Wednesday, December 14, 2011

Najib akan tolak Muhyiddin

JANGAN BUAT KERJA JAHAT MEMBUNUH POLITIK MUHYIDDIN

Ahli Umno yang dihormati, kita terpaksa melakukan perubahan dalam Umno dengan menolak kepimpinan Najib Tun Razak yang sentiasa tercemar dengan tindak tanduk isteri tercintanya Rosmah Mansur.

Ramai yang sudah nampak senario politik kita hari ini, khususnya dalam Umno dan Kerajaan di campuri oleh Rosmah Mansur. Najib juga dalam kenyataan untuk ahli-ahli Umno supaya tidak bertelagah tetapi bertindak berusaha mengaitkan isu Fidlot dengan Tan Sri Muhyiddin. Nasib TPM ini sebenarnya ditangan kita kerana usaha sudah ada untuk menjatuhkan TPM dan menggantikannya dengan Zahid Hamidi.

Ini terdedah bila kita lihat usaha menyeluruh jentera sulit Najib untuk mula menyerang TPM. Kita akan lihat juga kenapa beberapa laman web sudah disiap sediakan untuk menjadi balaci untuk menyerang TPM. SKU akan mendedahkan usaha ini.

Najib jadi liabiliti kerana Rosmah

Sudah agak lama SKU (selamatkan umno) tidak menulis. Usaha untuk menyelamatkan Umno perlu dibuat dan seperti mana yang kita lihat baru-baru ini, Najib akan meletakkan orang dia dan orang Rosmah sebagai calon. Amaran awal Najib adalah ahli hanya perlu menerima sahaja siapa yang dipilih oleh beliau untuk menjadi calon. Kata Najib, calon kali ini adalah calon dia dan bukan Umno. Ahli Umno perlu sedar bahawa Najib merupakan PM yang terlampau taksub dengan isterinya sehingga campur tangan Rosmah nampak dominan. Adakah ahli Umno semakin tidak nampak perkara ini akan berlaku. Najib akan memastikan beliau akan mendapat sokongan dengan menggunakan ugutan tiket bertanding. Demokrasi apa sebenarnya yang ada dalam Umno.

Ketua Bahagian dan ahli grass root Umno akan bertindak menghukum Najib dan Rosmah sekiranya suara Bahagian tidak didengari untuk menjadi calon. Apa yang nampak ialah ramai yang kononnya bersedia untuk digugurkan turut bersedia untuk menghentam Najib sekiranya percaturannya salah.

Kita dalam Umno juga perlu membuat perubahan khususnya menolak Perdana Menteri yang menurut sahaja cakap isteri dan merosakan negara. Kenapa kita mesti berdalih lagi. jelas usaha selepas perhimpunan agung itu adalah untuk memberi amaran bahawa demokrasi dalam memilih calon dimatikan oleh Najib. Ini semua meletakkan Umno sebagai mereka yang punya. Ahli perlu sedar bahawa bahagian dan kita dalam Umno berhak menentukan siapa calon kita. Winnable candidate bukan datang dari kaca mata Najib atau Rosmah, apa kita diperingkat bahagian tidak tahu menilai ke?

Thursday, November 10, 2011

Shahrizat Jalil dapat "blessing" Rosmah?

Hari ini isu National Feedlot Centre (NFC) semakin heboh diperkatakan. PKR telah menjadikan isu ini sebagai senjata untuk menyerang kepimpinan UMNO apatah isu ini melibatkan keluarga kepada Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Daripada maklumat yang kami perolehi, "wanita pertama" negara, Datin "Hajjah" Rosmah Mansor memberi "blessing" kepada Shahrizat dalam isu National Feedlot Center (NFC). Benarkah Datuk Seri Najib juga tahu tentang ini akan tetapi mendiamkan diri kerana ini adalah "habuan" kepada Shahrizat sebagai Ketua Wanita UMNO dan kesetiaannya kepada beliau dan isterinya?

Di dalam usaha untuk menyelamatkan Shahrizat, berberapa laman web dan blogger telah mendapat arahan "berbayar" untuk memastikan serangan terhadap Ketua Wanita UMNO itu dapat ditangkis. Di antara blogger yang mendapat arahan ini adalah Papagomo dan Parpukari. Lihatlah bagaimana mereka bermati-matian menyelamatkan Shahrizat dalam blog mereka.

Sementara itu, kami juga menerima maklumat tentang pergerakan menentang Najib di dalam UMNO. Habuan telah mula turun agar blogger-blogger elit dalam UMNO mula menyerang Najib. Blogger-blogger seperti Another Brick In The Wall dan Bigdogdotcom bakal menyerang Najib dengan lebih dahsyat tidak lama lagi.

Apakah yang bakal berlaku kepada UMNO sebagai parti Melayu terbesar di Malaysia?

Monday, November 7, 2011

Mufti terkejut PM, Rosmah selesai tunai ibadah haji

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.

Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.

“Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 nov. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah.

“Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain,” kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.

Laporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai."

Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir.

Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru.

“Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja.

“Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam,” katanya lagi.

5 Ahli Parlimen UMNO bakal lompat parti esok?

Penguasaan Datin Seri "Hajjah" Rosmah Mansor terhadap kerajaan pada hari ini bukan lagi satu perkara rahsia.

Kegilaan isteri Najib terhadap kekuasaan, kemewahan dan publisiti menyebabkan kebenciaan orang ramai bertambah.

Bukan sahaja rakyat biasa membenci Rosmah, akan tetapi ahli-ahli UMNO juga.

Blog Selamatkan UMNO baru saja menerima maklumat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai tentang kemungkinan 5 orang ahli parlimen UMNO akan meninggalkan parti Melayu terbesar ini dalam jangkamasa terdekat.

5 orang ahli parlimen ini dikatakan akan meninggalkan UMNO dan menyertai parti pembangkang. Sebab utama tindakan ini bakal dilakukan berkait rapat dengan kebencian mereka terhadap penguasaan Rosmah dalam kerajaan Najib sehinggakan Malaysia kini seperti milik Najib dan keluarganya.

Jika benar maklumat yang kami terima ini, ahli-ahli UMNO sudah tidak lagi boleh berdiam diri. Sesuatu perlu dilakukan untuk menyelamatkan parti UMNO daripada dimusnahkan untuk selama-lamanya.


Wednesday, November 2, 2011

Selamatkan UMNO atau Pertahan Najib?

Banyak yang telah terjadi kepada Malaysia semenjak Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih kepimpinan negara dari Tun Abdullah Ahmad Badawi. Selepas "berberapa hari" menjadi Perdana Menteri, tanah milih KTM Berhad di Tanjung Pagar tergadai kepada Singapura.

Ini belum ditambah dengan pelbagai skandal yang dikaitkan dengan beliau seperti misteri pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibu yang sehingga kini masih belum terjawab. Isteri beliau dikatakan mengambil alih peranan Khairy dizaman Pak Lah. Menguasai Najib dan juga Malaysia.

Tatkala rakyat menderita kesusahan akibat kenaikan harga barang yang menjadi-jadi, kita digemparkan dengan cincin isteri Najib yang dikatakan berharga RM 24 juta. Belumpun reda isu ini, anak kepada Najib pula menggemparkan negara apabila akhbar di Australia melaporkan beliau membelanjakan RM 200,000 di Perth.

Mampukah UMNO terus menanggung biawak-biawak hidup ini?
Mahu Selamatkan UMNO atau terus pertahan Najib dan keluarganya?

PM dikritik, anak gadisnya didakwa belanja RM200k

Meskipun kontroversi cincin RM24 juta yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor masih belum reda, pengkritik Datuk Seri Najib Razak kini menjadikan anak perempuan perdana menteri sebagai sasaran mereka.

NONEIni berikutan laporan berita yang dikatakan tersiar diThe West Australian,yang mendakwa anak gadis perdana menteri membelanjakan A$60,000 (RM195,000) semasa membeli-belah di David Jones, antara gedung terbesar di Australia.

Bagaimanapun kesahihan berita itu belum disahkan, tetapi satu salinan keratan berita kecil tanpa tarikh dan logo akhbar berkenaan mula diedarkan di negara ini.

Namun ini tidak menghalang para penulis blog pembangkang dan akhbar web rasmi PKR, Keadilandailymemetik keratan itu dan menyiarkan laporan tersebut.

Selain itu, laporan bertajuk ‘Delegates go shopping and sightseeing’ atau 'Perwakilan membeli-belah dan bersiar-siar' juga dimuatkan di banyak laman Facebook.

Bekas ahli jawatankuasa pusat PKR Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, menulis di blognya “ketika rakyat terus dibayah payah meneruskan kehidupan seharian keluarga pemimpin negara terus bermewah”.

Makin terhimpit

“Rakyat makin terhimpit dengan kos kehidupan yang makin menggila. Regim penguasa semakin gagal mengawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan malah dalam pada masa yang sama pelbagai cukai diperkenalkan terus menjerut rakyat. Rasuah dan pemborosan semakin menggila.

azlan“Masih tidak mampu menjawab isu cincin RM 24.45 juta yang terkait dengan Rosmah Mansor kini muncul pula anaknya dengan imej begitu juga,” tulisnya.

Anak gadis yang tidak dinamakan dalam laporan itu didakwa bersama ibu bapanya yang menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) yang diadakan di Perth, Australia Barat.

Keadilandaily yang juga memetik keratan akhbar itu melaporkan, turut bersama rombongan perdana menteri dan isteri serta anak gadisnya itu adalah Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim dan presiden PPP Datuk M Kayveas.

najib abdul razak in perth chogm 1Portal pembangkang itu juga mendakwa bahawa peniaga membuat keuntungan yang besar apabila seorang wanita pertama yang tidak dinamakan membelanjakan A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara Australia Barat, manakala 'anak gadis Najib' membelanjakan A$60,000.

Ia memetik pengarah negeri bagi CHOGM Richard Muirhead sebagai berkata bahawa aktiviti masa lapang dan ekspedisi membeli-belah berkenaan diatur untuk perwakilan asing di luar jadual mesyuarat CHOGM yang ketat itu.

Portal pro-Umno nafi

Sementara itu, laman pro-Umno Agendadaily melaporkan, sumber memaklumkan bahawa tiada seorang pun anak perdana menteri yang ikut serta ke CHOGM di Perth.

“Memamg tidak ada... baik anak lelaki atau perempuan PM yang ikut ke Perth,” sumber itu dipetik sebagai berkata.

Laman itu juga melaporkan sumber itu sendiri hairan bagaimana "fitnah" itu boleh direka.

"Tolong minta puak-puak ini check fakta itu dulu sebelum melenjit nak kenduri belasah hanya berasaskan laporan akhbar berkenaan yang terang-terang menulis WHILE MALAYSIAN PRIME MINISTER’ S DAUGHTER IS BELIEVE TO HAVE SPENT AUD60,000 IN DAVID JONES (pusat beli belah)," lapor Agendadaily.

Dipetik dari www.malaysiakini.com.

Komen Selamatkan UMNO: Sampai bila UMNO harus menanggung biawak-biawak hidup ini? Nak tunggu sehingga UMNO musnah? Atau nak SELAMATKAN UMNO?

Tuesday, November 1, 2011

Kita mula semula

KITA TERPAKSA MULAKAN SEMULA - NO 2 NAJIB