Majlis sambutan ulang tahun penubuhan Umno kali ke-63 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara malam tadi dilihat 'agak muram' ekoran keputusan mahkamah yang mengisytiharkan Datuk Sri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.
Sebelum ini, Menteri Besar BN, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir telah menyandang jawatan tersebut selama kira-kira dua bulan.
Selain itu, mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi juga kelihatan di majlis tersebut.
Dr Zambery juga tidak hadir dan difahamkan beliau bergegas ke Ipoh sebaik sahaja keputusan mahkamah tersebut diumumkan.
Walaupun, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin veteran hadir tetapi suasana di dalam dewan merdeka yang menjadi tempat jamuan, tidak menampakkan kemeriahannya.
Ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berucap merasmikan sambutan tersebut ada yang tertanya-tanya mengenai ketiadaan Abdullah di majlis tersebut.
"Dulu Dr Mahathir tidak datang, kini Datuk Seri Abdullah pula. Kalau macam ini bila Umno hendak bersatu," kata seorang penyokong Umno yang lengkap berpakaian Melayu.
Tetapi faktanya ialah ketika di bawah Datuk Seri Abdullah, Dr. Mahathir di jemput cuma sombong tidak mahu hadir tetapi ketika dibawah Datuk Seri Najib Razak, Pak Lah langsung tidak dijemput.
'Ucapan Najib penuh retorik'
Ucapan najib yang penuh retorik semalam melihat betapa kesungguhan Najib yang ingin bersaing dengan Anwar. Berlainan dengan Pak Lah sebelum ini bersifat bersahaja dalam ucapanya.
Dalam ucapan tersebut, Najib turut menyentuh tentang keputusan mahkamah berhubung kemelut politik di Perak.
Katanya, majlis sambutan tersebut dicemari dengan keputusan mahkamah tersebut.
Katanya, sebelum ini mahkamah telah mengharamkan Umno tetapi bangkit dan membina Umno yang baru.
"Kita menang dua kes mahkamah, kita kalah satu. Ia bukan penghujung jalan.
"Saya dan rakan-rakan dalam MT akan fikir semula apa jalan terbaik kepada Umno dan BN. Kita tidak akan patah semangat," tambahnya.
Dalam ucapannya, Najib banyak menyentuh mengenai konsep 1 Malaysia yang diperkenalkannya itu.
Perdana menteri berkata, 1 Malaysia berpaksi kepada perlembagaan dan rukun negara dan realiti kepada masyarakat majmuk negara.
"Datuk Onn (Jaafar) telah cuba membuka pintu Umno kepada kaum-kaum lain tetapi tidak berjaya.
'terus menggunakan nama Tun Razak untuk raih sokongan'
"Tunku Abdul Rahman telah menubuhkan Perikatan berdasarkan kebersamaan, ayahanda saya Tun Razak (Hussein) membesarkan lagi Perikatan kepada BN.
"Tun Dr Mahathir pula membuat lontaran dengan konsep Bangsa Malaysia dan Tun Abdullah dengan visi nasional," katanya.
Di majlis tersebut Najib menyampaikan anugerah Melayu terbilang kepada tokoh perniagaan, Tan Sri Syed Mukhtar Al Bukhari.
Sebelum itu, perdana menteri dan ahli Umno lain menghadiri majlis solat hajat dan bacaan Yasin.
Beberapa pemimpin komponen BN iaitu Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu; Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, turut hadir di majlis tersebut.

1 comment:
"Katanya, sebelum ini mahkamah telah mengharamkan Umno tetapi bangkit dan membina Umno yang baru."
Hah, tau pun umno yg sekarang ni adalah umno baru yg ditubuhkan pada 1988. UMNO asal yg ditubuhkan pada 11 Mei 1946 telah pun dikuburkan oleh Mahathir a/l Kutty Mohammad pada 1987 menggunakan perintah mahkamah. Lepas tu dia pun mendaftar semula atas nama umno baru pada 1988 dengan nombor keahlian beliau sebagai 000001.
Ahli-ahli umno ni bodoh mengira ka akan usia sebenar umno baru ni? Macam mana sepanduk2 semua menyatakan ulangtahun umno ke 63? Habis mampos ditipu bulat2 ahli2 umno baru oleh Mahathir a/l Kutty Mohammad. Sungguhlah bak kata Mahathir, 'Melayu memang mudah lupa!"
Post a Comment