Thursday, November 10, 2011
Shahrizat Jalil dapat "blessing" Rosmah?
Monday, November 7, 2011
Mufti terkejut PM, Rosmah selesai tunai ibadah haji
Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.
“Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 nov. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah.
“Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain,” kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.
Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.
Laporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai."
Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir.
Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru.
“Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja.
“Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam,” katanya lagi.
5 Ahli Parlimen UMNO bakal lompat parti esok?
Wednesday, November 2, 2011
Selamatkan UMNO atau Pertahan Najib?
PM dikritik, anak gadisnya didakwa belanja RM200k
Meskipun kontroversi cincin RM24 juta yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor masih belum reda, pengkritik Datuk Seri Najib Razak kini menjadikan anak perempuan perdana menteri sebagai sasaran mereka.
Ini berikutan laporan berita yang dikatakan tersiar diThe West Australian,yang mendakwa anak gadis perdana menteri membelanjakan A$60,000 (RM195,000) semasa membeli-belah di David Jones, antara gedung terbesar di Australia.
Bagaimanapun kesahihan berita itu belum disahkan, tetapi satu salinan keratan berita kecil tanpa tarikh dan logo akhbar berkenaan mula diedarkan di negara ini.
Namun ini tidak menghalang para penulis blog pembangkang dan akhbar web rasmi PKR, Keadilandailymemetik keratan itu dan menyiarkan laporan tersebut.
Selain itu, laporan bertajuk ‘Delegates go shopping and sightseeing’ atau 'Perwakilan membeli-belah dan bersiar-siar' juga dimuatkan di banyak laman Facebook.
Bekas ahli jawatankuasa pusat PKR Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, menulis di blognya “ketika rakyat terus dibayah payah meneruskan kehidupan seharian keluarga pemimpin negara terus bermewah”.
Makin terhimpit
“Rakyat makin terhimpit dengan kos kehidupan yang makin menggila. Regim penguasa semakin gagal mengawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan malah dalam pada masa yang sama pelbagai cukai diperkenalkan terus menjerut rakyat. Rasuah dan pemborosan semakin menggila.
“Masih tidak mampu menjawab isu cincin RM 24.45 juta yang terkait dengan Rosmah Mansor kini muncul pula anaknya dengan imej begitu juga,” tulisnya.
Anak gadis yang tidak dinamakan dalam laporan itu didakwa bersama ibu bapanya yang menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) yang diadakan di Perth, Australia Barat.
Keadilandaily yang juga memetik keratan akhbar itu melaporkan, turut bersama rombongan perdana menteri dan isteri serta anak gadisnya itu adalah Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim dan presiden PPP Datuk M Kayveas.
Portal pembangkang itu juga mendakwa bahawa peniaga membuat keuntungan yang besar apabila seorang wanita pertama yang tidak dinamakan membelanjakan A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara Australia Barat, manakala 'anak gadis Najib' membelanjakan A$60,000.
Ia memetik pengarah negeri bagi CHOGM Richard Muirhead sebagai berkata bahawa aktiviti masa lapang dan ekspedisi membeli-belah berkenaan diatur untuk perwakilan asing di luar jadual mesyuarat CHOGM yang ketat itu.
Portal pro-Umno nafi
Sementara itu, laman pro-Umno Agendadaily melaporkan, sumber memaklumkan bahawa tiada seorang pun anak perdana menteri yang ikut serta ke CHOGM di Perth.
“Memamg tidak ada... baik anak lelaki atau perempuan PM yang ikut ke Perth,” sumber itu dipetik sebagai berkata.
Laman itu juga melaporkan sumber itu sendiri hairan bagaimana "fitnah" itu boleh direka.
"Tolong minta puak-puak ini check fakta itu dulu sebelum melenjit nak kenduri belasah hanya berasaskan laporan akhbar berkenaan yang terang-terang menulis WHILE MALAYSIAN PRIME MINISTER’ S DAUGHTER IS BELIEVE TO HAVE SPENT AUD60,000 IN DAVID JONES (pusat beli belah)," lapor Agendadaily.
Dipetik dari www.malaysiakini.com.
Komen Selamatkan UMNO: Sampai bila UMNO harus menanggung biawak-biawak hidup ini? Nak tunggu sehingga UMNO musnah? Atau nak SELAMATKAN UMNO?