Thursday, June 4, 2009

Sebelum 'bersihkan rakyat' Najib harus bersihkan penyokong LTTE dari BN

Samy Vellu sokong LTTE


Dulu pernah di singapore berlaku ketegangan kaum hubungan antara Sikh dan Hindu berikutan dengan pembunuhan Perdana Menteri India, Mrs Indira Gandhi pada tahun 1984, Perdana Menteri Lee Kuan Yew telah memanggil dan mengingatkan pemimpin kedua kaum itu bahawa mereka berada di Singapore dan bukan di India.

Kaum Hindu yang menyokong tindakan kerajaan India menyerang Kuil Emas di India di mana berkubunya pelampau Sikh yang membunuh Indira dan kaum Hindu pula menyokong tindakan itu yang menyebabkan berlaku pulau memulau dan ugutan antara kedua kaum itu di Singapore, restoran Hindu tidak mahu menjual makanan kepada kaum sikh dan kaum sikh pula mengadakan sembahyang di rumah ibadat dan mengutip derma untuk penentang penentang Indra.

Di Malaysia bukan sahaja kumpulan tertentu mengadakan tunjuk perasaan mengutuk kerajaan Sri Lanka yang meghapuskan pemberontak Harimau Tamil Eelam(LTTE) dan membunuh pemimpinnya Vellupillai Prabhakaran tetapi ada parti komponen BN, dari timbalan menteri sehingga ke anggota parlimennnya secara terang-terang mengistiharkan sokongan mereka kepada LTTE.

Ternyata kumpulan pengganas ini yang diawasi anasir anasirnya di Malaysia kini telah dan berada dalam kerajaan sendiri, mereka ini berada di bawah ketiak Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib. Lebih kurangajar, Presiden MIC Samy Vellu dengan berani meminta kerajaaan Malaysia menarik balik sokongan kepada kerajaan Sri Lanka untuk menyekat kuasa Barat dari menyiasat record kemanusiaan negara itu dalam perangnya menentang LTTE. Walaupun kerajaan memantau pergerakan itu di Malaysia tetapi pendedahan bahawa mereka berada dalam kerajaan sendiri adalah menjejaskan integriti kerajaan Malaysia dan menampakan kerajaan memberikan perlindungan kepada gerakan ini.

Sikap kerajaan yang berkecuali kepada kerajan Sri Lanka tidak boleh tutup muka dua talam kerajaan kepada rakyat negara ini dan ini tentunya akan menggalakan rakyat untuk memberikan sokongan terbuka kepada pemberontak dan penderhakaan di negara lain yang menjadi sahabat kepada Malaysia.Tidak nampak kesedaran ini wujud dikalangan UMNO sendiri bila Samy Vellu bersikap kurang ajar malah Menteri Dalam Negeri Datuk Hishamuddin yang popular sebagai "Menteri Amaran" hanya diam membisu seribu bahasa dan tidak memberikan reaksi segera.

Ini adalah contoh pertama yang menampakan bahawa kerajaan pimpinan Datuk seri Najib adalah longgar,lemah, lembek, tidak tegas dan tidak sensitif dalam usaha untuk memulihkan maruah kerajaan BN yang telah tidak diyakini lagi oleh penyokong penyokong tradisinya yang sedang menunggu sesuatu tindakan yang meyakinkan.

Najib tidak boleh mengembalikan keyakinan rakyat dengan tindakan gimmick dan pura pura dan sekadarkan berucap dengan suara yang kuat dan keras dan mengulangi amaran demi amaran. Kekuatan tidak boleh dipulihkan dengan amaran tetapi dengan tindakan yang ikhas,berani dan tidak menampakan sebagai usaha untuk mencari pengaruh secara murahan.Samy Vellu tidak sahaja menjatuhkan maruah kerajaan Malaysia tetapi menghakiskan maruah kepimpinan Datuk Seri Najib dengan berani mencabar keupayaan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin yang diketahuinya sangat lembek, lemah dan hanya "main main".

No comments: