- Siapa yang mahu Najib di asak keluar - Muhyiddin, Mahathir atau ahli sendiri yang melihat Najib semakin kotor - mempertahankan SU beliau Shafei Abddullah yang korup dan beliau sendiri yang mempunyai kontroversi dengan isu pembunuhan wanita mongolia Altantuya?
Najib Tun Razak juga akan menerima nasib yang serupa dengan Tun Abdullah Badawi, diasak meninggalkan jawatan beliau lebih awal, mungkin lebih awal dari Tun Abdullah Badawi? Dalam UMNO sudah mula menceritakan bagaimana Najib kini menjadi isu bualan khususnya mengenai penglibatan beliau dalam isu Altantuya dan sekarang ini isu Setiausaha Politik, Shafei Abdullah beliau yang turut dikatakan makan rasuah. Adakah rasuah yang menyelubungi Najib ini akan menjadi kekuatan kepada Muhyiddin Yassin untuk memulakan gerakan bagi mendesak Najib untuk melepaskan jawatan beliau. Sebenarnya Muhyiddin Yassin tidak nampak keberkesanan 1 Malaysia anjuran Najib. Muhyiddin Yassin masih berpegang kepada Ketuanan Melayu sedang Najib – sudah mula bertindak untuk bertentangan dengan konsep itu. Timbalan Perdana Menteri juga menurut sumber yang boleh dipercayai mengatakan bahawa konsep 1 Malaysia ini adalah war called Najib – satu slogan membentuk legenda tetapi tidak ada makna dan pengisian jelas. UMNO sendiri hari ini mempersoalkan tindakan liberalisasi ekonomi yang menjadi salah satu agenda untuk memaknakan 1 Malaysia.
Namun yang penting, hari ini – Najib di serang begitu hebat. Kalangan UMNO juga ada yang mahu memastikan masa depan Najib gelap. Perkara ini bukan satu rahsia kalau kita kaji dengan mendalam. Kita lihat pendedahan Raja Petra dan kegagalan polis dalam menangkap Raja Petra. Kita lihat pendedahan Raja Petra dan kita soalkan – mampukan Raja Petra melakukan perkara ini seorang. Sudah mungkin TIDAK. Adakah pendedahan ini, maklumat yang bocor dan segala bentuk isu yang dimainkan mampu di peroleh oleh Pakatan Rakyat tanpa bantuan mereka dalam kerajaan dan UMNO?
Perang dalam UMNO masih tidak habis lagi. Perebutan masih kuat dan Najib sekarang ini dilihat sebagai kepimpinan yang tidak bersih. Najib teragak-agak dalam membuat keputusan. Masih membela Setiausaha Politik sungguhpun beliau sudah tahu rasuah baik rasuah politik mahupun rasuah korporat yang dilakukan oleh Shafei Abdullah. Namun membela orang-orang sebegini perlu kerana takut orang-orang ini boleh membocorkan rahsia Najib dengan lebih dahsyat lagi. Siapa yang sebenarnya dalam UMNO yang mahu Najib keluar? Alasan mereka Najib penuh dengan kekotoran dan Rosmah juga adalah liabiliti bagi Najib. Najib akhirnya turut menjadi liabiliti kepada UMNO.

1 comment:
Siapa pun dari kalangan pemimpin UMNO yang naik jadi PM akan megalami nasib yang sama kerana matlamat perjuangan UMNO adalah untuk dunia semata-mata....
Rakyat Sejahtera Tanpa UMNO.
Post a Comment