Wednesday, June 24, 2009

Jean Todt dibayar RM1juta ?


Saya jarang bersetuju dengan apa-apa isu yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang di dalam Sidang Dewan Rakyat. Melainkan beberapa orang yang begitu aktif mengemukakan idea-idea yang bernas seperti YB Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, kebanyakan yang lain hanya mengemukakan isu yang remeh temeh dan hanya menyalak di Dewan Rakyat.

Apa yang diperkatakan oleh YB Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak membuka mata ramai pihak. Kementerian Perlancongan terutamanya bagi Menterinya, Datuk Ng Yen Yen dan Timbalannya, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib tidak harus lari dari menjawab soalan-soalan dari ahli-ahli parlimen mengenai ketelusan melantik Jean Todt, tunang kepada pelakon Malaysia terkenal, Michelle Yeoh sebagai Duta Perlancongan Malaysia. Berikut adalah persoalan-persoalan yang patut diketahui oleh rakyat marhaen seperti saya:

1. Apakah justifikasi Jean Todt diberikan kontrak lumayan berjumlah RM900,000 di bawah kempen “Malaysia- rumah kedua ku”?

2. Kenapakah Todt turut ditawarkan tanah di Pulau Besar, Terengganu dan berapakah premium tanahnya?

3. Betulkah perbelanjaan Todt seperti yang didakwa oleh Ahli Parlimen Gombak seperti berikut:
  • Yuran perkhidmatan Jean Todt sahaja mencecah RM593,400. Kos itu termasuk wang untuk tambang perjalanan, perbelanjaan dan wang saku.
  • Membayar Todt RM388,000 untuk bercuti di dalam negara.
  • Kos penginapan yang mencecah RM80,000 untuk tiga malam.
4. Tidak ada seorang rakyat Malaysiakah yang layak menjadi Duta Perlancongan? Jackie Chan menjadi Duta Perlancongan untuk Hong Kong, begitu juga Gurmit Singh a.k.a Phua Chu Kang untuk Singapura. Kita pula melantik siapa untuk Duta Perlancongan? Orang Tua yang sudah hendak mampus! Cakap Malaysiapun tak tahu!

5. Kenapakah kita tidak melantik anak-anak Malaysia yang telah berjaya di luar negeri dan menjadi kebanggaan dunia seperti Datuk Jimmy Choo, pereka kasut yang amat terkenal?

6. Kenapakah selepas 50 tahun kemerdekaan, minda kita masih dijajah - orang putih lebih bagus?

7. Mula-mula memberikan gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan, kemudian melantik Jean Todt sebagai Duta Perlancongan, selepas ini apa lagi "circus" yang hendak dilakukan?

Di saat rakyat Malaysia mengikat perut di kala keadaan ekonomi yang tidak menentu, Kementerian Perlancongan telah membazirkan wang rakyat yang dikutip melalui hasil cukai untuk diberikan kepada seorang warga asing dengan izin. Wajarkah kera di hutan disusukan dan membiarkan kami, anak di rumah mati kelaparan. Saya memerlukan jawapan dari anda, YB Ng Yen Yen!!! Kalau tidak DS Najib perlu mempertimbangkan untuk menutup Kementerian Perlancongan. Menghabiskan duit rakyat saja!

No comments: