Friday, November 14, 2008

Sokong MB Kedah 50% kuota Melayu...Umno harus nyata pendirian

Kini makin jelas. Melayu akan terus hancur dan Umno makin hilang maruah. Melayu makin hilang pemimpin yang mampu membela. Rindu bangsa ini dengan sosok pemimpin pejuang bangsa.

Tun Razak antara yang cukup kita rindui. Tetapi malangnya kehadiran anakandanya yang seharusnya mampu menggantikan rindu Melayu dihancurkan dengan kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak kepada sebuah media luar Negara yang menyatakan betapa beliau setuju bahawa DEB itu akan dihapuskan ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Ini petanda petaka pada bangsa ini. Bakal Presiden Umno terikut rentak pembangkang menjual kepentingan bangsa. Mungkin terlalu ghairah ingin menjadi PM dan terlalu takutkan Anwar Ibrahim yang mendapat sokongan bukan Melayu…..Najib sanggup menjual bangsanya kerana turut ingin menjadi porpulis….

Namun baru – baru ini kita sedikit mampu tersenyum apabila mendengar berita YAB Menteri Besar Kedah dengan lantang menyakatan akan menaikan kuota 30 % untuk perumahan bumiputera kepada 50 %. Tahniah MB Kedah !!!

Namun seperti biasa sejak kebelakangan ini parti politik bukan melayu terlalu berani mempertikaian ketuanan Melayu. ADUN dari DAP Kedah mengugut akan keluar dari pakatan politik bersama PAS Kedah jika MB Kedah meneruskan usaha murni 50% perumahan bumiputera. Malah Kenyataan ADUN DAP ini disambut dengan kenyataan sokongan dari MCA.
Tetapi malangnya dan agak memeranjatkan pemimpin melayu dan bakal Presiden UMNO 10 Oktober lepas di Alor Setar mengeluarkan kenyataan menentang usaha berani MB Kedah ini. Argh !!!! sungguh malang !!! Lihat bagaimana bangsa cina berpolitik mereka sanggup ketepi kepentingan politik demi kepentingan bangsa mereka tetapi ini bangsa Melayu…. Walaupun MB Kedah itu datang dari PAS seharusnya kita menyokong usaha berani beliau memperkasakan bangsa Melayu.

Melayu ketinggalan akan terus dipijak jika pemimpin Umno mandul untuk pejuang bangsa ini. Kami cabar pemimpin Umno supaya bangkit untuk bela kuota 50% bumiputera untuk perumahan di Kedah……

Najib jika Tun Razak hidup sesungguhnya Tun juga akan malu dengan kamu yang penakut.

2 comments:

Anonymous said...

Aku dah lama perasan benda nie.... tinggal lagi org MELAYU nie memang perangai macam tu... klu tidak Hang Tuah tak bunuh la Hang Jebat... Hang Tuah... pahlawan melayu...(kata org ler) Hang Jebat pun Melayu... rakan sepermainan lagi.. pun sanggup bunuh... nie takat nak sokong 50% kuota rumah... ceh tak untung ler...

Karuppiah said...

saya rasa.... worang umno banyak pedih baca ini article.