada maruah mula bercakap perkara ini... tapi yang kaki ampu terus dia sahaja...
Namun ramai menjangkakan kamu akan lawan.... Namun kamu buat semua 'terkejut' dengan sikap gentleman kamu... kamu mengingatkan kami pada Pak Lah ...terbuah sabaq dan akhirnya bila sampai rezekinya dia pernah menjadi PM Malaysia.
Namun sejak - dua menjak ini kami sedikit terganggu dengan berita khabar yang diterima.... Kamu dikhabarkan sedikit gelojoh... kamu cuba 'deal' dengan Najib.... masuk ikut Rosmah... tinggalkan Pak Lah dan kawan yang pernah setia dengan kamu...
Ingat Najib lah yang mengkhianati Pak Lah... Najib lah yang akan menghancurkan bangsa ini dengan perbagai pendekatan karutnya...DEB akan dimansuhkan..
Kami dapat bukti kukuh Datuk Norza Zakaria telah memulakan langkah kononya mula mencuci diri untuk menanggalkan label kem Abdullah dengan mengaku menjadi pengikut setia Najib....... Amat mustahil gerakan Norza ini solo tanpa arahan kamu...
Ingat KJ rasa hormat kami pada kamu kini berada ditahap amat genting.... Kamu akan ditipu Najib akhirnya... atau kamu akan terus tenggelam dan menjadi penjilat Najib dan akhirnya mereput rosak.
No comments:
Post a Comment