Pemilihan Agung Umno telah berakhir dengan keadaan terdesak Najib Tun Razak untuk memenangkan Dato Hishammuddin sebagai harapan terakhir beliau untuk mendapatkan sokongan bagi terus menerajui Umno. Najib telah membelakangkan transformasi yang beliau sendiri mahu lakukan. Orang Umno hari ini mula sedar - sok-sek sok sek di belakang tetapi belum ada yang mahu bangkit untuk mendesak Najib untuk terus meletak jawatan. Kita bakal kecundang sekiranya Najib terus dengan keadaan terdesak ini mahu berpegang pada kuasa. Pemilihan juga memberi indikasi siapa yang sepatutnya naik untuk SELAMATKAN UMNO. Muhyiddin perlu - dan sekiranya tidak - Zahid Hamidi atas nama SELAMATKAN UMNO perlu bertindak segera kerana beliau adalah pemimpin yang di pilih oleh akar umbi UMNO. Kita perlu segera melakukan perubahan ini untuk menyelamatkan UMNO.
No comments:
Post a Comment