|
Hisham to be the next PM |
|
|
|
Politik dalam Umno semakin
tersepit. Tersepit kerana Umno sentiasa diperhatikan dan kedudukan Umno
sentiasa di cabar. Najib Tun Razak hari ini sedang menunggu saat untuk dijatuhkan.
Berpaut pada Hisham adalah satu langkah terakhir beliau dalam menyembunyikan
segala huru-hara serta perbuatan yang telah beliau lakukan.
Najib penuh dengan masalah, mulai
dari saat beliau Timbalan Perdana Menteri lagi. Isu Altantuya adalah isu besar
yang tidak boleh dipandang ringan. Isu ini menjadi bebanan kepada Umno dan Umno
akan terus dipersoalkan kerana isu ini. Najib dan isteri beliau Rosmah adalah
watak utama dalam isu ini. Dalam pada itu pentadbiran Najib yang sering
tersasar dalam membuat keputusan semakin ketara. Umno semakin parah di bawah
beliau dan mahu tidak mahu semua ini juga berpunca dari isteri beliau yang
dikatakan sebagai PM sebenarnya.
Menyembunyikan salah laku beliau
serta menyelamatkan beliau dari dihadapkan semula atas tuduhan – tuduhan jenayah
Najib perlu menyiapkan pengganti. Tidak lain orangnya adalah Hishammuddin.
Hishammuddin perlu disediakan dan untuk menyiapkan Hishammuddin, Zahid Hamidi
perlu diketepikan. Hisham tidak boleh bergantung pada karisma beliau dan
sokongan beliau dalam Umno. Kejayaan beliau dalam pemilihan agung Umno adalah
palsu dan ahli Umno ramai tertipu dengan kejayaan itu. Najib perlu untuk memastikan
semua perkara busuk yang telah berlaku di tutup dan tidak terselongkar keluar. Oleh
itu Hisham perlu menggantikan beliau sekiranya keadaan mendesak beliau untuk
turun takhta.
Untuk menjadikan Hishammuddin sebagai
pengganti satu perkara perlu ditentukan. Perkara tersebut adalah untuk
memastikan pesaing beliau tumbang dahulu. Untuk mempopularkan Hisham agak
sukar. Hisham bukan pilihan Umno. Untuk memastikan Hisham menjadi Perdana
Menteri, semua pesaing Hisham perlu di pegang dan ditumbangkan. Maka kerana itu
kita lihat timbul gerakan untuk menjatuhkan Zahid Hamidi. Zahid merupakan
pesaing utama dalam kerusi Perdana Menteri Malaysia. Sekiranya Zahid dibiarkan
maka Hisham hanya akan menjadi bayangan. Oleh sebab itu usaha menjatuhkan Zahid
sedang dijalankan.
Zahid sedang diperhatikan oleh beberapa kumpulan dan gerakan
ini akan menyelongkar semua kesalahan dan kesilapan Zahid untuk tujuan mengikat
beliau dan menjatuhkan beliau dan memberi ruangan untuk Hisham selesa
menggantikan Najib sekiranya timbul desakan yang kuat. Hisham sebagai PM – apa komen
korang.