Tuesday, July 7, 2009

Najib mula khianat pada Melayu

Siapa yang lebih khianat pada Melayu - jawapannya tidak lain tidak bukan adalah Najib Tun Abdul Razak. Najib gagal melihat politik negara ini. Najib mahu memastikan undi Cina kembali kepada Barisan Nasional tapi lupa bahawa tindakan itu hanya akan merugikan orang Melayu yang semakin tertinggal. Najib tidak membela Melayu.

Apa yang Najib lakukan adalah untuk menebus pandangan orang bahawa beliau adalah ultra Melayu dengan membunuh perjuangan Melayu. Sebenarnya tindakan Najib ini perlu disangkal oleh semua pertubuhan Melayu yang ada. Semua NGO Melayu perlu bangkit dan melihat Najib timbul untuk mendapatkan populariti sebagai 1Malaysia dengan memberi kepada bangsa lain yang sudah cukup meriah ekonominya.

Gabungan mereka yang sayangkan Tanah Melayu harus membantah tindakan Najib tanpa rujukan kepada Melayu itu sendiri. Ahli Umno harus segera menghantar memorandum untuk menolak tindakan songsang Najib dalam menyerahkan hak keistimewaan Melayu. Kalau begini cara Najib dia sama buruk dengan Anwar Ibrahim yang terjerit2 dengan ketuanan rakyat. Anwar menjerit-jerit tetapi Najib membukanya.

Ahli Umno kena sedar bahawa tindakan Najib ini salah. Tindakan Najib ini satu pengkhianatan pada Melayu. Umno kena bangkit kerana setakat ini kita tidak lihat Najib berusaha untuk meningkatkan ekonomi orang Melayu. Kita lihat dari beliau naik jadi PM semua hanya untuk kaum lain, orang luar dan pelaburan asing yang seperti kata Mahahtir tidak ada kesetiaan pada Malaysia.

Bangun Melayu

6 comments:

pekakbutabisudungu said...

the truth is


najib blinkd first

mymoksha said...

Bukan hanya Najib Tun Razak menkhianati Melayu tetapi ke semua pemimpin UMNO adalah pengkhianat kepada Melayu dan UMNO sendiri adalah parti pengkhianat kepada Melayu. mari kita berhujah satu demi satu di sini, :

1. UMNO menghentikan bantuan SAR atas alasan sekolah agama adalah pusat penyuburan dakyah PAS dan mewujudkan suasana membenci pemimpin UMNO yg telah sedia dibenci.

2. Menutup MRSM di Terengganu atas alasan Terengganu diperintah oleh PAS. Selepas isu itu, UMNO membuka kuota 10 peratus kemasukan ke MRSM kepada Cina dan INdia.

3. Merompak Tanah Rezab Melayu dan menjadi agen penjualan tanah rezab Melayu kepada tauke2 Cina.

4. Merompak duit royalti minyak di Terengganu pada 1999. Sedangkan 99 peratus rakyat Terengganu adalah Melayu.

5. MengINGERISkan mata pelajaran Sains dan Matematik. Sedangkan mata pelajaran tersebut tak pernah membawa masalah kepada pelajar2 Melayu semasa diajar dlm Bahasa Melayu.

6. Menganaktirikan Kelantan dan menafikan hak rakyat Kelantan mendapatkan royalti minyak. Sedangkan lebih dari 90 peratus rakyat Kelantan adalah Melayu.

7. Menafikan hak biasiswa kepada anak2 Melayu, membekukan pinjaman MARA tetapi dlm masa yg sama menaikkan peratusan kuota biasiswa kepada masayarakat bkn Melayu.

8. Membuat persempadanan semula dlm kawasan pilihanraya. Membunuh kawasan2 Melayu selepas UMNO ditolak oleh org Melayu pd pilihanraya 1999. Buktinya, negeri yang mempunyai majoriti Melayu tak ditambah sebarang kerusi seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Banyak lagi kemungkaran yg dibuat oleh pemimpin2 UMNO dan parti yang bernama UMNO ini. Jadi, jika mahu ditentang bkn sahaja Najib tetapi perlu dihancurkan sekali parti UMNO. Ketuanan Melayu sudah tidak relevan. UMNO assabiyyah sesama bangsa mereka. Apa ada pada Melayu? Mengaku nak jadu tuan di Malaysia tetapi haprak dan khianat bangsa sendiri!

paloi bin mulau said...

ish ish ish njib bukan mengkhianat bah. tapi teman rasa najib kena ugut sbb taknak rahasia dia terbongkar jadi dia ikut je la.

shah alam said...

SALAM SEMUA,

INI LAH HADIAH 100 HARI PEMERINTAHAN DATO SRI NAJIB KEPADA BUMIPUTRA YANG MAJORITI MENGUNDI UMNO DALAM MASA PEMILIHAN YANG LALU.

1)PENGHAPUSAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI.

*DISINILAH TERLETAKNYA SEGALA KEMUDAHAN UNTUK BUMIPUTRA . SEHINGGA MARA TIADA FUND LAGI UNTUK MEMBIAYAI PINJAMAN PELAJARAN.

2)PENGHAPUSAN KUOTA 30 % BUMIPUTRA DALAM SEKTOR PERNIAGAAN PERKHIDMATAN.

*TIADA SIAPA PUN PAKSA /BG TEKANAN . NAJIB MELEPASKAN.

3)RAMPASAN PEMERINTAHAN DI PERAK

4)KENAIKAN MINYAK RON 97.

5)SEKATAN MENGAMBIL MATAPELAJARAN MELEBIHI 10 SUBJEK.

*SETIAP TAHUN ANAK2 BUMIPUTRA MENDAPAT “TOP ONE”.
DENGAN PENCAPAIAN INI MEMBUKTIKAN BAHAWA KITA BOLEH MELAKUKAN DAN MENJADI TANDA ARAS SERTA KECEMERLANGAN BUMIPUTRA.

6)PENGHAPUSAN KUOTA SAHAM 30% MILIK BUMIPUTRA APABILA SYARIKAT INGIN DISENARAIKAN DI BSKL.

*DASAR2 DEB INI TIDAK PERNAH MENGHALANG KEMAJUAN NEGARA DAN TIDAK ADA YANG TERPINGGIR MALAH RAMAI YG BUKAN BUMIPUTRA BERTAMBAH MEWAH DAN KAYA RAYA.
DAN JUGA TIADA TEKANAN DARI SESIAPA.

EKONOMI NEGARA MEROSOT HARI INI BUKAN DASAR2 INI TAPI EKONOMI GLOBAL DAN LABOUR SERTA HARTANAH DINEGARA2 JIRAN ASIA TENGGARA JAUH LEBIH MURAH.

7)PENGHAPUSAN PENGEKALAN PEMILIKAN 30% SAHAM BUMIPUTRA DI BSKL BG SYRIKAT YANG DAH TERSENARAI.

* SAMA SEPERTI DIATAS

8)SYARIKAT2 ASING DIBENARKAN MEMILIKI SEHINGGA 70% EKUITI SYRIKAT2 TEMPATAN.

*DULU PENGJAJAH MENGJAJAH NEGARA BARU DAPAT MEMILIKI HARTANAH DAN HASIL. KINI DENGAN CARA SAH DENGAN HANYA JUAL BELI MEREKA DAPAT MEMILIKINYA.

9)SYRIKAT2 ASING DIBENARKAN MEMILIKI HARTANAH TANPA MEMERLUKAN PERSETUJUAN FIC.

* SAMA SEPERTI DIATAS

10)BIASISWA BUMIPUTRA DIKURANGKAN DAN DIHAPUSKAN DENGAN DIGANTI BIASISWA KEBANGSAAN.

*HANYA BIASISWA2 KERAJAAN SAHAJA ANAK2 BUMIPUTRA MAJORITI DAPAT MEMILIKI. BIASISWA2 MILIK2 SYARIKAT2 BUKAN BUMIPUTRA, SYARIKAT2 MULTINASIONAL, KEDUTAAN2 ASING, NGO2 ASING DAN TEMPATAN , UNIVERSITI2 SWASTA DAN ASING . MAJORITI DAPAT BIASISWA ADALAH BUKAN BUMIPUTRA.

11)SPEAKER DEWAN NEGARA KINI BUKAN BUMIPUTRA.

SEDARLAH UMNO SUDAH MELAMPAU. INI TIDAK TERMASUK KEROSAKAN OLEH PEMIMPIM2 UMNO SEBELUM INI.

p/s.. ini bukan racist/perkauman. ini adalah soal keadilan didalam permainan. “level of feild”. handicap perlu diberi “extra points”.

IKHLAS

poyosede said...

Najib dan UMNO tak betul? Nik Aziz ke Anwar yang betul? Korang ni buta hati dan dungu....be positif kenapa tak tulis tentan jasa UMNO kepada rakyat..asyik tulis perkara buruk.. PAS apa buat.. nothing...at least UMNO is something better than nothing

Krai Utara said...

haa haa gua sokong1! semua hujjah diatas kat kampong orang umNO banyak yang tercicir, sampaikan kat kampong gua yang kubu umNO ni orang umNo jadi kuli orang PAS huuu3 majulah umNO untuk pemimpin