Pagi tadi ketika pulang dari Mahkamah Jalan Duta sekitar pukul 11 pagi, ternampak satu banner digantung yang berbunyi, “Rakyat Merayu kepada Pak Lah Agar Tidak Serah Malaysia Kepada Penjenayah”. Di banner tersebut terdapat gambar Altantuya Shaariibuu, Najib Razak dan Rosmah Mansor.
Tanpa membuang masa, kereta pun dihentikan dan gambar diambil.Kebanyakkan kereta yang melalui jalan tersebut memperlahankan kenderaan untuk melihat banner tersebut.
Selepas makan tengah hari saya keluar untuk membayar bil-bil.
Dalam perjalanan pulang ketika melalui Jalan Bangsar pada pukul 2.00 petang berhampiran dengan simpang untuk ke pejabat NSTP, ternampak sebuah lagi banner yang mempunyai gambar Altantuya, Najib dan Rosmah.
Di banner ini pula tertulis,
“Najib Tun Razak Perdana Menteri Ke 6?
- Rasuah hampir satu billion dalam urusan pembelian peralatan pertahanan.
- Tuduh isteri pertama Tengku Puteri Zainah gila babi untuk kahwin dengan isteri orang.
- Membeli isteri orang untuk dikahwini.
- Punyai isteri yang tamak, boros dan queen control umpama Imelda Marcos.
- Misteri pembunuhan Altantuya.
http://antinajib.blogspot.com Selamatkan Melayu”
Banner yang kedua ini terdapat logo Umno dan digantung disebelah banner hari raya Umno Lembah Pantai. Semalam Pak Lah mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno dalam pemilihan parti tersebut Mac depan.
Setakat ini Najib disebut sebagai penggantinya. Seperti yang dikatakan semalam, Najib “mungkin” menjadi penggantinya. Beliau menggunakan perkataan “mungkin” kerana Najib masih lagi perlu bertanding untuk merebut jawatan Presiden Umno. Setakat ini hanya Ku Li yang telah mengumumkan untuk mencabar jawatan Presiden Umno dalam pemilihan Umno nanti. Masih belum ada calon-calon lain yang berani.
Namun ramai pihak belum yakin Ku Li akan dapat cukup pencalonan untuk merebut jawatan tersebut.
Apa-apa pun perang dalaman Umno untuk merebut kekuasaan telah bermula. Yang peliknya, perang terhadap Najib bermula terlebih dahulu.
BARU - HOT !! SMS ALTANTUYA
Seluruh negara kelmarin dan hari ini sedang heboh membincangkan berita SMS Altantuya yang di hantar oleh peguam Shafee Abdullah kepada Najib Razak.
Berita ini telah melintasi alam siber dan sedang merebak dari ruang tamu hotel, ke café, dari café ke warung dan dari warung gerai. Mak Cik-cik dan Pak Cik di Felda-felda yang masih berhari raya telah mula tertanya-tanya. Anak-anak muda dari Mat Rempit hingga ke kampus-kampus sedang berlabon dan tertanya-tanya.
Laman-lam web sedang hangat dan masak dengan berita SMS Altantuya.
Persoalan timbul : Apakah komunikasi dua hala Shafee/Najib itu sahih?
Jika TIDAK SAHIH maka ini adalah satu kerja jahat untuk memburukkan Najib Razak dan perguam Shafee Abdullah.
Secara resmi pekara ‘fitnah’ seperti ini wajib dihentikan. Pihak yang bertanggung jawab wajib dihadapkan ke pengadilan kerana menyebar fitnah.
Jika ianya SAHIH maka banyak persoalan yang timbul:-
1- Razak Baginda di tuduh terlibat dalam kes pembunuhan ganas gadis cun
Altantuya dari Mongolia
2- Shafee Abdullah ialah peguam bela Razak Baginda
3- Najib Razak seorang menteri kabinet
4- Razak Baginda yang di tuduh terlibat mumbunuh gadis cun Altantuya dari
Mongolia adalah kawan baik, rakan niaga dan penasihat Najib Razak
Jika isi kandungan SMS Altantuya ini SAHIH maka Najib Razak telah menyalah gunakan kuasa untuk melepaskan Razak Baginda dari di tuduh terlibat secara langsung dalam kes pembunuhan ganas gadis cun Altantuya. Gadis cun Altantuya dari Mongolia yang fasih pelbagai bahasa ini di laporkan telah menjadi penterjemah semasa jual beli kapal selam tangan kedua dari Peranchis.
Jika isi kandungan SMS Altantuya ini sahih maka ianya menunjukkan bahawa Najib Razak terlibat secara langsung dalam mempengaruhi perjalanan siasatan pihak polis.
Jika isi kandungan SMS Altantuya ini sahih maka amat jelas bahawa lembaga kepeguaman dan kehakiman negara telah hancus, telah lohe, telah korok dan tidak di yakini umum.
Jika isi kandungan SMS Altantuya ini sahih maka Surat Akuan Bersumpah P. Balasubramaniam (Bala) pada 1 Julai 2008 dahulu adalah benar. Dalam Akuan Besumpah ini Bala telah menunjukkan hubungan Najib Razak dengan gadis cun Altantuya dari Mongolia.
PARLIMEN
Parlimen sedang bersidang. Inilah tempat dimana semua soalan-soalan ini wajib di jawab.
Ini amat penting kerana SMS Altantuya ini melibatkan Najib Razak yang diwar war akan dicalonkan sebagai presiden United Malays National Organisation. Najib Razak juga di katakan akan menggantikan Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Parlimen wajib MEMBINCANGKAN agenda SMS Altantuya ini kerana Raja Petra Kamaruddin kini ditahan di Kamunting dan sedang di bicarakan atas tuduhan membuat hasutan.
Hasutan ini dikatakan muncul dari tulisan Raja Petra Kamaruddin yang menulis tentang bagaimana Rosmah Mansor terlibat sama dan berada di tempat dimana tubuh badan Altantuya diletupkan.
Rosmah Mansur ialah isteri ke dua Najib Razak.
Belumpun lagi sempat menggantikan Abdullah Badawi, skandal Najib muncul lagi. Kali ini Malaysia Today (walaupun RPK terpenjara) menggeluarkan petikan SMS diantara Najib Razak dan Shafee Abdullah seorang peguam. Klik disini.
Tukar Tiub membuat analisis mengenai isu ini. Klik disini.
Petang tadi apabila ditanya oleh wartawan, Najib tidak menafikan bahawa wujudnya SMS tersebut dan mengatakan bahawa tidak berlakunya penyalahgunaan kuasa. Klik disini untuk membaca berita dari Malaysiakini.
Selain daripada mengeluarkan berita mengenai SMS ini, Malaysia Today turut menceritakan mengenai dosa-dosa Najib ketika menjadi Menteri Besar Pahang. Klik disini.
Sempatkah Najib melengkapkan teori R.A.H.M.A.N?
No comments:
Post a Comment