Sunday, July 12, 2009

Orang Khairy tikam Khairy

Khir Jamaluddin kini bertempur

Jangan percaya kepada mereka yang hari ini hadir mencari ruang dengan Najib! Mereka sebelum ini adalah budak suruhan Khairy Jamaluddin yang kini menghentam beliau bila berdepan dengan Najib dan kem Najib. Ini bukan perkara baru tetapi tindakan sesetengah rakan yang dikayakan oleh Khairy dan menjadi orang kuat Khairy untuk membelakangi Khairy adalah tindakan durjana. Khairy sendiri kini susah mahu berhubung dengan rakan-rakan yang pada suatu masa mengagungkan Khairy Jamaluddin. Mereka kini di depan pintu kem Khairy memolah menyertai Umno kerana umno semakin lembik.

Siapa pemimpin itu – lu fikirlah sendiri sebelum satu nama tersenarai.

Tuesday, July 7, 2009

Najib mula khianat pada Melayu

Siapa yang lebih khianat pada Melayu - jawapannya tidak lain tidak bukan adalah Najib Tun Abdul Razak. Najib gagal melihat politik negara ini. Najib mahu memastikan undi Cina kembali kepada Barisan Nasional tapi lupa bahawa tindakan itu hanya akan merugikan orang Melayu yang semakin tertinggal. Najib tidak membela Melayu.

Apa yang Najib lakukan adalah untuk menebus pandangan orang bahawa beliau adalah ultra Melayu dengan membunuh perjuangan Melayu. Sebenarnya tindakan Najib ini perlu disangkal oleh semua pertubuhan Melayu yang ada. Semua NGO Melayu perlu bangkit dan melihat Najib timbul untuk mendapatkan populariti sebagai 1Malaysia dengan memberi kepada bangsa lain yang sudah cukup meriah ekonominya.

Gabungan mereka yang sayangkan Tanah Melayu harus membantah tindakan Najib tanpa rujukan kepada Melayu itu sendiri. Ahli Umno harus segera menghantar memorandum untuk menolak tindakan songsang Najib dalam menyerahkan hak keistimewaan Melayu. Kalau begini cara Najib dia sama buruk dengan Anwar Ibrahim yang terjerit2 dengan ketuanan rakyat. Anwar menjerit-jerit tetapi Najib membukanya.

Ahli Umno kena sedar bahawa tindakan Najib ini salah. Tindakan Najib ini satu pengkhianatan pada Melayu. Umno kena bangkit kerana setakat ini kita tidak lihat Najib berusaha untuk meningkatkan ekonomi orang Melayu. Kita lihat dari beliau naik jadi PM semua hanya untuk kaum lain, orang luar dan pelaburan asing yang seperti kata Mahahtir tidak ada kesetiaan pada Malaysia.

Bangun Melayu

Bahagian 7 dan terakhir

Pendedahan sebenar - Najib kena tangkap basah - untuk kesedaran kita supaya mengusahakan kenapa Najib patut disingkirkan dari terus menjadi Perdana Menteri Malaysia
File0010_7(klik untuk paparan besar)

Bahagian 6 - 100 dalil kenapa Najib tidak boleh jadi PM

Bahagian ini akan memaparkan skandal dan girl friend Najib. Kisah keluarga Tengku Puteri dan kerosakan. moral Najib

File0010_6 (klik untuk paparan yang lebih besar)

Monday, July 6, 2009

Liberalisasi Ekonomi: Najib Cuma Nak Jadi Popular, Kata Mahathir

Tun Mahathir Mohamad membidas Perdana Menteri Najib Razak atas langkahnya membuka ruang semakin luas untuk pelabur asing mengambil kepentingan dalam ekonomi negara.

Mahathir berkata langkah-langkah yang diumumkan oleh Najib hanya bertujuan untuk meraih populariti dan tidak akan membantu kaum Melayu, Cina atau pun India.

Antara yang diumumkan oleh Najib ialah pemansuhan beberapa syarat untuk melindungi kepentingan bumiputera dan kaum lain dalam sektor-sektor utama termasuk pelaburan asing.

Syarikat- syarikat yang disenaraikan di Bursa Kuala Lumpur tidak lagi perlu memperuntukan 30 peratus saham kepada Bumiputera sebagaimana yang ditetapkan sebelum Najib mengambil alih kerajaan Barisan Nasional April lalu.

“Saya berpendapat segala langkah itu lebih bertujuan untuk menjadi popular,” kata Mahathir merujuk kepada langkah-langkah Najib meliberalisasikan ekonomi untuk menarik pelaburan asing.”Saya tak tahu sama ada langkah-langkah ini akan membantu eknomi, sebab hakikatnya ekonomi Malaysia telah berkembang sejak kemerdekaan,” tambah mantan Perdana Menteri itu.

“Ekonomi kurang rancak sekarang, tetapi ini adalah kerana faktor persekitaran luaran, bukannya kerana perkara-perkara didalam negara,” Mahathir berkata.

Mahathir berkata Najib harus berwaspada terhadap pelabur asing yang mahukan kawalan sepenuh ke atas syarikat-syarikat pengurusan dana kerana “mereka tidak ada sebarang nilai kesetiaan kepada negara.”

“Mereka berada di negara ini untuk membuat untung. Apabila mereka tidak dapat berbuat demikian, mereka meninggalkan negara ini dan kita menanggung kesannya,” kata Mahathir.

Ketika menangani krisis ekonomi Asia pada tahun 1997-98, Mahathir mengekalkan dasar-dasar ekuti dan peruntukan saham bumiputera dan enggan membuka secara bebas sektor-sektor utama seperti perbankan kepada pelabur asing.

Beliau telah berpaut kepada prinsip bahawa Malaysia memerlukan pelaburan asing untuk merancakan pertumbuhan ekonomi negara, Namun pada masa sama Mahathir lantang menekankan keperluan melindungi peniaga bumiputera dan industri tempatkan daripada menjadi mangsa pengambil alihan syarikat-syarikat antarabangsa.

Mahathir sebelum ini telah mengelar Najib sebagai lemah dan pengecut apabila beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada Abdullah Badawi.

Kritikan terbaru secara terbuka Mahathir mencerminkan rasa tidak puas hati di kalangan pelbagai pihak, khususnya akar umbi UMNO terhadap mainan politik Najib bersabit hak keistimewaan kaum bumiputera, semata-mata untuk meraih sokongan pengundi bukan Melayu.

Istana gaya Bali...bekas calon ketua pemuda harus di siasat SPRM

Rumah mewah milik Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo di Shah Alam mencetus kontroversi kerana kosnya dikatakan melebihi kemampuannya atau menteri besar yang berkhidmat selama lapan tahun.

khir toyo mansion 060709 08ADUN Sekincan, Ng Suee Lim mendakwa anggaran kos pembinaan rumah di kawasan seluas 50,000 kaki persegi atau 0.5 hektar itu, ialah RM20 juta, manakala tanahnya dibeli dengan harga RM3.8 juta.

"Beliau berhak untuk membina sebuah rumah sebesar mana sekalipun. Tetapi sebagai bekas menteri besar, beliau mesti menjelaskan bagaimana beliau membiayai pembinaan rumah tersebut," kata wakil rakyat DAP itu, yang membawa sekumpulan wartawan untuk menyaksikan rumah Dr Mohd Khir pagi tadi.

Rumah tersebut terletak di Jalan 1/7L di Seksyen 7, Shah Alam.

khir toyo mansion 060709 06Berbekalkan dokumen dari Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Ng menunjukkan bukti bahawa Dr Mohd Khir, 44, dan isterinya Zahrah Kechik, 44, memberi secara bersama tanah tersebut dari Ditamas Sdn Bhd pada 2007.

Dokumen itu menunjukkan bahawa seorang pengarah Ditamas - yang dikenali sebagai Shamsuddin Hayroni - didakwa Ng sebagai kawan Dr Mohd Khir.

Sambil menggelarkan rumah tersebut sebagai "istana bergaya Bali", Ng berkata, pakar industri pembinaan menganggarkan kos pembinaan dan kelengkapan rumah tersebut ialah kira-kira RM20 juta.

"Pintu gerbang sahaja berharga kira-kira RM290,000. Jubin yang anda lihat adalah diimport," katanya.

Ng juga mendakwa, rumah Dr Mohd Khir itu jauh lebih besar daripada bunglo 17 bilik yang dibina oleh allahyarham Zakaria Mat Deros sehingga mencetuskan kontroversi pada 2006.

khir toyo mansion 060709 01Merujuk pengisytiharan harta oleh Menteri Besar Selangor sekarang Tan Sri Khalid Ibrahim, Ng berkata pendapatan seorang menteri besar ialah RM576,000 setahun dan oleh itu, Dr Mohd Khir tidak mungkin dapat mengumpulkan wang yang cukup untuk membayar kosnya sebanyak RM24 juta.

Dr Mohd Khir seorang doktor gigi sebelum meningkat dalam hirarki Umno dan menjadi menteri besar pada 2001 ketika berusia 33 tahun.

Mana Nasarudin Mat Isa

Pelik....selalu yang kalah yang akan hilang ini tidak yang kalanh diraikan dan yang menang pula hilang....itulah senario pemilihan agong PAS yang pelik... Md Sabu dan Husam dilihat sibuk ke sana ke mari...melayan media dan melalak hampir setiap malam ceramah... tapi Nasaruddin Mat Isa yang menang hilang...dan setelah dua minggu lebih baru muncul semula....

Ini di Manik Urai pula semua pemimpin baik PKR, DAP semua sibuk turun bantu rakan sekutu PAS tapi Timbalan Presiden hilang lagi....

Presiden PAS nak 'cover' dengan alasan bodoh kononya Najib tak ada...hahahaha
Di manakah Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berada? Itulah persoalan yang meniti di fikiran setiap orang di Manek Urai pagi ini.

parliament 2008 first day 280408 nasharuddinNasharuddin tidak kelihatan walaupun pemimpin kanan PAS yang lain turun memberi sokongan kepada calon parti itu, Mohd Fauzi Abdullah, menyerahkan borang pencalonannya bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga mursyidul am PAS, mengetuai perarakan ke pusat penamaan calon di SMK Sultan Yahya Petra 1.

Ketika ditanya mengenai perkara itu, Nik Aziz berkata: "Saya tak tahu, tanya dialah, itu dia punya pasal".

Nik Aziz berulang kali berkata beliau tidak tahu mengapa timbalan presiden PAS itu tidak hadir pagi ini.

Beliau bagaimanapun menyentuh tentang cadangan perbincangan mengenai kerajaan perpaduan yang disokong oleh Nasharuddin.

Menurutnya, cadangan itu sudah 'mati' dan PAS bersatu padu dalam Pakatan Rakyat. Naib Presiden PKR, Azmin Ali yang berada di sebelah Nik Aziz hanya tersenyum.

Cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno itu telah mencetuskan ketegangan dalam PAS apabila para pemimpinnya bercanggah pandangan mengenainya.

pas candidate and leaders manek urai by election nomination day 060709 26Cadangan itu pada mulanya dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Awang Hadi dan disokong oleh Nasharuddin.

Bagaimanapun, pemimpin PAS termasuk Nik Aziz, membantah keras cadangan tersebut. Malah, beliau menggesa Nasharuddin keluar PAS jika beliau masih menyokong cadangan tersebut.

Akhirnya, mesyuarat kepimpinan tertinggi Pakatan memutuskan untuk menolak sebarang cadangan perbincangan kerajaan perpaduan dengan Umno.



Sebuah media melaporkan ketika ditanya mengenai ketidak hadiran Nasharuddin pagi ini, Hadi sebaliknya pula bertanya: " Mengapa (Datuk Seri) Najib (Razak) tidak datang? Itu biasa sahaja".

Beliau juga menegaskan bahawa PAS komited dalam Pakatan,dan menambah isu mengenai kerajaan perpaduan tidak akan mendominasi kempen pilihanraya kecil Manek Urai.

"Hanya isu-isu tempatan yang penting di sini," katanya.

Sementara itu, Nik Aziz ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Hadi, berkata: "Saya mursyidul am, dia presiden, hubungan lebih baik daripada biasa"

Di laporkan juga himpunan 100 ribu rakyat (yang dihadiri 4 ribu rakyat) di Stadium Kelana Jaya baru ini yang kononya untuk menamatkan isu kerajaan perpaduan telah sengaja tidak dihadiri oleh Hassan Ali sekutu kuat Nasaruddin.

PAS dan PR terus bergolak...

Wednesday, July 1, 2009

Khairy bakal tersungkur - Razali ready, rakan lain sibuk

Razali Ibrahim tidak sabar-sabar lagi untuk memangku jawatan Ketua Pemuda Umno? Tak kan belasah Khairy dalam senyap kot

Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno yang amat agresif dan mempunyai potensi kepimpinan tinggi, akan di bunuh kerjaya politiknya. Anak muda yang pintar ini tidak dibenarkan berkembang di bawah kepimpinan Najib kerana Rosmah dikatakan tidak menyukai beliau. Umno akan terus berpecah tapi malang buat Khairy Jamaluddin, rakan-rakan rapatnya sebelum ini adalah musuh beliau sekarang. www.selamatkanumno.blogspot.com telah dimaklumkan sehingga dalam Pemuda sendiri sudah ada kem-kem yang menunggu sahaja agar Khairy jatuh dengan tuduhan penggunaan politik wang. Khairy sendiri dikatakan mahu berundur dari jawatan tersebut tetapi pengunduran nya pasti akan memberi kesan buruk pada Umno.

Norza Zakaria masih dengan Khairy ke? Semangat setia kawan masih kekal pada Khairy.

Ramai sekarang yang sudah naik tocang dengan mengutuk dan menghina Khairy Jamaluddin. Ramai yang sebelum ini bersekongkol dengan Khairy Jamaluddin kini mengutuk, mengkritik dan menghentam Umno. Kita tengok rakan-rakan tingkat empat, kita tengok Reezal Merican, kita tengok Norza Zakaria, kita tengok Datuk Wan Ahmad Farid, mana mereka semua kini, adakah mereka bersama-sama Kj atau kini hanya bermuka-muka. Mereka hari ini membelasah KJjdalam kem Najib dengan harapan Najib akan menerima mereka semula. KJ akan menjadi mangsa politik seterusnya dan ini pasti memburukkan lagi Umno.

Dalam Pemuda juga, Datuk Razali Ibrahim sudah mula dikatakan akan memangku Ketua Pemuda Umno. Razali dikatakan akan memangku jawatan Ketua Pemuda dalam keadaan KJ akan terus di tekan hebat. Sejarah memangku Ketua Pemuda akan berulang lagi sungguhpun adalah lebih baik Razali bersabar dari tergopoh gapah mahu memangku jawatan tersebut.

Pak Lah, bapa mertua Kj juga tidak akan dapat menyelamatkan Kj. Kedudukan semakin tenat dan Umno semakin sakit. Ingat KJ adalah aset dalam Pemuda tetapi kenapa rakan lain hari ini sanggup mengatakan beliau liabiliti. Dulu bukan main sokong lagi dan hari ini, semakin jauh perginya. Bagi rakan-rakan yang dahulunya bersama-sama Khairy Jamaluddin, hari ini duduk bersama Khairy sudah cukup untuk dikatakan merosakkan kerjaya politik. Semua hari ini berlumba-lumba untuk mencari ruangan dengan Najib. Semua dikatakan sanggup melakukan apa sahaja termasuk menghentam Khairy Jamaluddin. Mungkin hari ini Khairy akan sedar bahawa jalan beliau semakin tertutup dan kedudukan beliau semakin diancam. Ketua Pemuda Umno itu akan menyaksikan rakan-rakan beliau menghentam beliau. Bagi kem Najib pula – kalau mereka boleh belasah Khairy sedangkan dahulu memang rapat, awas sekiranya mereka diberi tempat. Mereka tidak jujur dan mereka hanya mahu memastikan kedudukan mereka sahaja.