SEBAIK sahaja mendapat pencalonan secara mutlak sebagai Presiden UMNO Najib akan berdepan dengan satu cabaran getir. P 36 Kuala Terengganu akan menjadi satu garis pengukur bukan sahaja untuk UMNO tetapi untuk Najib yang akan mengemudi UMNO. Ini bukan satu pilihan raya yang biasa. Ini satu pilihan raya yang akan menjadi garis pengukur kepada UMNO sama ada perubahan kepimpinan dari Pak Lah kepada Najib sungguhpun tidak secara rasmi dapat di terima sebagai satu perubahan ke arah memantapkan lagi sokongan terhadap UMNO atau sebenarnya UMNO dalam keadaan kritikal.
Adakah peralihan kuasa ini akan mempengaruhi keputusan pilihan raya P 36 Kuala Terengganu? Adakah Najib dapat menunjukkan bahawa saat perubahan yang akan berlaku tidak lama lagi merupakan saat yang menunjukkan UMNO sudah pulih dari tsunami 8hb Mac 2008 ,pilihan raya yang menyaksikan UMNO dan Barisan Nasional hilang 2/3 majoriti.
Sudah banyak yang diperkatakan mengenai UMNO. Ada yang mengatakan bahawa UMNO sudah hilang Populariti dan tidak lagi menjadi wadah perjuangan orang Melayu, rakyat Malaysia telah menolak Barisan Nasional dan UMNO serta golongan muda telah berpaling dari UMNO, merupakan asas kepada rumusan kekalahan BN dalam PRU 12 lepas. Adakah ini dapat dipulihkan kembali oleh Najib dalam berdepan dengan pilihan raya kecil Kuala Terengganu ini.
PAS dan Pakatan Rakyat sedang dalam keadaan moral yang tinggi. Mereka sekarang berkeyakinan dalam berdepan dengan UMNO setelah menawan 5 negeri pada PRU 12. Setelah itu PKR menang bergaya di pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Ketua UMUM PKR telah sampai ke Parlimen. Moral mereka tinggi dan mereka telah menggunakan semua saluran media alternatif untuk memanipulasi kedudukan mereka sebagai terlalu hampir untuk membentuk kerajaan. Pilihan raya Kuala Terengganu adalah medan mereka untuk membuktikan perkara itu.
Bagi UMNO inilah peluang untuk menunjukkan bahawa mereka sudah kembali setelah pengumuman peralihan kuasa dan Najib menjadi peneraju UMNO. Najib hari ini harus membuktikan perkara itu – Najib harus membuktikan bahawa UMNO sudah kembali pada trek yang tepat. UMNO mesti menang dengan majoriti yang besar. UMNO mesti di bawah kepimpinan Najib mengubah majoriti kemenangan, harus mendapat majoriti yang lebih lesar,lebih dari hanya 600 lebih untuk membuktikan kekuatan mereka sudah ada. Andai tidak maka rumusan akan kembali kepada sedia kala dan UMNO semakin akan dikira tersisih dan semakin jauh di hati rakyat.
Bagi Najib, ini adalah peluang untuk beliau membuktikan bahawa kehadiran beliau akan membawa perubahan kepada kedudukan UMNO. Ramai akan melihat P36 Kuala Terengganu sebagai satu petunjuk kepada kehadiran Najib sebagai kepimpinan UMNO.
Inilah masa untuk Najib melakukan perubahan, menunjukkan kehadiran dan menjadi pengukur kepada kehadiran Najib.-MHI
No comments:
Post a Comment