Friday, October 10, 2008

email pembaca... betulke anak Najib mewah di luar negara?


Najib Yang Perlu Kita Ketahui Najib nampak bersih, seperti juga Pak Lah yang sering dipanggil Mr. Clean. Bagaimanapun, itu semua hanya satu sandiwara di hadapan mata rakyat. Rakyat memandang baik Najib semata-mata kerana mengenangkan jasa baik bapanuya Tun Razak tetapi bagi Najib, sangkaan baik itulah peluang baginya untuk menipu dan menindas rakyat dari belakang. Antara penipuan dan penyelewengan Najib ialah:-

1) Sewaktu menjadi Menteri Pertahanan, Najib dipandang sebagai reformis pertahanan negara tetapi sebenarnya, ada udang di sebalik batu, Najib mengaut keuntungan rasuah bernilai lebih lima juta ringgit melalaui tender-tender membekalkan pesawat MIG-29 Fulcrum dan FA-18 Hornet. Najib juga hampir mengaut lebih dua juta ringgit lagi melalui kontrak pembekalan kapal selam oleh sebuah syarikat Sweden, mujurlah projek itu gagal akibat kegawatan ekonomi.

2) Najib mempunyai sebuah apartmen mewah di South Kensington, di tengah-tengah kotaraya London untuk anaknya yang menuntut di sana. Nilai apartmen tersebut dianggarkan bernilai lebih satu setengah juta pound sterling (RM10.5 juta).

3) Najib juga membekalkan sebuah kereta Rolls-Royce untuk kegunaan anaknya di London lengkap dengan seorang pemandu berbangsa Inggeris. 4) Najib banyak mendapat 'pendapatan tambahan' melalui menfrancaiskan pendidikan serta pembinaan pusat pengajian tinggi swasta. Bayangkan wang yang diterimanya bagi lebih 560 buah kolej swasta di seluruh negara jika setiap sebuah kolej memberikan 10% kos kepadanya. Ini menunjukkan bahawa Najib sendiri tidak yakin dengan pendidikan tempatan dan hanya menipu rakyat. Begitulah ceritanya mengenai Najib, pemimpin yang nampak tenang serta bersih tetapi di belakang, dia menindas, mengelabui mata rakyat dan merompak harta rakyat untuk menyenagkan diri sendiri.


anak sapa ni..? Pemuda kacak (?) dalam gambar yang diperolehi oleh OhBulan! ini di’percayai adalah anak lelaki kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia sekarang ini, Dato’ Sri Najib Tun Razak. Tiada maklumat lain seperti nama kepada pemuda ini, cuma fail yang ada bernama Ashman. Boleh tahan juga anak pemimpin kita ya?

No comments: