Semalam seorang sahabat telah menghubungi kami dan bertanyakan, apakah kami terlibat dalam mengendalikan SelamatkanUMNO yang menyerang bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dengan cerita ceirta kes pembunuhan Altantuya dan juga pembebasan Razak Baginda kini hebat dipromosikan oleh pengendali blog berkenaan. Setelah meneliti blog berkenaan, kami dapat rumuskan blog ini sebenarnya bagaikan melastik dua ekor burung dengan sebiji batu.
Jika kita amati, blog ini cuba melagakan calon Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dengan memaparkan link-link laman yang pro kepada Khairy Jamaluddin secara tidak langsung. Laman ini telah memaparkan link kepada SUARA SUKJ, www.prokhairy.com, Kulit Pisang, Pejuang Bangsa, Pemuda Berani dan yang menariknya dikaitkan juga dengan blog jejak Azalina. Malangnya pengendali blog ini tidak berani untuk mengaitkan beberapa blog lagi yang pro Khairy untuk mengelabui mata mereka yang berkecimpung dalam dunia ICT ini.
Blog sebegini sememangnya pernah lahir disaat pertandingan atau pilihanraya untuk menjatuhkan kredibiliti dan untuk melaga-lagakan dan menimbul rasa sangsi kepada kumpulan bloggers lawan, ini permainan biasa, umpamanya, bloggers yang sama juga pernah membina blog Azalinalesbian dan menggunakan bloggers rocky untuk menyebarkan blog berkenaan. Tujuan mengapa blog itu lahir sebenanya jelas. Semua ini telah dijejaki oleh orang-orang Azalina tetapi kerana mereka bersikap matang dan mahu menjaga setiakawan, mereka hanya mendiamkan diri sahaja walaupun mengetahui siapakah sebenarnya dalang yang melahirkan blog berkenaan.
Sama juga seperti blog ini, tujuan mereka adalah untuk melagakan orang-orang Najib dan orang-orang Khairy Jamaluddin. Hanya pesanan penulis, eloklah mereka hentikan perbuatan sebegini kerana tahap kesabaran manusia ada tahapnya, lagi pun bos mereka bertanding untuk merebut kerusi Ketua pemuda UMNO Malaysia. Banyak lagi rahsia-rahsia mereka yang disimpan dan yang tidak didedahkan. Banyak juga cerita-cerita latar belakang laman web yang pro Tun, Khir Toyo dan juga Mukhriz yang tidak didedahkan lagi. Jika terdesak dan jika ditekan untuk melakukan, tidak mustahil semuanya akan tersebar. Jangan bermain api, takut terbakar seluruh badan, cukup sudah dengan apa yang telah dilakukan ketika pilihan raya dahulu.
Saya juga sempat menghubungi, bro jinggo, pengendali blog Http://www.prokhairy.com, beliau menafikan akan terlibat dalam pengendalian blog selamatkanUMNO berkenaan. Begitu juga dengan pengendali-pengendali laman web pro Khairy, mereka menafikan terlibat dalam pembabitan pengendalian blog SelamatkanUMNO.
5 comments:
Salam Tuan blog,
1. Nak tanya sikit, bila anda mendapat kebenaran daripada saya untuk list SUARA SUKJ dalam blog u ni?
2. Jika saya tidak pernah beri kebenaran, tetapi anda gunakannya untuk kepentingan cita-cita anda, apa hukumnya jika anda seorang Islam?
3. So sekarang saya tidak izinkan anda senaraikan SUARA SUKJ disini. Jika anda teruskan juga, maka anda adalah 'Syaitan Bertanduk' bukan seorang Muslim.
http://suarasukj.blogspot.com
1. Ok jangan cakap banyak tolong keluarkan SUARA SUKJ dari blog list u ni.
2. Sejak bila anda mendapat kebenaran daripada saya untuk menyenaraikan SUARA SUKJ disini?
3. Jika anda teruskan juga tanpa mendapat kebenaran saya, nyatalah anda bukan seorang muslim tetapi Syaitan Bertanduk. Salam
1. Ok jangan cakap banyak tolong keluarkan SUARA SUKJ dari blog list u ni.
2. Sejak bila anda mendapat kebenaran daripada saya untuk menyenaraikan SUARA SUKJ disini?
3. Jika anda teruskan juga tanpa mendapat kebenaran saya, nyatalah anda bukan seorang muslim tetapi Syaitan Bertanduk. Salam
jujur lah saudara..
TAK ramai yang cukup berani nak mengaku dia yang buang najis kat tengah jalan.
KALAU buang batu sembunyi tangan tu..biasalah...belambakk..
APA pun, sekiranya pengendali blog ini mampu berhujah dengan bukti bukti kukuh....teruskanlah berkarya..
Post a Comment