Wednesday, November 19, 2008

Umno oh Umno

Jika kita mahu berbicara mengenai perpecahan, jelas perpecahan kini telah pun berlaku, walaupun untuk menyedapkan hati dan mata serta telinga kita hanya mampu berkata, semoga tiada perpecahan dalam UMNO jika ada pertandingan. Mujurlah Pak Lah sayangkan UMNO dan tidak bertanding kerana mahu mengelakkan dari perpecahan yang lebih buruk berlaku. Apakah mungkin tidak akan ada perpecahan dalam Wanita apabila akan muncul kem Rafidah dan Kem Shahrizat. Tidak ada perpecahan dalam Pemuda dan Puteri ?

UMNO sekarang sudah tidak peduli lagi, peduli tidak, UMNO sekarang penuh dengan kerakusan penuh dengan ketamakan. Mungkin mereka berkata, ini perkara biasa dalam UMNO, kita bercakaran dan bermati-matian untuk mengejar jawatan, kemudian UMNO akan kembali seperti sedia kala. Ini sememangnya selalu berlaku. Tetapi apa yang berlaku kali ini adalah luar biasa. Tidak pernah berlaku dalam sejarah UMNO, pemberian wang secara terang-terangan berlaku. Tetapi kali ini ianya berlaku dengan begitu ghairah sekali, tikam menikam dan buruk memburuk.

Yang lebih buruk apabila ada agenda, ada agenda untuk melenyapkan pengaruh Pak Lah, ada agenda mahu menghapuskan terus bau -bau Pak Lah dalam kabinet. Dendam untuk melihat Pak Lah tersungkur pada pemilihan tidak kesampaian kerana Pak Lah memilih untuk tidak bertanding. Hasrat untuk mendesak Pak Lah dirasakan telah berjaya, kini tiba masanya untuk menyapu semua kerusi dan menerima imbuhan atas desakan berkenaan. Kumpulan Mahathir mahu menguasai semua kerusi yang dikosongkan kerana tugas mengosongkan telah berjaya mereka laksanakan. Apa cara sekali pun kerusi berkenaan perlu diisi oleh mereka.

Apakah teori RAHMAN akan berakhir selepas Perdana Menteri terakhir mengisi huruf N, Najib akan merealisasikan teori berkenaan. Apakah setelah selesai Rahman maka selesaikah Perdana Menteri yang akan disi oleh pemimpin UMNO. Kepentingan parti dan sikap sayang kepada Parti sudah hilang dan lenyap dalam pemilihan kali ini. Yang tinggal adalah kepentingan diri sendiri sahaja.

Pujian perlu diberikan kepada Pak Lah kerana sanggup berkorban demi sayangkan parti demi tidak mahu melihat perpecahan. Kualiti kepimpinan telah tiada, siapa banyak duit, mereka akan menang. Langsung tidak ada kompromi lagi. Shahrizat akan lawan Rafidah.. Mukhriz , Khir Toyo akan lawan Khairy Jamaluddin, Shahaniza akan lawan Rosnah. semua orang akan bertanding.
Kononnya mahukan perubahan, berani berubah. Malangnya bukan berubah kepada yang baik tetapi berubah kepada yang paling buruk. Yang paling teruk sekali apabila ada orang yang mahu menentukan barisan kepimpinan kali ini adalah barisan mereka. Walaupun berada diluar UMNO, diluar bidang kekuasaannya, UMNO hampir lunyai ketika Pak Lah memimpin dikerjakannya. Bila Pak Lah mengundur diri, niat dan hasrat untuk mencapai apa yang beraja dihatinya belum tercapai. Pemilihan UMNO pula dijadikan medan melunyaikan UMNO lagi.
Mukhriz, kuda yang dipertarungkan. Kuda lembik yang tidak langsung punyai kehebatan dan kekuatan. Kuda yang tidak pernah berdepan dengan pembangkang. Kuda yang pernah bekerjasama dengan pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Mukhriz adalah merupakan calon Ketua Pemuda yang paling lemah. Pernahkah kita dengar Mukhriz berhadapan dengan pembangkang sebelum ini di mana-mana pilihanraya berbanding dua lagi calon pemuda yang bertanding. Mukhriz juga adalah calon yang paling tidak berpengalaman dan kurang bijak menggunakan akal dan fikiran.

Contoh, di Permatang Pauh Ketika Naib Ketua UMNO berdepan dengan pembangkang, Mukhriz berada dalam gelanggang yang sama tetapi memilih untuk berkempen untuk diri sendiri bagi persediaan menghadapi pemilihan UMNO. Pembangkang lebih gerun kepada Khairy jika dibandingkan dengan Mukhriz. Keberanian Mukhriz hanyalah didalam parti, menjadi ayam jaguh menentang pemimpin sendiri. Menjadi jaguh biadab dengan pemimpin sahaja.

Kini menjadi tanggungjawab ahli UMNO untuk menyelamatkan UMNO. Jika mereka sayangkan UMNO, pastikan…

1) Tolak Kumpulan Mahahtirisma dalam UMNO, kerana inilah kumpulan duri dalam daging yang tidak habis-habis mahu mengacau bilaukan UMNO. Selagi kumpulan ini berada dalam UMNO selagi itulah UMNO akan jadi kacau bilau.

2) Tolak calon yang banyak taburkan wang untuk kepentingan diri, selagi ahli UMNO menyokong mereka selagi itulah UMNO akan menjadi sebuah parti korupsi.

3)Berikan undi mengikut kualiti kepimpinan dan mereka yang benar-benar mahu berkhidmat kepada UMNO.

Janganlah sampai UMNO terkubur tanpa nesan dan janganlah kerana kepentingan diri kita terpaksa mengandaikan maruah parti yang selama ini mempertahankan dan memperjuangkan hak Melayu. Siapa Melayu tanpa UMNO selama ini. Semoga Allah merestui perjuangan yang tulus kerana bangsa dan agama bukan kerana kuasa dan wang. KPMU.NET

7 comments:

Anonymous said...

Laman ini ditaja oleh pro mukhriz untuk burukan hubungan KJ dan DS Najib.

Ahli Umno jgn keliru...

aku tahu sapa yang fund blog ini....

Mukhriz dan Md Taib sila hati2 dalam gerakan jika tak mahu terkebumi

Anonymous said...

Laman ini ditaja oleh pro mukhriz untuk burukan hubungan KJ dan DS Najib.

Ahli Umno jgn keliru...

aku tahu sapa yang fund blog ini....

Mukhriz dan Md Taib sila hati2 dalam gerakan jika tak mahu terkebumi

Anonymous said...

satu lagi laman anti khairy..... yang ditaja oleh Mukhriz...

Ir said...

Anonymous,
Saudara dah salah teka! Blog ni bukan pro Mukhriz sebab blog ni hentam Mahathirisme dan Najib. Blog ni juga adalah penyokong kuat Pak Lah. Bila masa Mukhriz pro Pak Lah... Kaji dalam-dalam sebelum nak hentam orang... Hidup Pak Lah... Pengorbananmu tetap kami kenang...

Sukj said...

1. Tuan blog ini tak malu ke?

2. SUKJ minta keluarkan dari blog listnya..tapi masih tak nak.

3. Nampak sangat sifat SYAITAN berkepala 2, berlidah bercabang???

Anonymous said...

so wat la.. KPMU plak pro si jenglot, matrempit atau beruk...

Anonymous said...

WAAKAKAKA..AKU RASA UMNO DA TAK SELAMAT UNTUK ORANG MELAYU DARIPADA PKR..BUAT APA AKU NAK PILIH PARTI MELAYU RAKUS MCM NII..PI MAI PI MAI TANG TU JUGAK MUKA PEMIMPIN YG ADE..CARI LAA CALON BARU..YG BENAR X2 TAHU PERJUANGAN MELAYU..BUKAN TUKANG CEKIK DARAH MELAYU WEHH..!!