KUALA LUMPUR: Saudagar permaidani, Deepak Jaikishan mencabar
bekas rakan perniagaannya, Datik Seri Rosmah Mansor agar melatakkan
jawatannya sebagai Yang Dipertua Bakti hari ini juga.
Langkah ini perlu untuk menjaga nama baik Bakti ekoran pelbagai skandal yang sedang dihadapi Rosmah.
"Dia boleh teruskan sebagai penasihat Pandu Putri kerana ia tidak
akan jejaskan nama baik negara," kata Deepak dalam kenyataannya. Bakti adalah Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) yang dipimpin Rosmah.
Deepak sebelum ini adalah rakan perniagaan Rosmah yang berjalan di Rumah Perdana Menteri selama 7 hingga 8 tahun.
Deepak mendedahkan, beliau telah membuat pelbagai jenis perniagaan yang dirancang Rosmah untuk memberikan wang kepada Rosmah.
Antara arahan Rosmah yang terpaksa beliau lakukan adalah membantu
Najib memaksa penyiasat persendirian P Balasubramaniam membuat akuan
bersumpah kedua yang menafikan sama sekali akuan bersumpah pertama yang
dibuatnya.
Deepak mengaku beliau terlibat memujuk Balasubaramaniam untuk membuat SD 2 itu atas arahan Rosmah.
Bagi Deepak, Umno dibawah Najib telah lumpuh sepenuhnya.
"Para menteri perlu mendesak agar segala dakwaan ke atas Najib ini
disiasat atau menjadi sebahagian dari 'Lame Duck' kabinet yang diketuai
oleh 'Sitting Duck PM," kata Deepak.
Lame Duck adalah istilah yang digunakan untuk ahli politik yang
menjadi alat sahaja dan sudah sampai kepada penghujungnya dalam keadaan
semua sudah tahu sudah ada penggantinya.
Deepak memberikan tiga kes utama yang perlu disiasat iaitu skandal
penjualan tanah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), pembunuhan
Altantuya Shariibuu dan penjualan tanah tapak lapangan terbang tentera
Sungai Besi.
No comments:
Post a Comment