Thursday, April 2, 2009

Benarkah Najib dimurkai ?

akbar Korean Times terbaru turut keluar kartun kaitkan Najib dan negara ini dengan pembunuhan Altantuya. sila klik sini
Keratan akhbar Peranchis yang mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya

Pak Lah sudah jumpa DYMM Agong hari ini. Namun kerana Najib yang tamak dan takut tak dapat jadi PM maka dia telah secara kurang ajar mengarahkan Ketua Setiausaha Negara untuk mengeluarkan surat jemputan kononya ada majlis angkat sumpah jumaat ini.

Semua pelik bila dapat surat dari KSU seharusnya kad jemputan perlu dikeluarkan Istana. Berita terbaru Istana mula rasa kurang senang dengan perangai Najib yang terburu - buru.

Sumber rapat Rosmah pula mengatakan Rosmah tetap tenang dengan perkembangan ini kerana menurut Rosmah dia dah boleh pegang pemaisuri agong kerana pernah bawa pemaisuri pergi membeli belah di luar negara. Kuruang ajar juga Rosmah ini.

Najib patut guna masa ini untuk cuci mana bukan untuk tunjukkan lebih kelolo dan membangkitkan lagi benci orang tengok dia.

1 comment:

ManBelong said...

Mohon pihak tuan beri penjelasan tentang komen di bawah:

Berikut adalah pengulasan kami mewakili belia – belia di Malaysia:

Berdasarkan kepada kenyataan Nur Saidi Nayan, kami mencadangkan dia supaya mengharamkan dahulu penggunaan “Barisan Nasional”. Mengikut peredaran masa, perkataan Barisan Nasional digunakan terlebih dahulu. Semenjak tahun 1973, iaitu selama 36 tahun, perkataan Barisan Nasional digunakan secara meluas. Sebelum itu, Barisan Nasional dikenali sebagai Parti Perikatan. Kesemua 13 komponen Barisan Nasional termasuk UMNO, MIC dan MCA adalah parti yang diluluskan secara sah dari segi undang – undang dan mempunyai perlembagaan sendiri.

Maka persoalan yang timbul ialah:

1. Bilakah Barisan Nasional diluluskan? Bilakah Barisan Nasional menjadi pakatan siasah yang sah dari segi undang – undang? Buktikan bahawa Barisan Nasional mempunyai rekod di Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (JPPM) yang dikenali sebagai Registrar of Society.

2. Gabungan 13 komponen Barisan Nasional tidak pernah ditubuhkan secara rasmi dan Barisan Nasional juga tidak mempunyai perlembagaan sendiri?

3. Mengapa semua pihak - parti parti politik, media massa, dan TV, sama ada milik kerajaan atau swasta – mengunakan perkataan Barisan Nasional yang tidak diwujudkan secara sah dan mengikut perundangan di Malaysia?

4. Adakah ini bermaksud, Barisan Nasional juga merupakan pertubuhan yang haram dan penggunaan perkataan Barisan Nasional wajib diharamkan?

5. Bukankah penubuhan Barisan Nasional juga merupakan serpihan – serpihan 13 komponen walaupun hanya UMNO yang dilahirkan di Istana?

Tambanan pula, kami ingin memperingatkan Pemuda UMNO khususnya, Nur Saidi Nayan bahawa dalam pilihanraya 2008, Pakatan Rakyat telah bertanding dengan namanya sendiri yang sah iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Democratic Action Party (DAP).

Manakala, Barisan Nasional, sebaliknya dalam pilihanraya 2008 dan sebelumnya, telah bertanding atas nama Barisan Nasional yang tidak ditubuhkan secara sah mengikut perundangan. Yang ditubuhkan secara rasmi ialah UMNO, MIC, MCA dan komponen – komponen lain dan bukannya Barisan Nasional.

Bukankah UMNO, MIC dan MCA serta komponen – komponen lain dalam Barisan Nasional perlu bertanding dengan menggunakan nama pertubuhan mereka yang sah? Bukankah mereka perlu bertanding mengunakan logo masing – masing? Mengapa mereka menggunakan perkataan Barisan Nasional dan logo Barisan Nasional yang tidak sah di sisi undang – undang?

Agak menarik juga jika dikaji dari segi undang – undang bahawa terdapat ‘tribal issue’ yang boleh dihadapkan ke makhamah. Ini adalah kerana UMNO, MIC dan MCA serta komponen – komponen lain dalam Barisan Nasional bertanding atas nama pertubuhan yang tidak sah. Adakah ini bermaksud Barisan Nasional sedang mentadbir negara kita melalui perlantikan dan pemilihan yang tidak sah?

Kami, menyeru Pemuda UMNO membuat kajian terlebih dahulu sebelum membahaskan sesuatu perkara. Ini menunjukkan identiti dan pendirian yang bercanggah dengan sejarah dan persefahaman di Malaysia. Sebagai tonggak yang akan menerajui kepimpinan pada masa kelak, Pemuda UMNO di nasihati supaya jangan beremosi tetapi sebaliknya meggunakan pendekatan yang rasional dan bernas semasa membahaskan sesuatu perkara.

Sekian.