Wednesday, February 6, 2013

SEKALI LAGI AKAN BERTERUSAN - KEMPEN MUHYIDDIN 4 MALAYSIA PERLU KITA SEBARKAN. SELAMATKAN UMNO DARI NAJIB TUN ABDUL RAZAK. 

Najib-perlu undur demi UMNO

Rakan - rakan dalam UMNO

Kita tersepit dalam mengkritik Najib dan isterinya Rosmah kerana kita rasa kalau kita kritik mereka maka Umno akan mendapat padah. Itu rasa kita. Tetapi apa yang berlaku ianya Najib dan Rosmah khususnya telah melakukan perkara-perkara yang lebih memmberi kesan negatif terhadap Umno. Kita sebenarnya berhadapan dengan masalah ketakutan kita dalam Umno sehingga kita terpaksa berbohong dan akhirnya kita menanggung risiko membuat Umno lebih ditolak oleh rakyat.

Najib perlu letak jawatan dan Umno perlu dipimpin oleh Muhyiddin dalam usaha  mendapatkan semula keyakinan Umno. Najib kena dihadapkan kepada Umno segera untuk Umno dan Umno perlu membuat keputusan segera. Keputusan itu hanya tinggal - Najib perlu melepaskan kedudukan dalam Umno dengan segera. 

Kita perlu sedar bahawa sesama kita juga tertanya mengenai kes Altantuya. Kes besar yang masih tidak terjawab. Kita masih tertanya mengenai kapal selam, cincin rosmah, rasuah dan berbagai lagi jenayah besar. 

Kita tidak boleh berdiam diri dalam kes Altantuya. Kita tidak boleh membenarkan isu itu terus merosakkan negara ini.

Rakan dalam Umno

Muhyiddin perlu segera bertindak. Muhyiddin perlu segera memacu semula Umno untuk mendapatkan semula keyakinan rakyat khususnya Melayu terhadap Umno. Ini perlu dan ini mesti kita lakukan segera.

Ayuh kita lakukan segera......desak Najib untuk melepaskan jawatan

BACA BALIK - ROSMAH DAN CINCINNYER

ROSMAH, KENAPA NAMA KAMU DALAM BORANG KASTAM SEBAGAI PENERIMA CINCIN RM24.45 JUTA ?





HABIS APA SEBENARNYA YANG KITA TUNGGU ?
Kenyataan Terbuka
20 Januari 2013
ROSMAH, KENAPA NAMA KAMU DALAM BORANG KASTAM SEBAGAI PENERIMA CINCIN RM24.45 JUTA ?
8 Julai 2011 kali pertama che’GuBard mendedahkan dokumen dan resit berkaitan kemasukan cincin bernilai RM24.45 juta yang tertera nama ‘Datin Paduka Seri Rosmah Bin Mansor’ sebagai penerima. Pada peringkat awal pendedahan Rosmah diam dan cuma juak – juaknya menjawab dengan tuduhan dokumen yang didedahkan itu palsu. Malah ada Menteri yang berucap dalam majlis terbuka membela Rosmah dengan menyatakan cincin RM24juta tidak ada dalam dunia.
Namun setelah che’GuBard membuat laporan SPRM di Ibupejabat SPRM Pulau Pinang, maka apabila ditanya oleh wartawan Rosmah hanya kata itu fitnah dan maka timbul pula isu cincin itu untuk pameran. Dengan bantuan sumber yang memberikan maklumat menerangkan jika untuk pameran borang dan prosedur berbeza harus digunakan, akhirnya mereka panik dan menyatakan cincin itu sudah keluar semula. Banyak misteri berlaku sehingga adakah ia kebetulan kerana laporan SPRM dan serbuan SPRM maka sistem kastam di KLIA juga ‘down’ secara tiba-tiba.
Nampaknya seperti tidak ada jalan keluar maka strategi mendiamkan diri digunakan untuk melupakan orang ramai terhadap cincin ini. Sehinggalah mutaakhir ini pergeseran dalaman Umno telah menyebabkan Najib diserang dan Rosmah menjadi antara ‘soft-point’ serangan dalaman Umno terhadap Najib.  Maka tertekan dengan perkembangan itu Rosmah terpaksa muncul menggunakan strategi Najib menafikan kenal Altantuya dengan bersumpah. Rosmah menggunakan majlis makan malam bekas tentera untuk ‘bersumpah yang cincin itu sekarang tiada ditanganya’. Dalam majlis yang sama Rosmah ambil kesempatan kononya (walaupun tidak menyebut nama) che’GuBard seolah ditugaskan untuk menyerang dia setelah gagal menyerang Najib. Rosmah mengangkat dirinya konon diserang kerana Rosmah seolah dia aset Bn.
Ditegaskan di sini :
  1. Pendedahan cincin bukan fitnah tepi longkang sebaliknya bersandarkan dokumen dan fakta, memang ramai pelik seharusnya Rosmah bawa sahaja cincin itu dijarinya tetapi sememangnya wujud kemasukan secara berdokumen. Rosmah kena menjawab. Kemungkinankah benar teori ada kegiatan ‘salah’ lain yang wujud dari kemasukan cincin secara dokumen ini dan cincin hanya mengaburi kegiatan sebenar yang lebih menguntungkan ? Kerana itu Rosmah tidak mahu menjawab secara detail untuk mengelakkan persoalan lain muncul ?
  2. Jika ia untuk pameran kenapa prosedur membawa masuk barang pameran seperti biasa tidak diaplikasikan ?
  3. Rosmah menjadi sasaran ? Ingat Rosmah Mansor, pembangkang pernah bertempur dengan banyak Presiden Umno sebelum ini, sebegitu hebat bertembung dengan Mahathir tetapi kami tidak pernah menyerang Siti Hasmah. Mengapa ?
  4. Serangan kepada Rosmah bukan serangan peribadi tetapi serangan kerana sikap boros dan tamak Rosmah itu sendiri dan kebanyakanya sudah dibuktikan seperti resit hotel, beg tangan , jam dan lain eksesori. Contoh terbaru pendedahan Deepak mengenai pembelian barang kemas juta bernilai belasan juta untuknya. Rosmah menjadi sasaran serangan juga kerana sikap campur tangan banyak dalam urusan yang sepatutnya dia tidak campur tangan. Tanyalah pimpinan Umno itu sendiri mereka sendiri bercakap Najib lemah dan harus mula bertegas mengawal Rosmah.
Apapun Rosmah Mansor kamu boleh berkata apa sahaja, rakyat sudah muak dengan sikap kamu. Serangan pada kamu bukan serangan peribadi tetapi persoalan pembaziran wang negara ketika rakyat menderita.
Saya che’GuBard mengajak rakyat menolak sumpah ‘olok-olok’ Rosmah. Jika sumpah dalam ucapan , sumpah di rostrum boleh membersihkan maka mahkamah pun boleh tutup kerana semua yang dituduh akan bersumpah.
Mungkin cincin tidak ada ditangan dia sekarang tetapi terlalu banyak misteri yang perlu dijawab mengenai cincin RM24.45 juta itu. Bukan sekadar cincin tetapi gaya hidup yang bermewah memboros dan mencampuri urusan banyak perkara yang tidak sepatutnya.
Untuk ikuti dan fahami lagi isu cincin ini sila klik
che’GuBard tetap pertahankan pendedahan yang dibuat. InsyaAllah dalam masa dua minggu dari sekarang akan menerbitkan satu buku kecil khas berkenaan isu ini dan berkaitan yang lain.
Sekian.
che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Wednesday, January 30, 2013

19 sebab Najib seharus lepaskan jawatan

Shahbudin Husin adalah penulis buku Najib PM terakhir dan Kesilapan Najib.Beliau adalah ahli UMNO yang menuntut agar Najib Tun Abdul Razak melepaskan jawatan dan hanya ini akan dapat memulih dan menyelamatkan UMNO. Beliau menggesa untuk Najib berjiwa besar dan melepaskan jawatan untuk menyelamatkan Najib. Beliau dalam buku terbaru telah menggariskan hampir sebab kesilapan Najib.www.selamatkanumno.blogspot.com akan menggariskan kesemua sebab untuk kita bincang dan orang UMNO setelah mengetahui sebab tersebut diharap dapat memberi gesaan kepada Najib untuk melepaskan jawatan beliau demi UMNO.

Senarai kesilapan Najib
1. 1Malaysia Silap pertama di hari Pertama sebagai PM
2. Menghapuskan Kementerian Pembangunan Usahawan
3. Mewujudkan Kabinet kawan2
4. Kabinet lemah dan ramai menteri Senator
5. Rasionalisasi (sebenarnya pemotongan) subsidi.
6. Perlantikan APCO
7. Gagal mengawal Karenah dan gaya mewah Rosmah
8. Gagal mengurus Parti komponan dan Anggota Kabinet.
9. Terlalu banyak program Transformasi Tapi hasil diragui.
10.Tidak tegas dan flip flop
11. Manipulasi Media yang Melampau
12. Menjadikan UMNO kurang Melayu
13. Terlalu bergantung kepada bekas panglima Anwar
14. Merestui Budaya politik jijik dan lucah.
15. Membiarkan amalan nepotisme dan kronisme
16. Mempunyai ramai Pegawai tetapi tidak membantu
17.Tidak bijaksana mengendalikan Bersih 2.0
18. Mansuhkan ISA rugikan Melayu
19. Terlalu mengejar populariti

kita akan ulas satu persatu nanti
Apa pun Najib undurla....



Dua buku yang ditulis oleh orang UMNO turut mendesak agar Najib Tun Razak melepaskan jawatan PM dan Presiden UMNO

selamatkanumno.blogspot.com akan mengulas 12 sebeabt yang dikemukakan oleh penulis buku ini, kenapa Najib seharusnya melepaskan jawatan beliau dan hanya ini akan membantu UMNO.

Wednesday, January 23, 2013

UMNO - bertindak segera

Bertindak segera. Hari ini kami dengan secara terbuka menggesa semua orang Umno untuk bertindak menyokong perubahan, transformasi politik dengan mendesak Najib segera melepaskan jawatan dan Muhyiddin segera menerajui perubahan sebelum PRU 13 ini. Ini perlu kita lakukan. Najib kini menjadi liabiti, Umno dan BN perlu perubahan segera. Kita mula gerakan kempen muhyiddin4malaysia segera!

Friday, January 18, 2013

Deepak di panggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Setelah tukar menukar  kenyataan di media, antara Deepak dan penafian Najib, Deepak akhirnya dipanggil untuk disoal dan diambil kenyataan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah. Deepak dalam kenyataan beliau mengatakan bahawa beliau akan memaklumkan semua insiden khususnya mengenai isu tanah Bukit Raja dan isu-isu sehingga kepada tuduhan membayar untuk akuan bersumpah kedua di buat bagi menutup kes pembunuhan Altantuya.

Deepak berkata bahawa dia akan mendedahkan semua perkara dalam isu-isu yang amat besar yang melibatkan Najib dan Rosmah. Deepak sebelum ini pernah memohon kepada rakyat Malaysia untuk menolak kedua pasangan ini kerana mereka terlibat dalam soal pembunuhan rakyat Mongolia.

Adakah kita dalam Umno tidak melihat ini satu liabiliti. Kami percaya untuk menyelamatkan tengok  mereka berdua sanggup melakukan apa sahaja. Najib perlu di tumbangkan kerana isterinya Rosmah Mansor adalah orang yang telah melakukan banyak perkara yang mampu menjatuhkan Umno. 

Orang Umno perlu bangkit dan menyokong agar Najib meletak jawatan sebelum PRU 13 ini. Itu adalah satu transformasi yang dapat menyelamatkan Umno.