Dr. Mahathir adalah diantara orang yang paling gembira dengan pengumuman kabinet baru Najib. Mana taknya, Najib mengikut arahannya agar tidak memasukkan Khairy kedalam kabinet.
Yang lebih menggembirakan lagi apabila anak beliau, Mukhriz Mahathir yang mendapat kedudukan tercorot dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda Umno dipilih untuk menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa.
Selesai tugasan Mahathir. Anaknya telah dihantar untuk meneruskan legasinya manakala legasi Abdullah telah berjaya dihentikan apabila Khairy Jamaluddin tidak masuk kedalam kabinet.
Seperti kata sebuah tulisan yang disiarkan oleh Malaysia Today, Khairy seperti ditampar tiga kali semalam apabila Najib mengumumkan kabinetnya.
- Pertama menantu bekas PM itu ditampar apabila beliau tidak dipilih menganggotai kabinet baru.
- Tamparan kedua ialah apabila pesaingnya dalam merebut jawatan Ketua Pemuda Umno yang mendapat tempat tercorot, Mukhriz Mahathir dipilih menjadi Timbalan Menteri.
- Tamparan ketiga ialah apabila Naib Ketua Pemuda Umno turut mendapat tempat didalam kabinet Najib.
Belumpun genap dua minggu Abdullah turun takhta, Khairy telah diperlakukan sebegitu rupa.
Belumpun lama beliau meraikan kemenangannya sebagai Ketua Pemuda Umno, hatinya dilukakan kembali.
Apakah nasib menantu bekas PM selepas ini?
Nampaknya Rosmah ada pesaing....Rosmah mahu mengawal sepenuhnya Najib dan dia tidak akan suka perihak Najib yang dikongkong Mahathir.
Kali ini akan lebih teruk nasib Umno apabila pergaduhan akan datang ialah krisis antara Rosmah dan Mahathir....
Selamatkan Umno dari mereka ini.....
Bagi Khairy tenang, makin ramai akan hormati kamu !!
No comments:
Post a Comment