Monday, January 19, 2009
Najib selaku pengarah pilihanraya gagal lagi...
Najib selaku Pengarah Pilihanraya gagal lagi. Selepas kekalahan di Permatang Pauh sekali lagi Najib gagal dan kali ini lebih parah apabila Bn tewas kepada calon yang juga tidak mendapat dokongan penuh PAS dan PR.
Ramai tokoh dalam PR mahukan Mohamad Sabu (Naib Presiden PAS) ataupun Dr. Syed Azman (Bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu) dinamakan sebagai calon PAS semasa P/raya Kecil Kuala Terengganu 2008. Malangnya kem Mustafa Ali telah menggunakan segala kekuatan mempengaruhi Hj. Hadi Awang untuk menamakan anak didiknya Wahid Endut untuk bertanding.
Dengan PAS meletakkan calon bukan pilihan seharusnya Bn mampu mempertahankan kerusi Parlimen K.Terengganu. Malangnya lain pula berlaku Bn tersalah strategi. Kelihatan dari awal Bn kelihatan bertahan. Pendekatan yang terlalu menumpukan undi bukan melayu telah menyebabkan Bn hilang sebahagian besar undi orang melayu yang merupakan komposisi utama pengundi di situ.
Bukan sahaja tersalah strategi malah serangan terus menerus ke atas pengarah pilihanraya Bn, Najib Tun Razak juga antara faktor kekalahan. Hampir semua penceramah dan terdapat beratus jenis risalah yang menyerang Najib Tun Razak.
Najib mungkin akan mengatakan kelemahan calon yang kononya akan dikatakan budak KJ ataupun pilihan Pak Lah tetapi yakinlah kedua - dua calon lemah dan tidak mendapat dokongan penuh parti mereka. Malangnya apa yang menambah parah ialah faktor Najib yang lemah dan terlalu banyak isu dikaitkan denganya.
Malah ada petugas parti yang melaporkan bahawa memang benar Rosmah seorang yang sombong dan ego.......banyak sangat kejadian yang berlaku di K.Terengganu menunjukkan Rosmah perlu dilayan seperti anak raja.
Jentera Umno di bawah Najib juga sibuk ke hulu ke hilir menunjuukkan muda untuk memastikan undi pemilihan Umno tetapi tidak langsung mempedulikan undi pengundi setempat.
Najib terlalu lemah................
Bagi PR ini mungkin mereka anggap tanda kekuatan mereka.... Sebenarnya PR tidak kuat... penulis bersetuju kenyataan KJ dalam Sinar yang menyatakan jangan salahkan calon ia ada faktor lain dan jangan PR ingat mereka kuat... PR tidak menang besar masih ada 30,000 lebih pengundi Bn maknanya mungkin ada segelintir tidak berjaya diyakinkan kerana kelemahan Najib yang mengemudi kapal ketika itu.
Itu pun nasib di selamatkan oleh Pak Lah yang terpaksa turun 2 kali (kali pertama dalam sejarah PM kena turun 2 kali dalam P/raya kecil)..... kalau harapkan Najib tak tahu berapa banyak kalah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
UMNO kena berubah.totally!.kalau dibaca dalam blog-blog,cara kerja pembangkang dan UMNO memang berbeza.orang muda banyak yang sanggup untuk bersusah payah mempromosikan parti pembangkang.golongan professional dalam pembangkang juga begitu.mereka takde masalah nak promote parti pembangkang.
UMNO ni jelah yang bermasalah sedikit.duduk dalam kepompong mereka sendiri.UMNO kena berubah dan reform kalau tak mahu dibunuh!
sebenarnya kalai diletak calon mana-mana sekalipun,belum tentu lagi BN akan menang juga.Mahathir tak perlulah hendak salahkan Pak Lah.dia pasti tahu senario politik kini di mana pembangkang sedang hari demi hari mendapat tempat di hati masayarakat.walaupun penyokong UMNO/BN masih ramai,namun mereka harus rasa tergugat dengan sokongan yang diterima PR.
BN harus sedar yang pembangkang kini bergerak sebagai PR dan bukannya sebagai PAS,DAP dan PKR.pastinya penyokong DAP dan PKR akan memangkah PAS kerana PAS adalah sebahagian dari PR.andai kata PAS bergerak sendirian,belum tentu mereka akan menang.
Salam...
Saya setuju dengan artikel ni... Memang tepat. Sama seperti pemikiran saya...
Rujuk juga stephendoss.blogspot.com untuk banyak info mengenai kelemahan Najib...
Post a Comment