Tuesday, January 7, 2014

NAJIB MUST GO - Preparing Hisham as the PM

Hisham to be the next PM






Politik dalam Umno semakin tersepit. Tersepit kerana Umno sentiasa diperhatikan dan kedudukan Umno sentiasa di cabar. Najib Tun Razak hari ini sedang menunggu saat untuk dijatuhkan. Berpaut pada Hisham adalah satu langkah terakhir beliau dalam menyembunyikan segala huru-hara serta perbuatan yang telah beliau lakukan.

Najib penuh dengan masalah, mulai dari saat beliau Timbalan Perdana Menteri lagi. Isu Altantuya adalah isu besar yang tidak boleh dipandang ringan. Isu ini menjadi bebanan kepada Umno dan Umno akan terus dipersoalkan kerana isu ini. Najib dan isteri beliau Rosmah adalah watak utama dalam isu ini. Dalam pada itu pentadbiran Najib yang sering tersasar dalam membuat keputusan semakin ketara. Umno semakin parah di bawah beliau dan mahu tidak mahu semua ini juga berpunca dari isteri beliau yang dikatakan sebagai PM sebenarnya.

Menyembunyikan salah laku beliau serta menyelamatkan beliau dari dihadapkan semula atas tuduhan – tuduhan jenayah Najib perlu menyiapkan pengganti. Tidak lain orangnya adalah Hishammuddin. Hishammuddin perlu disediakan dan untuk menyiapkan Hishammuddin, Zahid Hamidi perlu diketepikan. Hisham tidak boleh bergantung pada karisma beliau dan sokongan beliau dalam Umno. Kejayaan beliau dalam pemilihan agung Umno adalah palsu dan ahli Umno ramai tertipu dengan kejayaan itu. Najib perlu untuk memastikan semua perkara busuk yang telah berlaku di tutup dan tidak terselongkar keluar. Oleh itu Hisham perlu menggantikan beliau sekiranya keadaan mendesak beliau untuk turun takhta.

Untuk menjadikan Hishammuddin sebagai pengganti satu perkara perlu ditentukan. Perkara tersebut adalah untuk memastikan pesaing beliau tumbang dahulu. Untuk mempopularkan Hisham agak sukar. Hisham bukan pilihan Umno. Untuk memastikan Hisham menjadi Perdana Menteri, semua pesaing Hisham perlu di pegang dan ditumbangkan. Maka kerana itu kita lihat timbul gerakan untuk menjatuhkan Zahid Hamidi. Zahid merupakan pesaing utama dalam kerusi Perdana Menteri Malaysia. Sekiranya Zahid dibiarkan maka Hisham hanya akan menjadi bayangan. Oleh sebab itu usaha menjatuhkan Zahid sedang dijalankan. 
Zahid sedang diperhatikan oleh beberapa kumpulan dan gerakan ini akan menyelongkar semua kesalahan dan kesilapan Zahid untuk tujuan mengikat beliau dan menjatuhkan beliau dan memberi ruangan untuk Hisham selesa menggantikan Najib sekiranya timbul desakan yang kuat. Hisham sebagai PM – apa komen korang.     


Sunday, January 5, 2014

Saturday, January 4, 2014

NAJIB MUST GO - pembaziran membunuh rakyat

Sikap yang sebenarnya tidak mendahulukan rakyat merupakan apa yang ada dalam pentadbiran Najib Tun Razak. Pendedahan terbaru oleh laman :
http://bigdogdotcom.wordpress.com/2014/01/03/professional-courtesy-deficit/  menunjukkan  Najib Tun Razak yang tidak langsung memikirkan masalah rakyat. Mendahulukan rakyat adalah retorik slogan Najib dan kita dalam Umno harus menyelamatkan Umno dari terus tersungkur pada PRU 14. Umno semakin nazak di bawah pemerintahan Najib.  

Bayangkan dan cuba amat kenyataan ini :

On 3 October 2013 Minister in PM’s Department Dato’ Seri Shahidan Kassim disclosed that the cost of PM Najib’s annual rental and maintenance of VVIP jet utilised to ferry him around RM34.3 million. That is without the fuel and food and beverages bill and other operational charges.
Dan lebih dahsyat lagi adalah pendedahan Malay Mail yang mengatakan jumlah perbelanjaan perjalanan PM adalah melebihi 180 juta


NAJIB PEDULI KE MENGENAI APA YANG BERLAKU – semua pembaziran ini adalah untuk rakyat tanggung. Umno akan terus kecundang dengan apa yang berlaku. Najib dalam masa yang sama tidak menghiraukan masalah kenaikan kos hidup, peningkatan harga barang dan apa kesan sosial terhadap pembaziran ini. Selamatkan UMNO menggesa untuk kita orang Umno mula melakukan langkah segera untuk menggantikan Najib dari terus menghancurkan rakyat. Pembaziran dan salah guna wang rakyat ini harus kita banteras dan sekiranya ada unsur-unsur rasuah maka hukuman setimpal harus dikenakan.

Thursday, January 2, 2014

NAJIB MUST GO - Najib yang salah?



Ramai yang mahu menjaga hati Najib sebagai PM Malaysia dengan mengatakan bahawa penasihat-penasihat Najib sendiri yang salah memberi nasihat sehingga rakyat Malaysia sedang berhadapan dengan krisis kenaikan kos harga barangan dan peningkatan kos sara hidup. Dalam Umno pula ramai yang mengatakan juga penasihat politik Najib merupakan punca pergolakan dalam politik Umno, pemilihan yang pincang, ,malah hari ini ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan PAU. 

Semua itu salah penasihat atau Najib sendiri. Kita tidak mahu cerita tentang campur tangan Rosmah dalam hal nasihat menasihati PM ini kerana Najib sebagai  PM wajar meneliti dan mengkaji sendiri sebelum sebarang keputusan dan polisi baru kerajaan di gubal atau di bentuk.

Ahli Umno sendiri perlu sedar bahawa risiko besar adalah untuk terus membiarkan Najib menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia kerana ini akan menyulitkan peluang Umno untuk terus menerajui politik negara ini.

Kita harus mengulas semula kepimpinan Najib selama ini. Kita perlu membuat evaluation mengenai kepimpinan beliau dan salah satu point of reference mengenai Najib adalah prestasi beliau dalam PRU baru-baru ini. Isu lain adalah pencapaian beliau dalam memastikan kesejahteraan rakyat terbela dan kedudukan Umno di bawah pemerintahan beliau. Kita belum lagi mengulas isu lama yang melibatkan keperibadian dan kes-kes jenayah lain yang Umno sendiri tahu dan ragu tetapi terpaksa menelan kerana menyelamatkan Umno.

Sebenarnya bukan cara itu untuk kita menyelamatkan Umno. Kita perlu sedar bahawa keadaan masyarakat yang semakin peka politik dan semakin terbuka kepada informasi melalui media yang tidak lagi ortodoks. Najib mempunyai banyak isu yang belum diselesaikan, Umno akan terus menjadi mangsa dalam usaha Najib untuk menutup isu-isu besar yang ada dan yang beliau serta Rosmah terpalit. Umno perlu bangkit dalam gerakan baru mengatakan TIDAK UNTUK NAJIB.

Wednesday, January 1, 2014

NAJIB MUST GO - membeli sokongan dengan wang

NAJIB MUST GO - membeli sokongan dengan wang

Tahun Baru 2014 akan menyaksikan Najib di tentang bukan saja oleh pembangkang malah keseluruhan rakyat Malaysia termasuk Umno sekali. Keadaan politik Najib semakin meruncing dan semakin nampak bahawa apa yang dikatakan mengutamakan RAKYAT bukan satu manifesto yang benar malah setakat hari ini menyukarkan dan menyulitkan RAKYAT. Politik dalam Umno juga bergolak, membantah cara Najib mengendalikan PAU. Najib sekarang terdesak dan Malaysia hari ini harus membayar kesalahan polisi politik Najib sehingga menyulitkan rakyat. Umno semakin menjadi liabiliti dan rakayt semakin hari semakin menekan Umno. Gara-gara tindakan Najib dan para penasihatnya Najib semakin menekan rakyat. Adakah rakyat sepatutnya membayar tindakan kegagalan Najib?

Umno di bawah Najib semakin jauh dari rakyat. Keadaan ini mendesak agar kerajaan menghabiskan banyak wang untuk menjana kecerahan politik Umno dan Barisan Nasional. Dana mula di salurkan untuk bukan sahaja mendapatkan balik sokongan terhadap Umno dan BN malah ditaburkan untuk ahli UMNO turut menyokong Najib sebagai kepimpinan Umno. Keadaan membeli sokongan ini adalah punca Najib menggunakan banyak wang kerajaan untuk program yang tidak langsung membantu Najib dalam meraih sokongan rakyat. Malah setelah wang di curahkan kepada rakyat, sokongan terhadap Umno semakin merosot. Najib melakukan cara yang paling ortodoks, cuba membeli hati rakyat dengan wang dan cuba membeli hati orang UMNO dengan cara yang sama untuk terus memegang jawatan Presiden Umno dan  Perdana Menteri Malaysia.

Malang sekali suara beberapa kerat penyokong Najib yang terdiri daripada penasihat-penasihat beliau yang gagal lebih kuat dari suara bantahan yang takut akan kehilangan tempat dan jawatan dalam Umno. Kita lebih suka berdiam diri, membiarkan Umno terus dikecam dan dihina. Tindakan Najib yang cuba membeli undi kaum Cina menunjukkan bahawa bukan sahaja beliau jauh dari realiti keadaan politik Cina sebenarnya tetapi tidak memahami senario politik semasa. Usaha terus membeli undi Cina adalah cara lapuk dan akan hanya menjarakkan kedudukan sosio ekonomi antara kaum.
Hari ini kita kan membayar semua kesalahan, keborosan dan kesalahan Ds Najib dan Rosmah dalam memerintah negara ini. Hari ini kos kehidupan terus meningkat kerana Najib perlu membayar segala kesilapan beliau dan keborosan yang berlaku. Kita dalam Umno perlu lakukan sesuatu sebelum Umno terus tersisih dari mendapat sokongan orang Melayu dan BN untuk sokongan keseluruhan.  

Monday, December 16, 2013

Najib Must go

Nota Sedih, Amat Sedih Dari Sudut Hati Ahli UMNO

Assalamualaikum Pak Syed.
Saya mulakan nota ini dengan lafaz keramat Bismillahhirrahmannirrahim, agar dengannya saya terpandu dan terpimpin untuk menyatakan sesuatu dengan niat kerana Allah jua. Hidup ini ringkas, singkat. 
Saya bimbang jika saya bertangguh, tidak sempat maka saya akan gagal mnjawab di Mahkamah Allah Rabbuljalil.

Saya tidak berpeluang bercakap di Perhimpunan Agung UMNO walaupun saya telah mnjadi ahli UMNO sejak berumur 18 tahun 
(Puluhan tahun lalu) Pada ketika itu saya menjadi ahli UMNO kerana datuk nenek dan ibu bapa saya mahu saya mewarisi mereka. Menjadi ahli UMNO yang setia sehingga ke akhir hayat.
Setelah sekian lama, baru sekarang saya mencatat sesuatu yang lahir daripada sudut hati saya. Jauh terbenam. Bergelora dan bercampur baur. Sayu, bimbang, kasih, marah saling kait mengait. Keliru juga sedang ikut sama mengisi secara serentak perasaan dan pemikiran saya.
Kalau boleh saya ingin berdiri di puncak gunung. Seluruh saf kepimpinan UMNO duduk bersila di sekeliling saya, berteleku mendengar saya bercakap meluahkan segala perasaan dan pemikiran saya dan kemudian saya redha mengadap Tuhan dengan mata tertutup rapat.
Saya ini orang UMNO. Dulu, kini dan insyaallah selamanya. Ini amanah datuk nenek saya. Saya genggam erat amanah ini. Tapi pada masa datuk saya menjadi ahli UMNO, beliau beberapa kali berjabat salam dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Razak.
Datuk saya adalah ahli UMNO yang tidak memegang jawatan dalam parti, bahkan tidak bersekolah tinggi. Masih ada gambar kenangan mereka bersama tersimpan dalam almari peninggalan nenek. Walaupun telah kabur tapi ia tetap jelas dan dapat dikenali.
Pada masa itu tiada slogan atau ungkapan ' merasa denyut nadi rakyat '. Tetapi memang Presiden Parti turun ke cawangan cawangan UMNO , bercakap tentang hasrat dan cita cita parti. Arahala negara ke mana hendak dibawa.
Saya bertanya kepada rakan rakan Ketua Cawangan di kawasan saya, pernahkah bersalaman dengan Presiden UMNO? Tidak kata mereka sebab sewaktu Presiden parti turun ke negeri hanya pemimpin Bahagian dan Negeri yang berpeluang berdialog bersamanya.
Bahkan saya terkejut apabila diberitahu ada pemimpin cawangan tidak pernah bersua muka dengan Menteri Besar , tidak pernah. Maka sayapun mula rasa keliru, adakah benar UMNO ini parti inklusif atau sekadar pemanis mulut semata mata. UMNO sudah menjadi elitis dan bangsawan lebih bangsawan dari zaman Allahyarham ayahanda Tengku dulu. 
UMNO mesra rakyat, UMNO pejuang masa depan melayu, UMNO penyelamat melayu dan 1001 macam lagi retorik dan hegemoni politik yang berterusan disuapkan dan dimomokkan kedalam kepala otak orang melayu sehinggakan orang melayu sekarang ini sebegitu takut untuk berfikir dan bertindak melainkan terus memilih UMNO. Terus percaya UMNO pejuang dan menjamin survival melayu.
Barangkali kebenaran ini semua hanya 10 peratus sahaja tetapi yang 90 peratus lagi adalah bagi menjamin tembolok dan perut pemimpin UMNO terus kenyang dsn berisi. Hebat politik UMNO ni.
Saya mohon maaf kerana menjangka nyawa UMNO ini sudah tidak lama. Percayalah. Kunci nyawa UMNO adalah cawangan cawangan. Saya mula dapat rasakan pemimpin dan ahli di cawangan cawangan mula rasa seperti 'tidak berguna'.
Pengalaman menghadapi PRU 13 baru baru ini amat melukakan hati kami di cawangan cawangan. Tsunami 2008 telah menyebabkan UMNO memulakan gerak kerja sebaik sahaja keputusan PRU 12 diumumkan. Pusat Daerah Mengundi ditubuhkan, Bilik Gerakan dimulakan di peringkat Cawangan dan Lokaliti.
Di tempat saya, Ketua Cawangan diberikan peruntukan yang amat minima. Kerana itu ramai yang menggunakan wang sendiri untuk menjayakan kerja kerja Jalinan Rakyat, Ceramah dan bengkel. Tiada peruntukan, itulah alasan yang diberikan oleh Bahagian. Atas nama perjuangan, segala tanggungjawab dilaksanakan.
Tiba tiba kami terkejut apabila mendapat tahu, Kampung Baru Cina diberi peruntukan ratusan ribu ringgit. Hampir setiap minggu diadakan makan malam bertaraf hotel, menelan belanja puluhan ribu ringgit untuk sekali program. Maaf, saya kedengaran seperti cemburu, tetapi hakikatnya setiap minggu Ahli Parlimen kami hadir untuk program program bersama pengundi Cina dan India.
Sewaktu melawat ke kampung kami untuk Solat Jumaat, Ketua Cawangan diberikan tiga ratus ringgit untuk makan tengahari.
Di waktu PRU 13 makin hampir, kami di cawangan semakin tertekan. Program semakin
banyak, peruntukan tidak juga turun sehinggalah Parlimen dibubarkan. Bayangkan perasaan kami di cawangan cawangan bilamana diperuntukkan dengan biskut mayat, air mineral dan rokok jenama OK (Kononnya diimport dari India)
Merokok adalah amalan tidak sihat, tetapi Pemuda kita di cawangan sebahagiannya merokok. Kata mereka rokok OK ini, nyamukpun pengsan kerana asapnya.
Pemimpin bercakap tentang perjuangan dan pengorbanan tetapi mereka datang dengan kereta mewah dan menghisap curut luar negara.
Barangkali darah UMNO yang pekat menyebabkan kami terus bekerja dan alhamdulillah UMNO khasnya di kerusi luar bandar telah menyelamatkan kerajaan UMNO/BN ini. Perdana Menteri dan Presiden parti seakan amat menghargai UMNO apabila dengan berani mengisytiharkan Tsunami Cina telah berlaku.
UMNO menunggu dan menunggu. Apakah pengumuman besar Perdana Menteri untuk membalas pengorbanan kami selama ini. Sehingga kini tiada apa sebenarnya, tiada.
Yang diumumkan kenaikan harga minyak. Yang diumumkan kenaikan harga gula. Yang diumumkan kenaikan harga rokok. Dan yang diumumkan hari ini kenaikan tarif elektrik. Kami terkedu, malu. Kami beberapa hari tidak keluar ke kedai kopi kerana sewaktu kempen PRU13, kami janjikan Kerajaan yang prihatin dan memahami kesukaran rakyat.
Kami telah gagal mengotakan janji. Kami menjadi bahan lawak rakan rakan kerana hakikatnya selepas PRU 13, tiada apa apa yang istimewa untuk kita Orang Melayu yang telah menyelamatkan kerajaan UMNO/BN.
Kalaulah saya berpeluang bercakap kepada Perdana Menteri, saya ingin katakan betapa sukarnya menjadi aktivis UMNO di kampung kampung. Rakan rakan menyatakan Perdana Menteri telah hilang kawalan. Gagal mengawal segalanya. Saya bukan orang pandai. Bila ada orang datang dan beritahu orang kampung DS Najib sangat kuat membazir, mereka datang dengan data. Saya pula hampir percaya kerana Perdana Menteri tidak pernah menafikannya, bahkan kadang kala sinis bergelak ketawa.
Saya tak mampu menjawab bahawa DS Najib membazir apabila untuk ubahsuai rumah sahaja dalam tempoh lima tahun menghampiri 100 juta sedangkan untuk baikpulih rumah fakir miskin di kampung saya hanya lima ribu diperuntukkan.
Ada orang memberitahu  saya, Datin Rosmah Mansur mempunyai peruntukannya sendiri dan diwartakan dalam Bajet Negara. Apa agaknya yang patut saya nyatakan. Dalam Parlimenpun namanya disebut mengguna ' jet peribadi untuk lawan peribadi keluar negara '.
Anak anak muda di cawangan saya, yang pada PRU13 telah menyokong UMNO hari ini memberitahu saya bahawa di dalam blog dan face book banyak dinyatakan pembaziran yang Datuk Seri lakukan. Berbilion ringgit digunakan untuk hanya beberapa orang duduk berbincang dan memberi cadangan. Sedangkan yang bertungkus lumus memenangkan parti ialah kami di cawangan cawangan.
Anak anak kami celik maklumat. Mereka membaca berbagai cerita di dalam blog dan setakat ini tiada satupun yang dijawab oleh Perdana Menteri. Diam bermakna benar. Kami diminta untuk berhemah dalam berbelanja sedangkan Perdana Menteri dengan mudah berbelanja untuk sesuatu yang tidak pasti arah tujuannya.
Saya menerima amanah daripada datuk nenek saya, ibu bapa saya untuk terus bersama UMNO. Tapi saya berterus terang saya tidak berani meminta anak anak saya untuk setia bersama UMNO sedangkan saya sendiri mula meragui kemampuannya mentadbir negara.
Saya cuba berlapang dada. Namun kenyataannya pada setiap kali Datuk Seri bercakap tentang kemakmuran dan kemampuan negara, saya sentiasa terfikir kenapa semua harga barangan dan perkhidmatan naik sedangkan harga getah kami di kampung kekal rendah ?
Saya tidak fikir, saya mampu lagi untuk berdepan dengan orang kampung yang susah, anak muda yang menganggur dengan memberikan janji janji yang baru. Saya bimbang saya akan jadi orang tua yang tidak dihormati kerana bercakap perkara yang tidak betul.
Beberapa hari lagi UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agung. Saya sudah dapat bayangkan, ucapan bersemangat Presiden Parti, disusuli sorak sorai perwakilan. Kemudian akan ada perwakilan mengatakan inilah ucapan terbaik Presiden Parti.
Perbahasan selepas itu, akan mengandungi pujian pujian dan lawak jenaka. Akhirnya semua pulang tanpa sebarang keputusan yang padu untuk membina umat Melayu.
Saya mula berasa bimbang kerana dalam hati saya sudah ada keraguan. Saya mula mencari apakah kekuatan DS Najib Razak untuk kita banggakan ? Malangnya sampai sekarang saya tidak menemui apa apa. Bahkan sebaliknya saya mula berasa, DS Najib hanya berjaya berjanji tapi gagal menepati janji.
Saya amat bimbang, jika dalam PRU 13, orang Melayu di kampung telah menangkan UMNO, pada PRU 14, orang Melayu yang berasa tertipu dan terpedaya tidak akan berikan sokongan yang sama.
Kalaulah saya boleh bercakap dengan DS Najib, saya ingin katakan barangkali masanya telah sampai untuk beliau berundur kerana beliau telah gagal dan UMNO perlukan orang yang lebih ' gagah berani' untuk mencapai kejayaan di masa depan. Konsultan dan penasihat penasihat DS Najib lebih teruk dari bebudak tingkat 4 sebelum ini. DS Najib sebenarnye lebih teruk dari PM sebelum dia. DS Najib harus baca rintihan dan suara dari blog blog popular untuk sedar diri dan mengetahui rating dia sebagai PM sekarang ini. DS Najib jangan hanya tertumpu kepada Utusan dan jangan hanya dengar Omar Ong. 
Perletakan jawatan Tun M sebagai penasihat Petronas mesti dilihat sebagai satu indikasi yang serius tentang tahap pemerintahan DS Najib.
Percaya saya, ramai orang Melayu tidak pandai bercakap tetapi semuanya mempunyai perasaan yang sudah semakin meluat dengan kepimpinan negara. Khalayak yang marhain ini sudah mulai muak dengan muka dan retorik PM sekarang.
PM nak jaga semua penasihat dan konsultan dia, jagalah!
Kalau kami rakyat yang setia ini tidak dipeduli, tidak didengari, tidak diendakan maka tunggulah PRU14 ini akan kami pastikan undi kami kepada "syaitan yang telah kami kenali" kerana selama ini, baru kami sedar, kami semua dibohongi oleh "malaikat yang tidak kami kenali"
PK

Saturday, December 14, 2013

Najib berundurlah atau berambus

Najib semakin parah dan Umno semakin jahanam dibawah kepimpinan beliau. Siapa berani nafikan bahawa dengan sikap dan kes-kes yang melibatkan Najib dan Rosmah, Najib sepatutnya berundur . Najib perlu berundur sebelum belantan timbul memukul beliau keluar dari UMNO. Semua kita tahu masalah yang wujud, semua kita tahu bagaimana Najib dan Rosmah berusaha bersungguh-sungguh untuk terus menutup kesalahan mereka, cuba menyembunyikan apa yang telah berlaku.

Adakah kita akan terus melihat Umno jatuh kerana Najib dan sampai bila kita akan bersengkongkol dengan orang yang akan menyebabkan Umno rosak dan terus lenyap. Ini adalah pembunuh sebenar pada Melayu.