File0010_5 ( klik untuk paparan lebih besar)
Monday, June 29, 2009
Bahagian 5 - 100 dalil mengapa Najib tidak boleh jadi PM
File0010_5 ( klik untuk paparan lebih besar)
Biasiswa ketepi taraf bumiputera langgar perlembagaan
Ini kerja 'gila' berdasarkan Perlembagaan Negara bumiputera (Melayu di Semenanjung dan peribumi di Sabah/Sarawak) dijamin hak untuk mendapat layanan sedikit istimewa di negara ini berdasarkan pengorbanan mereka sebagai orang asal bumi ini. Semua bersetuju.27 Jun, 2009 23:54 PM
Biasiswa Nasional Berdasarkan Merit Sepenuhnya Diperkenalkan Tahun Depan
PUTRAJAYA, 27 Jun (Bernama) -- Kerajaan akan mewujudkan pemberian biasiswa khas dikenali sebagai Biasiswa Nasional yang berasaskan kepada merit sepenuhnya oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mulai tahun depan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata biasiswa tersebut akan diberikan kepada pelajar-pelajar terbaik yang layak dan tanpa mengira kaum.
Beliau berkata biasiswa tersebut diwujudkan selaras dengan keputusan Kementerian Pelajaran untuk mengkaji semula pemberian biasiswa kerajaan.
"Kalau individu tersebut benar-benar layak untuk biasiswa itu, ia adalah atas keputusan mereka yang benar-benar terbaik, tanpa mengira kaum atau keturunan.
"Hanya mereka yang terbaik daripada yang terbaik layak untuk diberikan biasiswa ini. Inilah hasrat kerajaan supaya kita mendahulukan kepentingan rakyat. Kita mesti ambil kira kepentingan rakyat," katanya semasa berucap di majlis makan malam MCA di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam ini.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat yang juga Menteri Pengangkutan dan pemimpin-pemimpin kanan MCA.
Majlis makan malam itu dianjurkan MCA dan persatuan-persatuan Cina untuk mengalu-alukan pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri keenam.
Najib memberitahu, Biasiswa Nasional tidak diperkenalkan tahun ini berikutan keputusan Kementerian Pelajaran untuk mengehadkan jumlah subjek dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Kerajaan akan umumkan tahun depan, lebih-lebih lagi kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran baru sahaja mengumumkan bahawa jumlah subjek yang boleh diambil oleh calon dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dihadkan kepada 10 subjek sahaja," katanya.
Beliau memberitahu, Muhyiddin juga telah diberi mandat untuk menilai semula sistem pendidikan negara kerana pembangunan modal insan adalah pemangkin kepada pembentukan dan perkembangan ekonomi negara.
"Model ekonomi baru yang diperkenalkan juga meletakkan pembangunan modal insan sebagai kriteria utama untuk mewujudkan pendapatan negara yang lebih kukuh," kata Najib.
Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan kata beliau telah meluluskan peruntukan sebanyak RM90 juta di bawah pusingan pertama pakej rangsangan khusus bagi membina 90 buah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) manakala RM50 juta lagi diperuntukkan untuk kerja-kerja membaik pulih SJKC tententu.
"Usaha membaik pulih dan pembangunan SJKC ini adalah gambaran keyakinan kerajaan terhadap SJKC. Setiap tahun pula kerajaan membelanjakan RM1.8 bilion untuk saraan guru-guru SJKC dan ia merupakan jumlah yang besar. Jangan sekali-kali lupa bahawa ini adalah sumbangan dan keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap kebajikan kaum Tionghua di negara ini.
"Saya juga usik Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew sewaktu beliau datang ke Malaysia baru-baru ini. Saya katakan di Malaysia ada SJKC, tapi di Singapura tidak ada," katanya disambut dengan tepukan gemuruh daripada para tetamu.
Najib juga berkata, kerajaan sedang dalam proses untuk mengiktiraf beberapa universiti di China bagi membolehkan kedua-dua negara memperoleh manfaat yang besar pada masa akan datang.
"Saya percaya kalau kita iktiraf universiti di China, kedua-dua negara akan beroleh manfaat yang sangat besar," tambah beliau.
-- BERNAMA
Rakyat bukan Melayu bersetuju. Ruang ini diberikan tanpa diminta. Bukan Melayu menolak BN kerana rasuah dan salah guna kuasa melampau, yang rasuah bukan sahaja orang Umno tetapi Bn ditolak kerana rasuah pemimpin MCA, GERAKAN dan MIC juga.
Namun mungkin kerana keghairahan untuk mendapatkan sokongan bukan melayu Najib telah menggadaikan hak Melayu.....apa lagi hak yang digadaikan Najib lagi.......????
Lepas ini Melayu yang sudah tertinggal kebelakang akan dipaksa bersaing dalam padang yang tak rata...maka akan terus 'matilah' anak bangsa ini.
Saturday, June 27, 2009
Rosmah Perempuan puaka merebak ke IPTA
“2 individu yang ditahan tersebut ialah Mohd Izzudin Hilmi dan Mohd Sharuddin, masing-masing berusia 21 tahun,”ujar pegawai polis yang tidak mahu namanya disiarkan.
Mohd Izzzudin Hilmi telah ditahan polis pada pagi Rabu lalu oleh pihak polis cawangan Brickfield berikutan dilihat berlegar-legar di sekitar akademi tersebut pada awal pagi hari kejadian. Kemudian, Mohd Sharuddin pula ditahan di kediamannya di Lembah Pantai. Kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan atas kejadian tersebut.
Media walaubagaimana pun gagal mendapatkan penjelasan mengenai individu yang lagi masih dicari polis.
Dalam pada itu, media cuba menghubungi Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Profesor Dr. Ahmad Hidayat Buang dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar universiti tersebut, Datuk Prof. Madya Dr. Azarae Hj. Idris bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan isu yang membabitkan imej universiti terhadap tokoh tersebut, namun menemui kegagalan.
Setakat ini siasatan masih lagi diteruskan.
Terdahulu, Universiti Malaya gempar apabila tulisan tanda protes terhadap tokoh tersebut ditulis di Akademi Pengajian Islam. Rosmah Mansor yang datang bagi merasmikan Majlis Peramian ‘Gaza Di Bela’ anjuran badan antarabangsa, Power of 10 Sen walaubagaimanapun dipercayai tidak menyedari kejadian tersebut
Rosmah dan Najib kahwin di rumah saya - Che Mah
Wanita pertama negara itu melangsungkan perkahwinan menjelang tokoh politik itu bertanding ketua Pemuda Umno, kata isteri bekas speaker DUN Negeri Sembilan, Datuk Ariffin Ali dalam video tersebut.
Bagaimanapun, ketika dihubungi melalui telefon, Che Mah (foto, bawah) berkata beliau sudah lupa tarikh tepatnya.
"Tetapi dia (Rosmah) sudah tidak kenal saya, walaupun berkahwin di rumah saya," katanya lagi, mengulangi dakwaan dalam klip video sewaktu diwawancara.
Pihak yang menembualnya dan penerbit video tersebut, yang kini mendapat sambutan hangat di internet, tidak dapat dipastikan.
"Kenapa kamu tidak percaya, Rosmah kahwin di rumah saya," katanya ketika diminta mengesahkan dakwaannya itu.
Che Mah bagaimanapun enggan mengulas lanjut kepada Malaysiakini dengan alasan "tidak mahu bercakap dengan orang yang tidak dikenali".
Hasil perkahwinan Rosmah dan Najib, pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nooryana Najwa, 20, dan Norashman Razak, 18.
Malaysiakini semalam melaporkan sejak dua minggu lalu tiga klip video berupa dokumentari pendek disebarkan di internet yang memberikan gambaran negatif dan label liar "perempuan puaka" terhadap Rosmah.
Sementara itu Pengerusi JKKK Gedong Lalang 50, Abu Hassan Majid juga mengesahkan mengenali Che Mah, jiran ibu bapa Rosmah.
Ikmal Hisham, anak Che Mah yang bekerja sendiri dan senang bergaul dengan anak muda kampung tersebut kini tinggal bersamanya, kata Abu Hassan lagi.
Ikmal (foto, atas) antara sumber utama yang ditonjolkan dalam video tersebut - didakwa pernah tinggal dengan Rosmah dan memanggilnya dengan nama kekeluargaan "Kak Ros".
Abu Hassan, yang juga ketua kampung itu menambah, Che Mah suatu ketika dahulu pernah menjadi ahli jawatankuasa tersebut.
Beliau tidak menyatakan tarikhnya.
"Saya selalu juga pergi ke rumahnya, dia sendiri bercampur dengan orang kampung," tambahnya.
Katanya, Che Mah dan Rosmah tidak mempunyai sebarang hubungan kekeluargaan, cuma hubungan kejiranan kerana rumah mereka selang dua buah rumah.
Menurut klip video ketiga, hubungan Che Mah dengan Rosmah pernah akrab sebagai "keluarga angkat" dan bertanggungjawab memperkenalkan bomoh kepada isteri Najib.
Dalam temubual itu, Che Mah menceritakan saat-saat awal persiapan pernikahan Najib-Rosmah yang hanya membabitkan "14 hingga 15 orang" sehingga suaminya Ariffin memanggil lagi ahli-ahli Umno menjadikan 80 hadirin semuanya.
Sementara Ikmal pula meluahkan rasa marahnya atas alasan Rosmah tidak lagi mengenang budi ibunya sekeluarga berhubung perkahwinannya.
Thursday, June 25, 2009
Bahagian 4 - 100 dalil mengapa Najib tidak boleh jadi PM
File0010_4 (klik untuk paparan yang lebih besar)
Wednesday, June 24, 2009
Lebai PAS dera bini
Macam-macam dah cerita tentang Pakatan selepas isu hangat kerajaan perpaduan tutup kedai. Saya dimaklum oleh rakan bloggger hari ini Berita Harian m/s 12 tentu akan jumpa artikel ni. Seorang ustazah yang merupakan Isteri orang kenamaan PAS mendakwa hanya menerima nafkah RM300 daripada suaminya, Abdul Rashid Rahman, 59, yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, sepanjang 10 tahun mendirikan rumah tangga. Ini apa dah jadi dengan Orang-orang PAS ni.. Cakap hebat mengenai ISLAM di ceramah-ceramah .. tetapi perangai macam penyamun tarbus ( anwar suka sebut dalam ceramah)
Dakwaan itu dibuat Siti Rosmala Mohamed, 37, di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Kangar, Mohd Zaidi Abdullah, pada hari pertama perbicaraan kes tuntutan fasakh yang difailkannya, semalam. Menurut Siti Rosmala lagi, nafkah RM300 itu diterima pada bulan pertama iaitu September 1999 dan tiada lagi nafkah sehingga hari ini. Tidak cukup dengan itu Abdul Rashid juga dituduh mendera Isterinya juga.Siti Rosmala turut mendedahkan suaminya juga bertindak kejam dengan memukulnya termasuk di kepala, selain dirotan hanya kerana kesalahan kecil.
"Dari luar dia memang kelihatan baik dan warak, tetapi sebenarnya dia lelaki yang kejam dan panas baran," katanya.
Menjawab soalan peguamnya, Shazril Khairy Mustafa mengenai nafkah batin, Siti Rosmala berkata suaminya tidak pernah lupa menunaikannya.
"Dari segi batin dia tidak pernah lupa. Kalau boleh setiap hari dia mahu sehingga kadangkala dia tetap memintanya walaupun saya dalam pantang," katanya.
Hakim menangguhkan perbicaraan dan menetapkan 24 Ogos sambung bicara. Siti Rosmala, ustazah di Sekolah Menengah Tunku Bendahara di Kodiang, memfailkan tuntutan fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Kangar bagi menuntut perceraian daripada suaminya selepas mengakui tidak tahan lagi dipukul dan didera.
Permohonan itu difailkan melalui Shazril dengan menamakan suaminya yang juga calon Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Santan pada Pilihan Raya Umum ke-12 sebagai defendan. Bagaimanapun, defendan tidak hadir dan diwakili peguamnya, Zulmi Sabry. Terdahulu, Siti Rosmala menghadiri prosiding dua lagi kes berjalan serentak di Mahkamah Tinggi Syariah berhubung hak penjagaan tiga anak berusia dua setengah tahun dan sembilan tahun. Ia membabitkan sebutan semula kes yang difailkan Siti Rosmala pada 10 April tahun lalu. Mahkamah Tinggi Syariah Kangar pada 14 April 2008 memutuskan hak penjagaan sementara diberikan kepadanya.
Sementara satu lagi kes membabitkan permohonan difailkan Abdul Rashid pada 25 Julai 2008 untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kangar pada 14 April tahun lalu.
Jean Todt dibayar RM1juta ?
Saya jarang bersetuju dengan apa-apa isu yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang di dalam Sidang Dewan Rakyat. Melainkan beberapa orang yang begitu aktif mengemukakan idea-idea yang bernas seperti YB Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, kebanyakan yang lain hanya mengemukakan isu yang remeh temeh dan hanya menyalak di Dewan Rakyat.
Apa yang diperkatakan oleh YB Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak membuka mata ramai pihak. Kementerian Perlancongan terutamanya bagi Menterinya, Datuk Ng Yen Yen dan Timbalannya, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib tidak harus lari dari menjawab soalan-soalan dari ahli-ahli parlimen mengenai ketelusan melantik Jean Todt, tunang kepada pelakon Malaysia terkenal, Michelle Yeoh sebagai Duta Perlancongan Malaysia. Berikut adalah persoalan-persoalan yang patut diketahui oleh rakyat marhaen seperti saya:
1. Apakah justifikasi Jean Todt diberikan kontrak lumayan berjumlah RM900,000 di bawah kempen “Malaysia- rumah kedua ku”?
2. Kenapakah Todt turut ditawarkan tanah di Pulau Besar, Terengganu dan berapakah premium tanahnya?
3. Betulkah perbelanjaan Todt seperti yang didakwa oleh Ahli Parlimen Gombak seperti berikut:
- Yuran perkhidmatan Jean Todt sahaja mencecah RM593,400. Kos itu termasuk wang untuk tambang perjalanan, perbelanjaan dan wang saku.
- Membayar Todt RM388,000 untuk bercuti di dalam negara.
- Kos penginapan yang mencecah RM80,000 untuk tiga malam.
5. Kenapakah kita tidak melantik anak-anak Malaysia yang telah berjaya di luar negeri dan menjadi kebanggaan dunia seperti Datuk Jimmy Choo, pereka kasut yang amat terkenal?
6. Kenapakah selepas 50 tahun kemerdekaan, minda kita masih dijajah - orang putih lebih bagus?
7. Mula-mula memberikan gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan, kemudian melantik Jean Todt sebagai Duta Perlancongan, selepas ini apa lagi "circus" yang hendak dilakukan?
Di saat rakyat Malaysia mengikat perut di kala keadaan ekonomi yang tidak menentu, Kementerian Perlancongan telah membazirkan wang rakyat yang dikutip melalui hasil cukai untuk diberikan kepada seorang warga asing dengan izin. Wajarkah kera di hutan disusukan dan membiarkan kami, anak di rumah mati kelaparan. Saya memerlukan jawapan dari anda, YB Ng Yen Yen!!! Kalau tidak DS Najib perlu mempertimbangkan untuk menutup Kementerian Perlancongan. Menghabiskan duit rakyat saja!
Tuesday, June 23, 2009
1993 : Negara Akan Huru-Hara Sekiranya Undang2 Islam diLaksanakan - Najib
Pernahkah anda melihat atau membeli serta membaca majalah ini..Majalah ini diterbitkan pada November 1999..Penerbitnya adalah Purnama Gemilang Sdn Bhd yg beralamat Taman Sri Gombak Batu Caves Selangor Darul Ehsan.. Pengarangnya pula adalah A.Ahmade A,Rahman (Kalam Melayu)...
Telah membelinya dan masih menyimpanya dan ia masih kekal berkeadaan baik..
sudah 10 tahun ianya tersimpan didalam kotak..baru ini berkemas dan jumpa semula Apa yang menariknya tentang majalah ini ianya bukan sekadar "menyerang" DR M..tetapi terselit satu kenyataan Dato Seri Najib Tun Razak yg perlu kita fikirkan bersama dan membuat keputusan "menolaknya" dari memimpin negara serta tidak layak utk memimpin umat Islam di negara kita... Adakah kenyataan seperti ini mencerminkan seorang pemimpin yg beragama Islam yang mampu membela umat Melayu..sama-sama kita renungkan...
Mungkin ramai sudah lupa (almaklumlah beliau ini tergolong "Melayu Mudah Lupa")..namun sejarah tidak melupakan beliau...walaupun sudah berlalu 17 tahun lamanya...dan mungkin utk selama-lamanya..sejarah sentiasa mengingatinya...
Bahagian 3 : 100 dalil mengapa Najib tidak boleh jadi PM
File0010_3 ( Bahagian 3 klik sini untuk paparan yang lebih besar)
Sunday, June 21, 2009
BAHAGIAN 2 : 100 DALIL KENAPA NAJIB TIDAK BOLEH JADI PM
File0010_2 klik sini untuk paparan yang lebih besar
Akan di teruskan dengan Bahagian 3
100 dalil mengenai Najib
Antara dalam buku ini adalah kisah Najib dengan wanita-wanita lain:
Ini adalah bahagian satu dan akan datang BAHAGIAN 2
File0010_1 (klik sini untuk membaca buku Bahagian 1 yang lebih besar)
Wednesday, June 17, 2009
sila salin segera
sudah banyak 'version' video Rosmah. Ini salah satu version yang diedit semua oleh' Zon Artis'...tahniah dan terima kasih. Kepada semua video ini tiada hak cipta.... salin dan edarlah editlah sekreatif mungkin.
Sila buat salinan segera kerana ada usaha mengharamkanya !
Tuesday, June 16, 2009
Altantuya murder: Case against Abdul Razak delayed
The hearing of their judicial application will only continue after further written submissions are made.
The matter came up in the Shah Alam High Court today before Judicial Commissioner Noraini Abdul Rahman, but another mention date was set on July 8.
This is to allow lawyer Karpal Singh (right), acting for Altantuya's family, to submit his submission in reply.
The case will be mentioned before a deputy registrar on that day. Counsel Sangeet Kaur mentioned the case on behalf of Karpal this morning.
Senior federal counsel Kamaluddin Mohd Said represented the AG's Chambers, while KK Wong appeared for Abdul Razak.
Mongolian honorary consul to Malaysia, Syed Abdul Rahman Al Habshi, was also present to monitor the progress of the case.
The case was filed on Dec 24 last year by Karpal on behalf of Altantuya's father Dr Setev Shaariibuu (left).
In the application, they asked the court to quash the AG's decision not to appeal Abdul Razak's acquittal on an abetment charge in the murder.
They also want the court to direct the AG to use his discretionary powers under Article 145 (3) of the federal constitution to apply for leave to file an appeal.
Abdul Razak was acquitted and discharged on Oct 31 last year without his defence being called.
Shah Alam High Court judge Mohd Zaki Md Yasin had ruled that the prosecution had not proven a prima facie case, as a sworn affidavit by Abdul Razak was not rebutted.
AG’s discretionary power
Lead prosecutor Tun Abdul Majid Tun Hamzah announced two weeks later that the prosecution would not appeal, as the court had made a finding of fact in its decision.
AG Abdul Gani Patail (right) has since filed an affidavit, stating that the matter is non-justiciable based on Article 145 (3) of the constitution, which states that no one can question the chamber's decision to prosecute or not file an appeal.
The article reads that the AG shall have power, exercisable at his discretion, to institute, conduct or discontinue any proceedings for an offence, other than proceedings before a Syariah court, a native court or a court-martial.
Abdul Gani had also submitted that Shaariibuu does not have locus standii (legal standing) in the case as the AG has represented the public interest.
Two special action squad members - Azilah Hadri, 33, and Sirul Azhar Umar, 37, - have been found guilty of the murder and sentenced to death. They have filed separate appeals.
Kamaluddin also stated that Shaariibuu's RM100 million civil suit against the two policemen, Abdul Razak and the government is fixed for mention next month.
The AG's chambers have requested Shaariibuu to deposit RM1 million in security to cover possible costs in the suit.
Monday, June 15, 2009
Pendedahan eksklusif ; Siapa Rosmah Mansor 2
kami mendapat perbagai ugutan dan pujian apabila mula menyiarkan siri video ini. Kepada yang memuji...kami buat kerja bukan untuk dipuji.... kepada yang mengugut kami tidak takut dengan ugutan....
Tuesday, June 9, 2009
Pendedahan eksklusif ; Siapa Rosmah Mansor
ini ialah video yang dihasilkan oleh Team Khas ...video penuh ada sekitar 35 minit... ini baru video pengenalan sahaja.....
Kami dimaklumkan video penuh ini menampilkan teman - teman sekolah lamanya, bekas teman - teman lelakinya, bekas suaminya, adik beradiknya dan termasuk dua tiga orang dukun yang terlibat dengannya....
rupanya Rosmah ini ada tahi lalat besar yang kemudian dibuangnya untuk mengurat ....
Satu team pula dikhabarkan dalam masa terdekat akan terbang ke India untuk mencari link bomoh Rosmah yang dijumpai di India.
Monday, June 8, 2009
DEDAH SUMBER INFO KAITKAN ROSMAH-ALTANTUYA
Menurut pengendali blog Malaysia Today, maklumat kontroversi tersebut datang daripada Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin, "orang nombor dua dalam unit khas bahagian risikan tentera" Malaysia.
Beliau bertemu pegawai tentera melalui seorang rakannya, Nik Azmi Nik Daud, yang dikenalinya sejak 45 tahun lalu.
Nik Azmi seorang pembantu ahli politik veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, kata penulis itu lagi.
Beliau juga memohon pertolongan daripada beberapa individu antaranya termasuk pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seorang lagi pembantu Tengku Razaleigh tentang kredibiliti pegawai tentera tersebut.
Dalam tulisan blognya, beliau juga mendakwa ditawarkan sebanyak RM30,000 sebulan oleh Datuk Jamaluddin Jarjis, seorang kenalan dekat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai imbuhan agar beliau berhenti menulis tentang wanita Mongolia tersebut.
Persoalanya sekarang kenapa polis tidak siasat.
Nampaknya YBM KuLi juga tahu perkara ini..... selaku pemimpin sohor melayu Kuli seharusnya bertindak !
Sunday, June 7, 2009
Pas kluk klek....
Pas tidak ada prinsip, depan khalayak yang berbeza cakap dengan nada yang berbeza....
Dalam khalayak perbagai kaum dan masyarakat bandar mereka melaungkan mansuhkan ISA namun dalam khalayak tok lebai mereka nak cadang ISAkan orang yang menghina agama kononya....
Ketika kita nak ISA kekkal PAS konon nak mansuh tapi Pas juga akui ISA itu penting untuk kestabilan negara... cuma Pas guna isu ISA mansuh untuk raih undi.
Terbaru muktamar pas meluluskan resolusi haramkan Sister In Islam sebuah badan bukan kerajaan NGO. Ini amat mengejutkan kerana Pas yang konon mendapat sokongan NGO lah apa lah .... kerana Pas kononya mendokong kebebeasan bersuara.... tapi kini sekali lagi menunjukkan sikap asalnya iaitu berdolak dalih...
Ingat lagi KJ pernah anugerahkan gelaran buat pas di Kuala Terengganu iaitu Pas kluk klek....
Pas telah ditampar oleh SIS dalam kenyataan SIS terbaru....
PAS parti autokratik, hipokrit dalam perjuangan - SISOleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN
PETALING JAYA: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Sisters in Islam (SIS) hari ini mengecam tindakan PAS meminta parti itu diharamkan jika perjuangannya bertentangan dengan syariat Islam.
Menurut Pengurus Program SIS, Norhayati Karpawi, PAS merupakan sebuah parti politik yang autokratik dan hipokrit dalam perjuagannya.
"PAS bersifat autokratik dan tidak mendokong prinsip demokrasi yang dilaung-laungkannya selama ini.
"Hal ini jelas bertetangan dengan prinsip kebebasan berpersatuan dan kebebasan bersuara yang diamalkan dalam kerajaan Pakatan Rakyat," kata Pengurus Program SIS, Nohayati Karpawi kepada mStar Online hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan usul yang dikemukakan oleh PAS kawasan Shah Alam pada Muktamar parti yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam.
Usul itu antara lain berbunyi menyedari bahawa aliran dan pandangan dibawa oleh SIS boleh mengelirukan masyarakat, mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam dan membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya.
Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Hayati berkata PAS sering melaungkan isu mengenai kebebasan bersuara dan berpersatuan untuk kepentingan parti itu semata-mata.
"Jika mereka tidak setuju dengan perjuangan kita kenapa perlu minta kerajaan SIS. Hanya kerana kami perjuangkan hak wanita, kami dilabel sebagai bersikap 'feminis'..Ini tidak betul dan ada 'double standard' di sini..
"Mereka (PAS) tidak boleh membuat tuduhan melulu, mereka perlu buktikan jika perjuangan kami menyeleweng dari ajaran Islam," katanya.
Tegas beliau, hal ini menunjukkan parti itu bersifat 'angkuh' dengan meminta SIS diharamkan.
"Lihatlah mereka (PAS) belum dapat kuasa sudah begini, apa akan jadi bila mereka berkuasa nanti. Mereka akan gunakan nama Islam untuk membuat perkara-perkara lain pula.
"Parti gabungan dalam Pakatan Rakyat seperti, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu buat pendirian yang jelas dalam isu ini kerana pendirian PAS terhadap SIS akan memberi kesan kepada rakyat secara keseluruhannya," katanya.
Jelasnya, pertubuhan bukan kerajaan itu akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pendirian mereka dalam masa terdekat
Kepimpinan PAS yang dipilih membuka jalan muzakarah semula
Muzakarah seumpama ini menuntut kematangan dan pemikiran jauh semua pihak. Sehubungan dengan itu, UMNO-PAS perlulah mengenepikan sebarang persoalan dan pergolakan politik dan seterusnya mengambil pendekatan husnul dzon (bersangka baik) bagi mencari titik permuafakatan untuk masa depan negara. UMNO-PAS haruslah juga mengelak dari terjerumus kepada polemik syak wasangka atau pencarian kepada siapa yang lebih atau kurang Islam atau Melayunya.
Dari itu, perlu saya tekankan di sini bahawa UMNO tidak pun mengutamakan atau terlampau mengharapkan Kerajaan Perpaduan hasil muzakarah yang dijalankan. Maka, PAS tidaklah perlu khuatir akan keikhlasan UMNO - yang paling penting sekali adalah untuk kedua-dua parti mencari titik persamaan mengenai isu-isu nasional seperti ekonomi, pembangunan dan kebajikan rakyat. Persefahaman berkisar isu sebegini insya-Allah mampu menonjolkan elemen kesederhanaan dan progresif, lantas wajar disambut seluruh warga Malaysia. Sekiranya ini membawa kepada agenda yang lebih konkrit pada masa hadapan, biarlah kedua-dua pihak berunding pada masa kelak. Pada masa dan ketika ini, apa salahnya jika dibuka pintu dialog sepertimana yang diseru oleh Presiden PAS sendiri Datuk Seri Haji Hadi dan juga Timbalannya Nasharudin Mat Isa.
Justeru, demi kebaikan semua pihak, Pemuda UMNO berharap pemimpin kedua-dua parti bersetuju untuk bersemuka dan bermuzakarah.
Najib PM penakut....
PPP parti kecik tetapi konflik yang berlaku dalam PPP telah diambil kesempatan oleh Nuar dan geng dia.... Pembangkang memanipulasi isu PPP.... di Bukit Selambau contohnya kerana PPP kecik lagi tak berguna ini maka orang India diberikan ilusi bahawa Bn tak disokong pemimpin India bila pemimpin PPP pusat masuk PKR bersama Nuar...
Semalam Najib rasmi Konvensyen PPP di PWTC Najib telah mengumumkan Kayveas sebagai Presiden PPP yang sah.... Najib juga ketika dikelilingi oleh penyokong Murugiah menyatakan Murugiah masih Menteri berdasarkan kuota PPP.... woi Najib apa nie kenapa jadi penakut sangat !!!
Arwah Tun Razak pasti malu dengan anaknya yang penakut.
Hahaha.... Husam ditolak dengan penuh strategi ?
ini aku terbaca dalam satu blog yang gila - gila sokong PAS....tapi masa muktamar hari itu penulis blog gila ini menjadi semakin gila bila Husam yang disokongnya kalah....
tapi betul ke 'SPR' Pas juga menipu hahahahahaha baca dibawah ini aku petik dari blog gila - gila tu..Keputusan Muktamar 55: Sungguh Pelik, Sungguh Hairan... - malaysiakini
Dekat atas ni berita yang dilaporkan oleh MStar Online pagi tadi, cerita yang sama jugak berlegar-legar sejak subuh tadi sebelum keluar di MStar Online... maklumat dari wartawan-wartawan dan jugak "orang dalam" juga mengesahkan perkara yang sama. Husam menang tipis dengan kelebihan majoriti sebanyak 40++.
Jadi ramai yang tersenyum dan berharap sangat untuk mendengar khabar rasmi ini secepat mungkin...
Pagi ni berita yang sama mula berlegar-legar di kawasan Stadium Malawati... cerita yang sama... Husam menang tipis. orang ramai makin semangat.
Orang ramai yang oenuh bersemangat mula memenuhi ruang legar dan juga dalam dewan Stadium Malawati.
Lebih kurang jam 10:12 pagi... diumumkan...Tiba-tiba je aku terbayang gambar bendera PAS yang ada pulak keris dekat tengah-tengah... ish... apasal ek..?
Thursday, June 4, 2009
Najib jual Melayu...mansukkan DEB umum di Singapura
Najib telah umum mansuhkan DEB di Singapura...kenapa buat pengumuman hakis kuasa Melayu di Singapura ? Najib telah gunakan juak - juak medianya ...berita tersebut diberi perhatian dalam akhbar bukan Melayu sahaja...... berikut beritanya..najib Altantuya: Abolish NEP or another half baked & flip-flop announcement?
On his maiden trip to Singapore yesterday, Prime Minister Najib Abdul Razak was on a charm offensive, touching on his plan to dismantle the National Economic Policy (NEP), a sore contention point in Malaysia’s race-relations.
MCPXIn an interview with Singapore’s Straits Times, Najib said that the ethnic quotas had damaged Malaysia’s competitiveness and ran counter to global trends.
He added that the long-term benefits of ending the scheme would outweigh the “pain”.
Launched in 1970, the NEP has remained one of the most divisive aspects of Malaysia’s multi-ethnic society. The affirmative action programme uniquely favours the Malay majority over the Chinese and Indian minorities.
Among the benefits, the NEP allows Malays to buy homes at a discount, privileged access to scholarships and higher education and employment in certain sectors.
Expect anger from Malays
Najib’s comments were made to reporters in Chinese-majority Singapore and analysts said his words might have been bolder than they would have been at home.
If Najib abandons the policy completely, the Straits Times said he is certain to expect anger from the Malay community, which provides the bulk of support for his ruling Umno party.
By contrast, his actions might prove attractive with Chinese and Indian voters, who largely support the opposition led by Anwar Ibrahim, and have long denounced ethnic quotas and advantages as racist, the Straits Times reported.
He framed his move in combative terms, describing himself as a “warlord” who would face down opposition from smaller chiefs in his party.
Since coming to power in March, Najib has surely and slightly altered the system by removing the 30 percent Bumiputera equity rule for firms in the 27 services sub-sectors.
PAS tikam PKR dari belakang?
PAS yang sebenarnya Hasut pengundi jangan keluar mengundi
Sebelum 'bersihkan rakyat' Najib harus bersihkan penyokong LTTE dari BN
Samy Vellu sokong LTTE
Najib lemah penyebab MCA pijak kepala
Oleh kerana kelemahan Najib yang jelas dilihat oleh komponen Bn maka ramai yang mula naik tocang.
Timbalan setiausaha agung MCA menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mewujudkan jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan pengerusi BN untuk diisi presidennya bagi mencermin “perkongsian kuasa sebenar”.
“Rakyat Malaysia pelbagai kaum telah lama menerima dan memberi sokongan penuh kepada ideologi pentadbrain berasaskan kepada perkongsian kuasa di negara ini.
“Bagaimanapun, selepas 52 tahun merdeka, kita terus merasakan bahawa perkongsian kuasa itu hanya satu slogan dan tidak mencermin situasi sebenar, yang kita amat harapkan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti.
“Oleh itu, rakyat Malaysia kini kecewa dan tidak puas hati dengan situasi sebenar kita sekarang kerana ia hanyalah satu cakap kosong,” kata Datuk Loke Yuen Yow.
Menurutnya lagi, jawatan kedua timbalan perdana menteri untuk presiden MCA bukan sahaja membantu merealisasikan konsep perkongsian kuasa, tetapi juga menunjukkan bahawa kerajaan memberi kepentingan kepada peranan dan sumbangan kaum Cina dalam proses pembinaan negara.
Loke menambah, jika diberi jawatan seperti dituntut, presiden MCA boleh, dalam kapasitinya sebagai anggota kabinet, membantu menggariskan dasar yang lebih adi dan berfaedah kepada semua pihak, terutama masyarakat Cina dalam ekonomi dan pendidikan.
Beliau juga menegaskan bahawa MCA telah mewakili perjuangan masyarakat Cina, untuk mencapai kemerdekaan negara, bersama Umno dan MIC pada 1957.
“Oleh itu, dalam proses pembinaan negara, sumbangan yang dihulurkan oleh MCA dan masyarakat Cina adalah amat banyak dan sangat besar,” tambahnya.
Pada masa yang sama, Loke mengulangi lagi desakan awal MCA bahawa presidennya mesti dilantik sebagai timbalan pengerusi Dewan Tertinggi BN.
“(Pelantikan) ini akan memanifestasikan senario sebenar perkongsian kuasa bawah pentadbiran Datuk Seri Najib,” tambahnya.
“Sebagai seorang pemimpin yang bijak dan berpandangan jauh, Datuk Seri Najib perlu melihat peri pentingnya dan keperluan mewujudkan jawatan-jawatan timbalan perdana menteri Cina dan timbalan pengerusi Dewan Tertinggi BN - yang kedua-duanya dipegang oleh presiden MCA.”