Tuesday, November 11, 2008

Najib atau Rosmah akan jadi PM?

Oleh ning

"Assalamualaikum,,

 Lambatnya bulan Mac 2009.Barangkali itulah keluhan si Najib.Bulan Mac 2009 bakal menobatkan Najib sebagai Presiden UMNO sekaligus meletakkan beliau di jawatan numbor satu negara.Hari ini beberapa kenyataan dikeluarkan Najib yang menunjukkan beliau seorang yang berhemat dan berwibawa.

Terbaru kita di sajikan dengan kenyataan Najib agar ahli UMNO bermuhasabah diri dan selepas ini kita bakal mendengar banyak lagi kenyataan yang manis manis dari Najib.

Najib juga kelihatan sentiasa tersenyum semenjak dua menjak ini.Besar sungguh harapan Najib menunggu bulan Mac 2009, bulan yang bakal mencipta sejarah buat dirinya.Tetapi banyak ranjau yang perlu ditempuh Najib sepanjang perjalanan menuju Mac 2009.

Ahli UMNO wajar bermuhasabah sesudah menerima taburan RM dari Najib.Wajar bermuhasabah bagi melihat kemungkinan Najib tersungkur sebelum Mac 2009 dan merenung kedudukan puteri "bollywood" Najib.

Mak Datin Rosmah adalah isteri kepada pembaca berita RTM,ketika jatuh cinta kepada Najib.

Oleh kerana cinta Najib sanggup membayar sejumlah wang yang diberitakan berjumlah jutaan RM kepada suami Mak datin Rosmah untuk mengahwininya.

Itulah sejarah yang terukir semasa Najib menjadi Menteri Besar Pahang. Mak datin juga diberitakan berpakat dengan seorang doktor "gila" bagi memalsukan keterangan yang isteri Najib ketika itu sakit jiwa.

Khabar - khabar dari Kelantan,bekas isteri Najib yang berketurunan Sultan Kelantan masih waras dan kini masih berada di Kelantan.Diberitakan juga antara sebab Najib takutkan RPK ialah kerana bekas isterinya.

RPK dikatakan mengetahui di mana bekas isteri Najib berada dan mengetahui cerita sebenar pemalsuan keterangan oleh doktor "gila " tersebut.Najib bimbang rahsia ini terbongkar di kala dia bersedia untuk mengambilalih jawatan utama negara.

Apa yang lebih menarik ialah peranan mak datin Rosmah semasa Najib menjadi PM.Sebelum ini mak datin Rosmah dikatakan pernah shopping di luar negara dan membawa pulang satu kontena penuh barangan beliannya yang tersangkut di pelabuhan Klang tanpa diketahui siapa pemiliknya.

Lebih menakutkan ialah kelibat mak datin Rosmah mengawal Najib dengan kawalan yang agak ketat di mana banyak keputusan Najib dipengaruhi mak datin Rosmah.C4 adalah antara yang paling mengerikan.Lantaran itu, seandainya Najib mencapai cita citanya nanti,apakah mak datin Rosmah akan berdiam diri?kalau semasa Najib menjadi menteri pertahanan sudah banyak keputusan Najib sebenarnya keputusan mak datin Rosmah apatah lagi bila Najib memegang jawatan utama negara.

Ahli UMNO dan rakyat Malaysia seharusnya melihat kemungkinan ini dengan penuh perhatian.Barangkali ahli UMNO yang mendapat taburan RM Najib patut merasa bersalah seandainya nanti mak datin Rosmah menjadi PM negara.Barang diingat sebelum tahun 1999 dulu,Wan Mokhtar yang ditabalkan sebagai MB Terengganu yang sah juga dikuasai oleh isterinya.Sehingga semua keputusan penting kerajaan dibuat oleh isteri Wan Mokhtar hatta perabut dan perhiasan di pejabat MB pun diputuskan oleh isterinya.

Timbul pertanyaan, apakah Rakyat Malaysia merelakan pemerintahan negara dikuasai oleh seorang isteri?Muhasabahlah wahai ahli UMNO dan rakyat Malaysia semua semuga ALLAH tidak mengizinkan perkara ini terjadi.

7 comments:

Mankanan said...

Memang sebelum ini saya pernah dengar cerita-cerita belakang mengenai Najib tapi saya tak pasti adakah ia benar atau hanya dkyah politik. Bagi saya, jika ia benar sekalipun, ia mungkin peristiwa hitam dalam hidup Najib yang akan menggangu perjalanan menuju ke takhta kerajaan Malaysia. Kita lihatlah nanti bagaimana kesudahan kisah Najib sama ada beliau berjaya atau tidak menjadi Presiden UMNO dan sekaligus menjadi PM...

~PakKaramu~ said...

Assalamu'alaikum Wr, Wb

Akan berlaku satu peristiwa dalam negara yang ceritanya agak kecoh, Najib mungkin tidak selesa menjadi Perdana Menteri Malaysia, yang selesa bagi Najib ialah jadi Presiden UMNO sahaja ini yang di sebut oleh kebanyakan ahli UMNO

Di takdirkan dia menjadi PM dan apabila dia keluar negara atas tugas maka dia akan berhadapan dengan orang ramai tentang cerita Altan......

Anonymous said...

Fitnah yang ko bawa ini hanya akan merosakan diri ko sahaja.

Apa yang akan ko dapat?

Kenapa benci sngt ko dgn DSN ni?

Ko kena hati-hati dengan kenyataan ko kerana semuanya berbaur pribadi.

Silap-silap ko akan disaman oleh DSN sendiri..

hati-hatilah..

Hikayat Mamak Bendahara said...

Najib sesuai atau tidak menjadi perdana menteri? Itu saya tidak tahu,


lawatlah http://hikayatmamakbendahara.blogspot.com/

Sahabat-Gunung said...

Kau gila ke nak selamatkan UMNO? baik kau selamatkan diri kau dulu.

Kalau setakat nak jadi pencacai kepada pihak2 tertentu, pergilah mampos.

Orang UMNO tak perlukan kau, untuk selamatkan UMNO, tapi UMNO perlukan ahliu-ahlinya yang sedia bekerjasama dalam satu pasukan untuk selamatkan UMNO, terima kasih.

Anonymous said...

hidup big mama yang gebu!

Anonymous said...

hidup big mama gebu,bakal first lady yang disayangi oleh berjuta2 lemon rakyat malaysia