Thursday, May 14, 2009

Najib 'PM' paling penakut yang kita ada


Team Najib dan Mahathir bersungguh - sungguh sebelum ini melebelkan Pak Lah dengan lebel 'lembab' dan 'flip - flop'.... label ini telah bertukar rentak muzik yang pembangkang semua turut seronok menari. Ia bukan mainan pembangkang ia mainan team Najib dan Mahathir. Maka keputusan 2008 ialah hasil mainan Mahathir dan Najib untuk menyingkirkan Abdullah bukan kekuatan pembangkang.

Jika diteliti 'flip-flop' siapa lebih cakap dolak dalik.... Najib kerana mulut cabulnya lah yang mengatakan minyak tidak akan naik 'tahun ini' (2008) ketika melancarkan manifesto Bn telah menjadi tertawa semua orang. Najib nampaknya panik ketika itu terikut rentak Anwar yang sibuk bermain isu harga minyak sebaliknya Pak Lah terus tenang. Dan tidak berjaya menunaikan janji akhirnya minyak naik juga 2008 ini memberikan kesan terhadap kemarahan rakyat terhadap BN.... ia kerana Najib Flip Flop...

Ketika kita kalah dalam 2 PRK. Gagal merampas Permatang Pauh dan terlepas Kuala Terengganu, kepada perlu semua melihat Pak Lah bukankah Najib ketika itu yang mengemudikan jentera pilihanraya.

ketika UMNO 'berkocak sikit' Pak Lah hantar Najib turun jumpa ahli di bawah. Satu pertemuan
pimpinan UMNO Selangor di buat dis ebuah hotel bersama Najib, dan ini banner yang digantung
di depan pintu masuk hotel tersebut. Bukankah Najib mensabotaj Pak Lah dalam 'diam'... kerana
itu UMNO terus 'berkocak' dan akhirnya kita hilang Selangor


sila klik sini untuk membaca pasal sabotaj Najib

Maka dengan bantuan team Mahathir, UMNO kononya perlu diambil alih segera oleh Najib....kononya UMNO ini diterima rakyat cuma kerana salah Janeral sahaja. Maka sebelum Pilihanraya Kecil di 2 bukit dan 1 batang secara ala kudeta...UMNO dirampas oleh Najib/Mahathir namun kerana sayangkan parti perjuangan bangsa ini Pak Lah berundur secara terhormat.

Rakyat bencikan Abdullah punca BN kalah ..... terbukti di 2 bukit... rakyat lebih menolak Najib. Pak Lah hanya dibenci oleh pro Najib dan Mahathir. Jika ditanya rakyat di bawah siapa yang lebih disukai antara Najib dan Pak Lah rakyat tentu memilih untuk bersama Pak Lah.

UMNO tertipu oleh spin master kita sendiri.

Kini datang pula satu lagi Pilihanraya Kecil ciptaan Anwar. Namun ketakutan Najib terserlah.

Kenyataan Najib tidak mahu tanding pilihanraya memang bukan ilusi...memang kalau boleh dia tak mahu ada pilihanraya buat masa ini.

Kerana Najib takut dengan bayang bayang.... Najib yang naiknya banyak menganiaya dan mensabotaj orang contohnya orang baik seperti Pak Lah. Sudah tentu sekarang takut dia disabotaj. Najib, aku contohnya ahli UMNO aku suka Pak Lah tapi aku bukan orang Pak Lah... Najib takut disabotaj orang Pak Lah... ketahuilah Najib, Pak Lah tak ada orang dia ketika jadi Presiden dia Presiden UMNO dia jaga semua.....dan Pak Lah bukan pengkhianat...dia pernah terbuang dari UMNO tapi dia sabaq..berkat itu dia jadi PM... Kamu Najib pernah nak sokong Ku Li tapi kerana Anwar datang 'offer' kamu Ketua Pemuda kau kianat tinggalkan Ku Li bersama Mahathir...

Najib sedar dia banyak 'beban'..... Jika diteliti dari segi umur Muhiyuddin memang tak sempat nak jadi PM.... kerana itu Najib takut semasa Pilihanraya Muhiyuddin sabotaj dia untuk cepatkan tamat hanyat PM beliau... Wahai Najib ketahuilah bukan semua orang sebusuk kamu...

Najib, kini terperangkap ! Dia tak nak letak calon BN tapi mentornya Mahathir suruh letak.... dia kini ketakutan.... tapi percayalah BN akan tetap letak calon sebab Najib penakut dengan Mahathir...Dia tak tahu nak harapkan dan percayakan siapa.... dia harapkan sepupunya Hishamuddin Hussien tapi biasalah Hisham ini pun tak berapa nak harap... kawan rapat Azmin Ali ini juga sering bocorkan maklumat UMNO secara tak sedar ketika sambil borak - borak... Harapkan mulut je lebar.

Najib sentiasa takut dengan bayang - bayang... Najib PM paling penakut yang pernah kita ada....

1 comment:

Pemuda Sunnah said...

i ikut jek apa yg u cakap nie... tapi kalau u kata pak lah tuh cool... i think u ni kena bayar untuk berkata sedemikian...

pak lah is the worst PM so far..