Wednesday, November 2, 2011

PM dikritik, anak gadisnya didakwa belanja RM200k

Meskipun kontroversi cincin RM24 juta yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor masih belum reda, pengkritik Datuk Seri Najib Razak kini menjadikan anak perempuan perdana menteri sebagai sasaran mereka.

NONEIni berikutan laporan berita yang dikatakan tersiar diThe West Australian,yang mendakwa anak gadis perdana menteri membelanjakan A$60,000 (RM195,000) semasa membeli-belah di David Jones, antara gedung terbesar di Australia.

Bagaimanapun kesahihan berita itu belum disahkan, tetapi satu salinan keratan berita kecil tanpa tarikh dan logo akhbar berkenaan mula diedarkan di negara ini.

Namun ini tidak menghalang para penulis blog pembangkang dan akhbar web rasmi PKR, Keadilandailymemetik keratan itu dan menyiarkan laporan tersebut.

Selain itu, laporan bertajuk ‘Delegates go shopping and sightseeing’ atau 'Perwakilan membeli-belah dan bersiar-siar' juga dimuatkan di banyak laman Facebook.

Bekas ahli jawatankuasa pusat PKR Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, menulis di blognya “ketika rakyat terus dibayah payah meneruskan kehidupan seharian keluarga pemimpin negara terus bermewah”.

Makin terhimpit

“Rakyat makin terhimpit dengan kos kehidupan yang makin menggila. Regim penguasa semakin gagal mengawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan malah dalam pada masa yang sama pelbagai cukai diperkenalkan terus menjerut rakyat. Rasuah dan pemborosan semakin menggila.

azlan“Masih tidak mampu menjawab isu cincin RM 24.45 juta yang terkait dengan Rosmah Mansor kini muncul pula anaknya dengan imej begitu juga,” tulisnya.

Anak gadis yang tidak dinamakan dalam laporan itu didakwa bersama ibu bapanya yang menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) yang diadakan di Perth, Australia Barat.

Keadilandaily yang juga memetik keratan akhbar itu melaporkan, turut bersama rombongan perdana menteri dan isteri serta anak gadisnya itu adalah Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim dan presiden PPP Datuk M Kayveas.

najib abdul razak in perth chogm 1Portal pembangkang itu juga mendakwa bahawa peniaga membuat keuntungan yang besar apabila seorang wanita pertama yang tidak dinamakan membelanjakan A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara Australia Barat, manakala 'anak gadis Najib' membelanjakan A$60,000.

Ia memetik pengarah negeri bagi CHOGM Richard Muirhead sebagai berkata bahawa aktiviti masa lapang dan ekspedisi membeli-belah berkenaan diatur untuk perwakilan asing di luar jadual mesyuarat CHOGM yang ketat itu.

Portal pro-Umno nafi

Sementara itu, laman pro-Umno Agendadaily melaporkan, sumber memaklumkan bahawa tiada seorang pun anak perdana menteri yang ikut serta ke CHOGM di Perth.

“Memamg tidak ada... baik anak lelaki atau perempuan PM yang ikut ke Perth,” sumber itu dipetik sebagai berkata.

Laman itu juga melaporkan sumber itu sendiri hairan bagaimana "fitnah" itu boleh direka.

"Tolong minta puak-puak ini check fakta itu dulu sebelum melenjit nak kenduri belasah hanya berasaskan laporan akhbar berkenaan yang terang-terang menulis WHILE MALAYSIAN PRIME MINISTER’ S DAUGHTER IS BELIEVE TO HAVE SPENT AUD60,000 IN DAVID JONES (pusat beli belah)," lapor Agendadaily.

Dipetik dari www.malaysiakini.com.

Komen Selamatkan UMNO: Sampai bila UMNO harus menanggung biawak-biawak hidup ini? Nak tunggu sehingga UMNO musnah? Atau nak SELAMATKAN UMNO?

No comments: