Amat sedih bila kita lihat ahli Umno membiarkan peluang yang di beri untuk memilih tidak memilih untuk transformasi yang di war-warkan oleh Najib Tun Abdul Razak. Bagaimana ahli nak melakukan transformasi sedangkan Najib sendiri tidak bersungguh dalam melakukan perubahan. Hari ini semua tahu Najib tidak akan mendapat sokongan menyeluruh ahli Umno. Cukup satu desakan dari mana-mana VP atau ahli Majlis Tertinggi untuk Najib melepaskan jawatan, pasti akan merisaukan Najib. Apa pun yang lebih risau adalah Rosmah.
Hari ini ahli Umno sekali lagi akan berdepan dengan krisis kepimpinan di bawah Najib. Sudahlah masa PRU 13 winner able candidate Najib gagal, BN terus malang ini dalam pemilihan PAU 2013, Najib membuat manipulasi untuk menyelamatkan diri sendiri dengan mencatur pemilihan untuk tempat dia tidak dipertandingkan.
Najib juga mahu mengikat mereka yang menang dalam VP dan MT untuk menyokong beliau tetapi dalam masa yang sama melihat kehadiran MT yang akan menentang beliau dengan sistem beliau yang tidak membawa banyak faedah pada Umno.
Umno akan berdepan dengan cabaran yang paling hebat membawa kepada PRU 14. Ini kerana percaturan Najib telah banyak mengecewakan ahli. Ini akan menjadi beban kepada Umno pada pilihan raya ke 14 nanti.
Ahli Umno perlu membuat perubahan. Najib terpaksa melepaskan jawatan PIEM dan juga Presiden Umno. Ini perlu kerana Najib dan Rosmah akan membawa kehancuran pada Umno. Percayalah Najib MUST GO
No comments:
Post a Comment