Monday, December 15, 2008

Adakah benar sokongan Muhkriz tidak luntur??

Diambil dari sini

Sokongan kepada Mukhriz tidak luntur...

Penyokong Datuk Mukhriz Mahathir yakin bahawa sokongan bahagian-bahagian kepada ahli Parlimen Jerlun itu untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno, tidak akan luntur walaupun pemilihan jawatan itu akan hanya berlangsung Mac depan.

Sehubungan itu, Pegawai Khas kepada Mukhriz, Amran Ali menolak tanggapan bahawa sokongan mereka kepada Mukhriz ibarat 'hangat-hangat tahi ayam' ekoran pelbagai isu yang melanda parti itu selepas pilihanraya umum Mac lalu.

"Bukan berkurangan, tapi tempoh kempen terlalu panjang. Oleh kerana kempen terlalu panjang, maka akan ada keluh kesah dari kalangan perwakilan.

"Tapi di hujung (tarikh berkempen) akan ada sentuhan yang membolehkan kemenangan (berpihak kepada Mukhriz)," kata Amran kepada Malaysiakini.(SENTUHAN AJAIB @ HABUAN APA DI HUJUNG ITU ?? )

Selepas mesyuarat bahagian berakhir 9 November lalu, Mukhriz yang juga exco Pemuda Umno memperolehi pencalonan terbanyak di antara calon-calon yang layak bertanding jawatan tersebut.

Beliau mendapat 74 pencalonan, diikuti bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dengan 62 pencalonan dan Naib Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin (53 pencalonan).

Siri pertemuan

Mukhriz mendapat sokongan padu dari 14 daripada 15 bahagian di Kedah, Johor (13 bahagian), Pahang (8 bahagian) dan Negeri Sembilan (4 bahagian).

Amran berkata, Mukhriz sedang mengadakan siri perjumpaan dengan perwakilan dan akar umbi untuk bertukar-tukar pandangan bagi memperkukuhkan lagi pergerakan Pemuda Umno.

Beliau menolak tanggapan bahawa siri perjumpaan tersebut melanggar tata etika kempen yang dikawal selia oleh Majlis Tertinggi.

"Majlis pertemuan dengan perwakilan diadakan untuk berbincang dan bertukar fikiran, tanpa ada agenda dan kepentingan peribadi.

"Datuk (Mukhriz) menawar diri untuk berkhidmat (kepada parti)," kata Amran lagi.

Beliau berkata, pihaknya juga bertemu dengan golongan muda di peringkat bahagian bagi menarik balik sokongan mereka kepada pergerakan Pemuda Umno bagi memperkasakan lagi Umno.klik di sini

sumber:malaysiakini.com

ulasan PB

-Jika sokongan muhkriz tidak luntur walaupun menggunakan pencuci hebat Dynamo @ Kuat Harimau ,tetapi mengapa Muhkriz bulan lepas terdesak sehingga mahu menjadi Hero mahu menghapuskan aliran pendidikan SRJKC dan SRJKT ke sistem pendidikan baru .

- Yang pasti ,apabila Muhkriz ditekan oleh pelbagai pihak pastinya ada Bapa dia akan tolong di saat genting membantu anaknya. Sokongan besar dari bapanya yang seoerang politkus yang bijak cukup berpengaruh sekali dan mampu melenyapkan mulut orang dari mengkritik anaknya dengan strategi seperti contoh mahu menyenaraikan nama pemimpin UMNO dalam blognya yang terlibat dengan rasuah dalam pemilihan pencalonan lepas.

No comments: