ROSMAH, KENAPA NAMA KAMU DALAM BORANG KASTAM SEBAGAI PENERIMA CINCIN RM24.45 JUTA ?
HABIS APA SEBENARNYA YANG KITA TUNGGU ? | ||||
Kenyataan Terbuka
20 Januari 2013
20 Januari 2013
ROSMAH, KENAPA NAMA KAMU DALAM BORANG KASTAM SEBAGAI PENERIMA CINCIN RM24.45 JUTA ?
8 Julai 2011 kali pertama che’GuBard mendedahkan dokumen dan resit
berkaitan kemasukan cincin bernilai RM24.45 juta yang tertera nama
‘Datin Paduka Seri Rosmah Bin Mansor’ sebagai penerima. Pada peringkat
awal pendedahan Rosmah diam dan cuma juak – juaknya menjawab dengan
tuduhan dokumen yang didedahkan itu palsu. Malah ada Menteri yang
berucap dalam majlis terbuka membela Rosmah dengan menyatakan cincin
RM24juta tidak ada dalam dunia.
Namun
setelah che’GuBard membuat laporan SPRM di Ibupejabat SPRM Pulau
Pinang, maka apabila ditanya oleh wartawan Rosmah hanya kata itu fitnah
dan maka timbul pula isu cincin itu untuk pameran. Dengan bantuan sumber
yang memberikan maklumat menerangkan jika untuk pameran borang dan
prosedur berbeza harus digunakan, akhirnya mereka panik dan menyatakan
cincin itu sudah keluar semula. Banyak misteri berlaku sehingga adakah
ia kebetulan kerana laporan SPRM dan serbuan SPRM maka sistem kastam di
KLIA juga ‘down’ secara tiba-tiba.
Nampaknya
seperti tidak ada jalan keluar maka strategi mendiamkan diri digunakan
untuk melupakan orang ramai terhadap cincin ini. Sehinggalah mutaakhir
ini pergeseran dalaman Umno telah menyebabkan Najib diserang dan Rosmah
menjadi antara ‘soft-point’ serangan dalaman Umno terhadap Najib. Maka
tertekan dengan perkembangan itu Rosmah terpaksa muncul menggunakan
strategi Najib menafikan kenal Altantuya dengan bersumpah. Rosmah
menggunakan majlis makan malam bekas tentera untuk ‘bersumpah yang
cincin itu sekarang tiada ditanganya’. Dalam majlis yang sama Rosmah
ambil kesempatan kononya (walaupun tidak menyebut nama) che’GuBard
seolah ditugaskan untuk menyerang dia setelah gagal menyerang Najib.
Rosmah mengangkat dirinya konon diserang kerana Rosmah seolah dia aset
Bn.
Ditegaskan di sini :
- Pendedahan cincin bukan fitnah tepi longkang sebaliknya bersandarkan dokumen dan fakta, memang ramai pelik seharusnya Rosmah bawa sahaja cincin itu dijarinya tetapi sememangnya wujud kemasukan secara berdokumen. Rosmah kena menjawab. Kemungkinankah benar teori ada kegiatan ‘salah’ lain yang wujud dari kemasukan cincin secara dokumen ini dan cincin hanya mengaburi kegiatan sebenar yang lebih menguntungkan ? Kerana itu Rosmah tidak mahu menjawab secara detail untuk mengelakkan persoalan lain muncul ?
- Jika ia untuk pameran kenapa prosedur membawa masuk barang pameran seperti biasa tidak diaplikasikan ?
- Rosmah menjadi sasaran ? Ingat Rosmah Mansor, pembangkang pernah bertempur dengan banyak Presiden Umno sebelum ini, sebegitu hebat bertembung dengan Mahathir tetapi kami tidak pernah menyerang Siti Hasmah. Mengapa ?
- Serangan kepada Rosmah bukan serangan peribadi tetapi serangan kerana sikap boros dan tamak Rosmah itu sendiri dan kebanyakanya sudah dibuktikan seperti resit hotel, beg tangan , jam dan lain eksesori. Contoh terbaru pendedahan Deepak mengenai pembelian barang kemas juta bernilai belasan juta untuknya. Rosmah menjadi sasaran serangan juga kerana sikap campur tangan banyak dalam urusan yang sepatutnya dia tidak campur tangan. Tanyalah pimpinan Umno itu sendiri mereka sendiri bercakap Najib lemah dan harus mula bertegas mengawal Rosmah.
Apapun
Rosmah Mansor kamu boleh berkata apa sahaja, rakyat sudah muak dengan
sikap kamu. Serangan pada kamu bukan serangan peribadi tetapi persoalan
pembaziran wang negara ketika rakyat menderita.
Saya
che’GuBard mengajak rakyat menolak sumpah ‘olok-olok’ Rosmah. Jika
sumpah dalam ucapan , sumpah di rostrum boleh membersihkan maka mahkamah
pun boleh tutup kerana semua yang dituduh akan bersumpah.
Mungkin
cincin tidak ada ditangan dia sekarang tetapi terlalu banyak misteri
yang perlu dijawab mengenai cincin RM24.45 juta itu. Bukan sekadar
cincin tetapi gaya hidup yang bermewah memboros dan mencampuri urusan
banyak perkara yang tidak sepatutnya.
Untuk ikuti dan fahami lagi isu cincin ini sila klik
-
Berkenaan kronologi pendedahan cincin klik http://chegubard.
blogspot.com/2011/08/ chegubard-tidak-perlu-mohon- maaf.html - (Berkenaan dengan isu cincin telah keluar) klik http://chegubard.
blogspot.com/2011/07/usaha- terdesak-untuk-lindungi- imelda.html
che’GuBard
tetap pertahankan pendedahan yang dibuat. InsyaAllah dalam masa dua
minggu dari sekarang akan menerbitkan satu buku kecil khas berkenaan isu
ini dan berkaitan yang lain.
Sekian.
che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
Solidariti Anak Muda Malaysia
No comments:
Post a Comment