Friday, October 23, 2009

UMNO – ada kepimpinan perlu di tunjukkan laluan keluar


Perubahan dalam Umno tidak akan berhasil selagi kepimpinan yang kosong masih lagi diberi tempat dalam memimpin baik Umno mahupun kerajaan. Usaha perubahan Umno perlu menyaksikan kepimpinan retorik dan kepimpinan yang lemah di tunjukkan laluan keluar. Selagi itu tidak dilaksanakan maka selagi itulah Umno akan berubah secara superfisial sahaja. Beberapa kepimpinan perlu di tukar. Kepimpinan yang ada rasuah terpalit pada diri ini, kepimpinan yang tidak tahu asas perjuangan Umno – menipu dan retorik perlu dinyahkan sebelum Umno di buang oleh rakyat. Kita patut sedar bahawa pemimpin yang hanya tahu bercakap tetapi tidak tahu melaksanakan – pemalas dan penakut – tidak inovatif tidak kreatif perlu di buang kerana ini akan merosakkan Umno yang sedia kita maklum semakin parah.

Kita patut nampak siapa yang perlu di gugurkan dalam kabinet yang ada hari ini. Najib perlu konsisten tanpa memegang sentimen favorable untuk melantik Menteri yang semata-mata dilantik kerana kronisme tanpa menilai arah dan kejauhan pandangan dalam memimpin.

Siapa yang akan dapat membantu – sekiranya disingkirkan untuk menunjukkan bahawa Umno memang sudah bersiap sedia untuk di ubah dan berubah. Siapa!

1 comment:

Anonymous said...

benar, kepimpinan perlu di ubah. Kita tidak perlu dalam Umno ada org yang bacul kepada perjuangan Melayu. Kita tidak mahu org yang tidak tahu erti kesusahan, erti kehidupan. Najib adalah org yang tidak tahu erti payah. Sepupu dia Hisham juga hanya retorik, bicara melayu tetapi bacul dgn hanya cium keris. Mungkin Hisham patut kita campak selain dari Nazri.