Monday, August 26, 2013

Pembebasan pembunuhan Altantuya - Najib berambus la



Orang UMNO semuanya, adakah kita semua sudah tidak lagi nampak bahawa Pak Najib akan terus membunuh UMNO dan akan terus merosakkan UMNO. Orang UMNO, jangan lah kita dalam UMNO terus buta – sehingga UMNO terpaksa membayar mahal dengan apa yang berlaku dalam pembunuhan Altantuya. Ini adalah perkara yang merosakkan UMNO, merosakkan kerajaan Melayu yang memerintah.
Orang UMNO semua, pembunuhan Altantuya adalah isu yang memalukan kita. UMNO tidak salah dalam isu ini. UMNO akan menanggung semua dosa dalam pembunuhan Altantuya.
Dalam kes Altantuya ini, kes ini berhubung rapa dengan Pak Najib dan Rosmah. Ini menjadikan isu ini amat menakutkan kita. Bayangkan hari ini tidak ada sesiapa yang membunuh Altantuya. Polis kita di ragui. Sistem kehakiman kita di ragui, ahli UMNO diketawakan, parti Melayu kita akan jadi bahan ketawa, semua nya kerana Najib dan Rosmah.
Mana2 yang membaca kes ini sebenarnya sudah tahu bahawa negara kita akan hancur, UMNO akan hancur kerana Pak Najib dan isu Altantuya. Aku rasa orang UMNO perlu jadi lebih tegas kerana apa juga kebaikan yang UMNO ada akan hancur kerana Pak Najib dan Altantuya
Sekali lagi NAJIB MUST GO

No comments: