Tuesday, December 29, 2009

UMNO – pembersihan melibatkan Najib?

UMNO – pembersihan melibatkan Najib?

Buatlah apa sahaja perubahan polisi dan lakukan apa sahaja untuk rakyat, selagi diri berbau dan tidak nampak bersih semua itu dikatakan muslihat politik. UMNO dalam delima sekarang ini. Banyak isu yang tidak dapat diselesaikan dan menambah burukkan keadaan dan reputasi UMNO. UMNO perlu diselamatkan demi untuk orang Melayu tetapi kalau orang Melayu sendiri khususnya ahli UMNO tidak mahu menyelamatkan diri maka UMNO akan tersungkur, ditalkinkan dan Melayu akan jadi hamba di negara sendiri.

Najib sendiri hari ini menjadi di lantik menjadi Perdana Menteri yang mempunyai banyak misteri. Dari Altantuya hinggalah kepada kes Rosmah dan akhirnya jet pejuang yang hilang yang mana Najib sewaktu itu Menteri Pertahanan. Najib sekarang sudah tersepit. Nama sudah tidak lagi bersih dan mungkin tidak lama lagi menjadi liabiliti kepada UMNO. UMNO tidak nampak bersih, nampak menipu dan mempergunakan kuasa untuk kepentingan diri, habis macam mana nak dekati rakyat. Najib sendiri sekarang ini dinampakkan bermasalah dan kalau beliau buat kerja untuk rakyat pun ia akan tetapi dikatakan muslihat politik. Begitulah buruknya UMNO. Begitulah hakikatnya UMNO.

Patutkan kita biarkan perkara itu – sebab individu menjadikan UMNO hancur lebur, berkecai seperti mana Altantuya di bom. Macam mana nak percaya sekiranya kes-kes besar tidak dapat diselesaikan. Kita baca www.themalaysianinsider.com – mereka tulis kekecewaan besar abad ini ialah Pak Lah jadi Perdana Menteri dan yang memalukan untuk abad ini adalah perebutan Perak – menunjukkan UMNO terdesak. Semua ini mempengaruhi rakyat. Namun banyak lagi yang boleh dilabel – memalukan tahun ini – isu kematian Teoh Beng Hock, memalukan tahun ini – pengakuan Balasubramaniam dengan pendedahan penglibatan adik Najib untuk merasuah beliau menutup kes penglibatan Najib dengan Altantuya, memalukan tahun ini adalah kehilangan enjin jet pejuang. Semua ini memalukan dan nama Najib hadir dalam semua kes kecuali kes Teoh Beng Hock.

UMNO nak cakap apa lagi. UMNO kena mula duduk berbincang sesama di peringkat bahagian – kaji semula bukan duduk fikir bagaimana nak tendang orang itu dan ini untuk cari jawatan. UMNO perlu cari jalan bagaimana nak berdepan dengan rakyat dan menguatkan diri dengan perubahan kritikal bukan kosmetik. UMNO perlu sedar bahawa kehadiran mereka penting tetapi kalau segelintir kepimpinan gagal tetapi tidak ada tindakan ke atas mereka maka UMNO turut akan gagal.

Kalau itu berlaku – kalau UMNO terus di cemuh maka UMNO akan PASTI HILANG dalam PRU 13 nanti.

Thursday, December 17, 2009

Tian: RM600,000 dikirim buat Rosmah di Dubai

Arghhhh tension betul.... Rosmah...Rosmah... apa lagi ni....

Ahli parlimen PKR Tian Chua mendakwa individu yang tidak dikenal pasti telah menghantar RM600,000 melalui pengurup wang kepada Datin Seri Rosmah Mansor ketika isteri perdana menteri berada di Dubai, Ogos tahun lalu.

Tian Chua berkata, beliau mempunyai dokumen yang membuktikan berlakunya transaksi yang melanggar undang-undang tersebut.

Beliau bagaimanapun, tidak tahu tujuan wang itu digunakan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini, Tian juga mendakwa bahawa dua tokoh korporat melakukan kesalahan yang sama.

Beliau mendakwa Datuk Abu Sahid Mohamad telah menghantar RM22.2 juta ke United Kingdom antara Jun dan Ogos 2008, melalui pengurup wang Salamath Ali. Ia didakwa untuk membeli hartanah.

Tian juga mendakwa ahli perniagaan Syed Mohammad Syed Nursin pula menghantar RM1.19 juta ke UK melalui Salamath Ali, juga untuk tujuan membeli hartanah.

Syed Mohammed adalah adik kepada jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Tian berkata, beliau mempunyai salinan surat tunjuk sebab yang dihantar oleh Bank Negara kepada pengurup tersebut, memintanya menjelaskan mengenai pengiriman wang secara haram itu.

Ahli parlimen Batu menggesa Bank Negara supaya menyiasat orang yang menghantar wang tersebut dan bukan hanya memfokuskan siasatan kepada pengurup terbabit sahaja.

Tuesday, December 15, 2009

SETPOL Najib - Shafei patut di gantung jawatan!


MP Wee Choo Keong menggesa agar Shafei Abdullah digantung jawatan bagi tidak mencemarkan kedudukan Perdana Menteri Malaysia. Penubuhan satu jawatankuasa bagi menyiasat tindakan kasar Shafei Abdullah di parlimen ke atas Wee Choo Keong menunjukkan dengan jelas bahawa ada kes - prima facie terhadap beliau. Untuk makluman juga kes rasuah politik Shafei Abdullah juga telah dilaporkan kepada polis dan sehingga hari ini, masih tidak disiasat dengan sempurna. Beberapa kes lain juga telah dilaporkan oleh Harakah mengenai rasuah Shafei Abdullah dan tindakan membiarkan kes ini tidak disiasat akan hanya memburukkan Perdana Menteri Malaysia.


Harakah turut dalam keluaran lepas menunjukkan beberapa kes yang melibatkan Shafei Abdullah. www.selamatkanumno@blogspot.com juga menuntut agar Shafei Abdullah ini di gantung kerana ianya melibatkan persepsi orang kelak terhadap PM kita.

Wednesday, December 9, 2009

Najib minum arak secara terbuka? Peluru untuk pembangkang

Lihat gambar diatas? Apakah yang anda dapat saksikan? Gambar diatas diambil oleh Bernama sempena lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Thailand bertemu dengan Perdana Menteri Thailand, Abhisit.

Persoalannya, mengapakah Najib membenarkan gambar seperti ini disiarkan oleh Bernama? Bukankah ini akan menjadi peluru bagi parti pembangkang terutamanya PAS? UMNO tidak boleh biarkan gambar-gambar sebegini dijadikan peluru oleh parti pembangkang untuk menjatuhkan kita.

Fikir-fikirkanlah.

Tuesday, December 8, 2009

Parlimen siasat setpol Najib

dari malaysiakini.com
Rahmah Ghazali
Dis 8, 09
3:10pm

Parlimen hari ini bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk menyiasat dakwaan seorang ahli parlimen PKR bahawa beliau "dihalang" setiausaha politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di dewan itu semalam.

Penubuhan jawatankuasa khas itu dibuat ekoran usul tergempar Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju), yang menggesa supaya tindakan diambil terhadap Datuk Shafie Abdullah kerana mengganggunya.

Bercakap kepada pemberita selepas usul itu diluluskan, Wee berkata, beliau telah didatangi setiausaha politik perdana menteri di lobi Parlimen sejurus selepas beliau membangkitkan isu yang membabitkan individu berkenaan dalam satu perbahasan.

Semalam, Wee mendakwa Shafie campur tangan dalam pelbagai keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan menyifatkanya sebagai "menteri de facto Wilayah Persekutuan".

"Selepas berbahasan tersebut, saya keluar dan menemui beberapa pegawai Wilayah Persekutuan apabila tiba-tiba seorang lelaki mendekati saya," kata Wee, sambil berkata lelaki itu kelihatan marah dan bersikap biadap terhadapnya.

Katanya, lelaki berkenaan bertanya mengapa namanya dibangkit dalam persidangan Dewan Rakyat.

Wee berkata pada mulanya dia tidak mengenali lelaki itu sehinggalah selepas dia melihat tanda nama yang dipakainya.

Sunday, December 6, 2009

KERETA MEWAH BUAT ARTIS LELAKI, SIAPA MENTERI KANAN !


Ribut dan kalut ! Tabloid Suara Keadilan mendedahkan ada Menteri Kanan yang telah menghadiahkan kereta mewah kepada seorang artis lelaki. Menteri Kanan juga seorang lelaki dikatakan memberi kereta mewah tersebut dan ini menimbulkan banyak spekulasi. www.selamatkanumno.blogspot.com turut bertanya kepada kawan-kawan media siapa Menteri Kanan itu dan siapa artis terbabit.


TERKEJUT – menurut rakan media – Menteri Kanan itu adalah Menteri Dalam Negeri – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan artis itu adalah Anuar Zain kata rakan media. Alamat – kita tidak mahu meneruskan spekulasi ini dan meminta Menteri Kanan tersebut menafikan secepat mungkin sebelum PKR meneruskan spekulasi tersebut. Tindakan ini perlu dilakukan segera agar spekulasi itu tidak merosakkan Umno tambahan ini melibatkan Menteri Kanan – saudara Perdana Menteri – dah la Perdana Menteri penuh dengan spekulasi dan tuduhan penglibatan dengan kes Altantuya, SU Politiknya dengan rasuah, rakan baiknya Razak baru terbebas dari tuduhan membunuh, ini saudaranya pula dikatakan terlibat dengan skandal bagi Anuar Zain kereta mewah.

Thursday, December 3, 2009

Jangan sampai UMNO busuk sehingga ke USUS

Laporan Polis terhadap Balasubramanian dan Najib Tun Razak , SU Najib Shafei Abdullah, MB Negeri Sembilan. selamatkanumno@blogspot.com memetik gambar ini dari www.nnora75reform@blogspot.com. Kita perlu membersihkan UMNO sehingga ke akar umbi. Sekiranya ini tidak dilakukan maka UMNO akan selamanya rosak macam kata Dr Mahathir - "UMNO busuk sampai ke usus" Polis siasatlah, kalau mereka ini buruk - keluarkanlah dari sirkulasi UMNO. Najib juga perlu membersihkan diri - SU politik dia yang korup juga perlu di buang kalau terbukti. Jangan ada pendakwaan berpilih-pilih.






Tengok Najib, Teringat Altantuya!! Tengok Altantuya Teringat Muka Najib...

Ketika akhbar-akhbar luar negara yang menyiarkan artikel-artikel yang membangkitkan persoalan yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan komisen besar yang diberikan oleh syarikat Perancis, Armaris, kepada sebuah syarikat Malaysia, suami Datin Seri Rosmah Mansor itu mendiamkan diri.

Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Najib membersihkan namanya. Sambil menjangkakan media asing akan terus memburukkan Najib, Dr Mahathir berkata, apa yang lebih penting ialah apa yang difikirkan oleh rakyat Malaysia.

"Dengan merekalah Najib perlumembersihkan namanya," kata beliau.

Walaupun taikonya sendiri yang menasihatkan beliau membersihkan namanya, Najib diam. Nampaknya berkesan strategi beliau.

Selain Dr Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah juga menggesa Najib membersihkan namanya.

Razaleigh mengambil contoh tindakannya menyaman beberapa media asing yang mengaitkan beliau dengan beliau dengan skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF).

Tindakan undang-undang tersebut dibuat di negara dimana akhbar-akhbar tersebut diterbitkan, kata Razaleigh.

Beliau menang kesemua kes samannya, akhbar-akhbar berkenaan menyiarkan permohonan maaf malah beliau mendapat ganti rugi.

Walaupun Tengku Razaleigh memberikan contoh yang boleh diteladani oleh Najib, suami Rosmah itu tetap buat bodoh ja. Dia tak layan sikit pun. Nampaknya berkesan strategi membatu itu.

Kini, sejak 16 November lalu, Malaysia Today menyiarkan temubual dengan penyiasat persendirian P Balasubramaniam (Bahagian 1, 2, 3, 4 dan 5).

Apa yang menarik, Balasubramaniam memberitahu bahawa akuan bersumpahnya yang mengaitkan Najib dan Altantuya pada 3 Julai 2008 adalah benar dan dibuat tanpa paksaan manakala akuan bersumpah yang konon dibuat olehnya untuk menafikan akuan bersumpah pada 3 Julai itu dibuat dengan paksaan kerana keselamatan keluarganya terancam.

Malah, penyiasat persendirian itu mendedahkan bahawa beliau tidak pun membaca akuan bersumpah keduanya yang menafikan akuan bersumpah yang pertama itu dan beliau dipaksa untuk menandatanganinya.

Dalam akuan bersumpahnya 3 Julai 2008 itu, Balasubramaniam mendakwa Najib memberitahu Abdul Razak Abdullah Baginda bahawa beliau pernah melakukan hubungan seks dengan Altantuya.

Beliau juga mendakwa bahawa Najib meminta Abdul Razak menjaga Altantuya agar wanita itu tidak mengacaunya.

Najib, Abdul Razak dan Altantuya, dakwanya lagi, pernah makan malam bersama di Paris.

Balasubramaniam juga mendakwa, Altantuya menuntut wang komisyen sebanyak US$500,000 daripadanya berhubung pembelian kapal selam Malaysia di Perancis.

Bagai biasa, Najib dan keluarganya terus mendiamkan diri dengan pendedahan terbaru Balasubramaniam. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub kata, Najib kelihatan begitu overconfident dengan strategi beliau mendiamkan diri.

Saya tidak boleh tuduh Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Tetapi, yang menjadi persoalan ialah kelaku Najib yang begitu pelik dan mencurigakan dalam menghadapi isu Altantuya. Kelaku seperti itulah yang menyebabkan orang teringat Altantuya setiap kali melihat muka atau berita Najib atau Rosmah keluar dalam media.

Orang boleh menyiarkan berita Najib dan Rosmah mengenai perkara apa sekalipun, politik, ekonomi, Permata. Buatlah berita apa pun mengenai mereka berdua. Tetapi bila orang tengok muka Najib dan Rosmah, orang teringat Altantuya. Bila orang tengok muka Altantuya, orang teringat Najib dan Rosmah.

Persoalannya, adakah Najib akan membersihkan namanya? Adakah Najib dan Rosmah boleh membebaskan diri mereka dari hilai dan seringai hantu Altantuya?

Jalan mudah ialah dengan mencincang sepuas hati personaliti dan kredibiliti Balasubramaniam dan Raja Petra Kamarudin yang tak habis-habis mengungkit isu pembunuhan Altantuya. Selepas itu, hiburkan hati dengan keyakinan bahawa masalah dah selesai.

Masalahnya, betulkah masalah dah selesai dan rakyat melihat Najib dan Rosmah bersih dari percikan darah Altantuya? Betulkah Balasubramaniam dan Raja Petra yang jahat manakala Najib dan Rosmah adalah orang baik-baik yang teraniaya dengan isu pembunuhan kejam Altantuya?

Keterangan Balasubramaniam dalam temubual itu begitu grafik. Adakah Najib dan Rosmah boleh tampil dengan keterangan melampaui keraguan yang berasas bahawa mereka tidak terlibat dengan pembunuhan Altantuya?

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin yang pernah ditendang telurnya oleh seorang pengedar Harakah di lokap Dang Wangi mungkin boleh membantu untuk membuktikan keterangan Balasubramaniam itu bohong dan dusta.

Tunggu apa lagi, bah? Ini peluang kau nak naik pangkat!

Berkaitan:
Penyiasat dedah nama adik Najib (Malaysiakini 20/11/09)

Menarik:
Sebab Ke-6 dia terlupa nyatakan (Al Husseyn 20/11/09)

Monday, November 30, 2009

Selamatkan UMNO – Najib kini mula di asak

  • Siapa yang mahu Najib di asak keluar - Muhyiddin, Mahathir atau ahli sendiri yang melihat Najib semakin kotor - mempertahankan SU beliau Shafei Abddullah yang korup dan beliau sendiri yang mempunyai kontroversi dengan isu pembunuhan wanita mongolia Altantuya?

Najib Tun Razak juga akan menerima nasib yang serupa dengan Tun Abdullah Badawi, diasak meninggalkan jawatan beliau lebih awal, mungkin lebih awal dari Tun Abdullah Badawi? Dalam UMNO sudah mula menceritakan bagaimana Najib kini menjadi isu bualan khususnya mengenai penglibatan beliau dalam isu Altantuya dan sekarang ini isu Setiausaha Politik, Shafei Abdullah beliau yang turut dikatakan makan rasuah. Adakah rasuah yang menyelubungi Najib ini akan menjadi kekuatan kepada Muhyiddin Yassin untuk memulakan gerakan bagi mendesak Najib untuk melepaskan jawatan beliau. Sebenarnya Muhyiddin Yassin tidak nampak keberkesanan 1 Malaysia anjuran Najib. Muhyiddin Yassin masih berpegang kepada Ketuanan Melayu sedang Najib – sudah mula bertindak untuk bertentangan dengan konsep itu. Timbalan Perdana Menteri juga menurut sumber yang boleh dipercayai mengatakan bahawa konsep 1 Malaysia ini adalah war called Najib – satu slogan membentuk legenda tetapi tidak ada makna dan pengisian jelas. UMNO sendiri hari ini mempersoalkan tindakan liberalisasi ekonomi yang menjadi salah satu agenda untuk memaknakan 1 Malaysia.

Namun yang penting, hari ini – Najib di serang begitu hebat. Kalangan UMNO juga ada yang mahu memastikan masa depan Najib gelap. Perkara ini bukan satu rahsia kalau kita kaji dengan mendalam. Kita lihat pendedahan Raja Petra dan kegagalan polis dalam menangkap Raja Petra. Kita lihat pendedahan Raja Petra dan kita soalkan – mampukan Raja Petra melakukan perkara ini seorang. Sudah mungkin TIDAK. Adakah pendedahan ini, maklumat yang bocor dan segala bentuk isu yang dimainkan mampu di peroleh oleh Pakatan Rakyat tanpa bantuan mereka dalam kerajaan dan UMNO?

Perang dalam UMNO masih tidak habis lagi. Perebutan masih kuat dan Najib sekarang ini dilihat sebagai kepimpinan yang tidak bersih. Najib teragak-agak dalam membuat keputusan. Masih membela Setiausaha Politik sungguhpun beliau sudah tahu rasuah baik rasuah politik mahupun rasuah korporat yang dilakukan oleh Shafei Abdullah. Namun membela orang-orang sebegini perlu kerana takut orang-orang ini boleh membocorkan rahsia Najib dengan lebih dahsyat lagi. Siapa yang sebenarnya dalam UMNO yang mahu Najib keluar? Alasan mereka Najib penuh dengan kekotoran dan Rosmah juga adalah liabiliti bagi Najib. Najib akhirnya turut menjadi liabiliti kepada UMNO.

Monday, November 23, 2009

Shafei Abdullah - Najib penyelamat

Tuduhan mengenai Datuk Shafei Abdullah SU Politik Najib

Laporan dalam blog YB Wee Choo Keong mengenai tuduhan Datuk Shafei Abdullah yang terbabit dalam isu Up Town Danau Kota Menteri Wilayah tidak menjawab soalan itu -

Jawapan Menteri:

Menteri enggan menjawab soalan/isu ini. Saya terus berdiri meminta beliau menjawab. Beliau masih enggan menjawab dan cuba meminda kepada isu yang lain. Saya terus berdiri menekankan bahawa Menteri perlu menjawab isu ini. Menteri terpaksa menjawab bahawa Datuk Shafie tidak mencampuri tangan dalam pentadbiran DBKL. Saya mencelah dan memberi contoh mengenai dengan gerai makan Restoran Rashatini di mana gerai tersebut telah melarang udang-undang DBKl dan Kerajaan Persekutuan kerana ia menduduki di atas kaki lima dan DBKL telah bersetuju untuk mengambil tindak untuk merobohkan gerai tersebut. Selepas campur tangan Datuk Shafie Abdullah DBKL tidak berani mengambil tindakan. Saya terpaksa memberitahu Dewan yang Mulia bahawa saya telah dimaklumkan perkara campur tangan Datuk Shafie oleh Datuk Amin, Timbalan Ketua Pengarah DBKL.

Nota: saya akan memberi jawapan Menteri yang terperinci selepas saya menerima Hansard di Parlimen.

Namun dalam membuat tuduhan tersebut – MP Wangsa Maju itu tidak membuat sebarang laporan polis mengenai tuduhan – sama ada SU Politik itu melakukan rasuah atau tidak. Setakat ini juga SPRM masih tidak juga bertindak untuk menyiasat isu ini. Namun umum tahu bahawa Najib adalah orang yang menghalang dari Shafei Abdullah - SU POLITIKNYA dari terus di siasat. Najib dalam usaha kononnya mahu membersihkan UMNO dari rasuah masih kekal menyelamatkan kronis nya yang melakukan rasuah. Bagaimana mahu membersihkan UMNO - selamatkan UMNO segera!

Sunday, November 22, 2009

Adik ipar Rosmah ada 30 juta saham CiMB ?

Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 23 Nov: Adik kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Nazir Tun Razak bersama isterinya, Datin Seri Azalina Aziz didakwa menguasai saham CiMB bernilai RM30 juta.

Menurut Naib Presiden PKR, Badrul Hisham Shaharin di dalam blognya, http://chegubard.blogspot.com, Nazir memiliki 28,253,261 unit saham berdasarkan Laporan Audit CiMB 2008, halaman 69.

Manakala, Azalina pula memiliki 400,000 unit saham berdasarkan laporan yang sama, di halaman 71.

Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard menjelaskan bahawa jumlah pemilikan saham Nazir dan Azalina tersebut tidak termasuk saham yang dilupuskan atau dijual pada tahun yang sama.

Dianggarkan Nazir-Azalina telah menjual sejumlah saham CiMB pada tahun 2008 bernilai lebih RM1 juta.

Badrul yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak Nazir-Azalina membuat penjelasan atas pemilikan saham CiMB secara misteri tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, beberapa media antarabangsa melaporkan Presiden AS Barrack Obama sendiri sebelum ini menghubungi PM Datuk Seri Najib Tun Razak secara langsung berhubung kes terbabit.

Dua media rasmi Korea berbahasa Inggeris melaporkan Obama memberi amaran kepada Najib, yang dipercayai ada kaitan secara tidak langsung dengan CiMB sendiri.

Kedua-dua media terbabit mendedahkan bagaimana Obama meminta Najib menjelaskan soal keterlibatan bank tertentu Malaysia dalam transaksi senjata dengan Kerajaan Komunis Korea Utara dan Kerajaan Junta Myanmar.

Ianya sekaligus membolehkan AS serta beberapa negara yang anti kedua-dua kerajaan komunis tersebut bersikap dingin dengan Malaysia.

Selagi Nazir-Azalina tidak menjelaskan tentang pemilikan saham CiMB yang misteri itu tegasnya, selagi itulah Najib tidak berupaya menjernihkan hubungan diplomat.

Friday, November 20, 2009

Penyiasat dedah nama adik Najib

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam menyebut nama adik perdana menteri dengan tindakannya menarik balik akuan bersumpah mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan kes Altantuya Shaariibuu.

Pendedahan nama Datuk Mohamed Nazim Razak dibuat dalam bahagian akhir wawancara bekas anggota polis Cawangan Khas itu - yang pernah bertugas dengan Abdul Razak Abdullah Baginda, kenalan rapat Najib - dalam laman web Malaysia Today hari ini.

Sebelumnya, dalam empat bahagian awal tembual tersebut, Balasubramaniam hanya menyebut adik perdana menteri dengan gelaran "seorang Datuk VIP" yang ditemui di The Curve, Damansara pada malam selepas membuat pendedahan menggemparkan itu.

"Beliau di sana bersama isterinya yang sedang sarat mengandung. Walaupun saya tidak bercakap dengannya (wanita itu), saya mengenalinya sebagai seorang personaliti TV.

"Saya rasa beliau (isteri) pernah menjadi pengacara rancangan Nona (di TV3)," Balasubramaniam dipetik berkata.

Penyiasat persendrian itu menggemparkan negara pada 3 Julai tahun lalu apabila muncul di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya dan mengumumkan akuan bersumpahnya yang mengaitkan Najib, waktu itu timbalan perdana menteri, dengan wanita Mongolia itu yang mati dalam pembunuhan luar biasa.

Keesokannya, 4 Julai tahun lalu, beliau menarik balik kenyataan dalam akuan sumpah awal melalui akuan kedua di sidang media yang diadakan secara tergesa-gesa dan kelam-kabut sebelum menghilangkan diri secara misteri di luar negara.

Dalam bahagian kelima wawancara ini, beliau turut mendakwa ahli perniagaan permaidani yang dikenali Deepak, orang tengah yang terlibat dalam perancangan membawanya ke luar negara, memberitahunya isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor gembira dengan tindakannya membuat penafian pembabitan Najib-Altantuya dan "ingin bersarapan dengannya".

Najib menafikan pembabitannya dengan wanita tersebut, sementara Abdul Razak pula dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat membunuhnya.

wajah - wajah Najib dan rosmah

Gambar dari media arus perdana ! digunakan sepenuhnya untuk membina imej
keratan buku lama gambar Najib dan isteri yang diceraikan dan difitnah ada penyakit gila babi untuk membolehkan dia kahwin dengan Rosmah yang juga bercerai dengan suaminya.
acara penyembahan semasa rumah terbuka deepavali
menari poco - poco dalam rumah terbuka raya wanita aumno

langgar keputusan majlis fatwa yang haramkan letak bunga di tugu
Letak kalungan bunga di Tugu Peringatan HARAM – JAKIM

Haram Letak Kalungan Bunga Di Tugu Peringatan Negara
http://mufti.perak.gov.my/isu/tugu_kenangan.pdf

Tajuk : Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=371

“Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”

http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=428

Berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syara’ dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di dalam larangan firman Allah, surah al Maidah ayat 90 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-ansab(menyembah berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”.

http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=608

Bahawa haram tiupan dan bertafakur dengan menundukan kepala kepala selama 20 saat dengan meletakan kalung bunga ditugu, bacaan sajak yang boleh menimbulkkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak dilakukan dihadapan tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh syarak kerana semua ini adalah upacara agama juga.





Friday, November 13, 2009

Bala hadir semula membawa bala

Penyiasat Persendirian, Balasubramaniam a/l Perumal tampil dalam satu klip video untuk mendedahkan bahawa dirinya telah ditawarkan RM5 juta oleh seorang peniaga bernama Deepak, agar menarik balik akuan sumpahnya yang mengaitkan Najib Abdul Razak dengan kes pembunuhan Altantuya.

Klip video ini disiarkan dalam Malaysia Today hari ini, dengan sarikata yang menyatakan bahawa Deepak ialah pengarah (director) Carpet Raya, sebuah syarikat yang dilaporkan berpendapatan RM122 juta. Syarikat tersebut dikatakan mendaftarkan alamatnya di Dataran Palma Ampang, Selangor, sementara pejabatnya beralamat di Mahkota Taman Maluri.

Malah, sari kata yang terpampang dalam klip video ini cuba mengaitkan Deepak dengan Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri. Balasubramaniam mendakwa bahawa Deepak datang berjumpa dengannya, selepas dirinya mengumumkan akuan sumpah pertamanya pada 3 Julai 2008.

Menurut Balasubramaniam, Deepak mahu Balasubramaniam menarik balik akuan sumpahnya. Malah, Deepak suruh Balasubramaniam mengikutnya ke Putrajaya, namun tidak menyebut siapa yang mahu Balasubramaniam ke Putrajaya. Seterusnya, Deepak menawarkan RM 5 juta untuk Balasubramaniam supaya menarik balik akuan sumpahnya.

Balasubramaniam (gambar kanan) ialah penyiasat persendirian yang diupah oleh Abd Razak Baginda, tertuduh yang ketiga dalam kes pembunuhan seorang wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Balasubramaniam telah membuat akuan sumpah pada 1 Julai 2008, mendedahkannya kemudian pada 3 Julai, dengan kandungan yang menggemparkan apabila mengaitkan Timbalan PM ketika itu (PM sekarang), Najib Razak dengan Altantuya.

Walau bagaimanapun, Balasubramaniam membuat akuan bersumpahnya yang kedua pada 4 Julai 2008, secara dramatiknya menarik balik tujuh perkara dalam akuan sumpah pertama yang berhubung kait dengan Najib Razak. Apa yang lebih mengejutkan, Balasubramaniam telah hilang bersama keluarganya selepas itu.

Abdul Razak Baginda yang selama ini dilihat sebagai orang rapat Najib Razak, dituduh bersubahat dalam kes pembunuhan Altantuya. Walau bagaimanapun, beliau dibebaskan setelah didapati tidak bersalah oleh mahkamah pada 31 Oktober 2008.

Najib Razak, Perdana Menteri ke-6 dipertikaikan oleh pembangkang ketika membincangkan kes pembunuhan Altantuya. Walau bagaimanapun, beliau pernah bersumpah dan mendakwa dirinya tidak mengenali Altantuya. Isterinya, Rosmah Mansor, juga berkali-kali menafikan bahawa dirinya terlibat dalam kes ini, malah menganggap tuduhan tersebut berunsur fitnah.

klik http://www.youtube.com/watch?v=GN7qsSQoRBY untuk menonton video tersebut

menurut satu sumber lagi Bala muncul semula kerana amaun wang dijanjikan gagal diperolehi.???

Masih Ingat tentang Cerita Si Penjual Permaidani (Carpetman) merangkap Tukang Catut (Bagman) merangkap Jantan Jalang (Toyboy)?

Deepak Jaikishan ditugaskan untuk memastikan bahawa bekas pegawai polis yang juga penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam terus berdiam diri. Adakah anda masih ingat pada Bala? Dialah individu yang menandatangani Akuan Bersumpah yang mengaitkan Najib Tun Razak dengan Altantuya Shaariibuu.....

Adakah masih ingat pada cerita yang kami terbitkan pada 8 Oktober 2009, dengan judul “The Carpetman who is Rosmah’s Bagman and much more?” Nah, jika anda dah lupa, berikut adalah butirannya:

Saya bertemu dengan Carpetman lebih daripada setahun yang lalu. Dia meminta untuk bertemu melalui seorang kenalan. Ini kerana dia bimbang apabila mendapat tahu bahawa saya akan mendedahkan bahawa dia sebenarnya adalah Bagman untuk Rosmah. Tapi bukan fasal tu dia menggelabah. Sebenarnya, dia mula naik risau kerana pendedahan yang akan saya lakukan bukan hanya menyabitkannya sebagai Tukang Catut, tetapi juga Jantan Jalang si Rosmah. Hubungan saya dengan Rosmah hanya hubungan niaga biasa, kata Si Penjual Permaidani. Saya tak pernah tidur dengan Rosmah. Jadi, tolong jangan dedahkan kepada umum bahawa saya adalah Jantan Jalang Rosmah. Gambaran yang ingin Si Penjual Permaidani wujudkan adalah bahawa hubungannya dengan Rosmah hanya setakat di bilik mesyuarat dan tidak sampai ke bilik tidur. Tetapi lain pula kata Mumtaz Jaafar. Eh, siapa pula Mumtaz Jaafar? Ah, kalau saya mula bercerita tentangnya, maka saya juga perlu menceritakan tentang hubungannya dengan Saiful, iaitu orang yang menuduh bahawa Anwar Ibrahim meliwatnya. Kalau saya mula cakap fasal tu, maka saya terpaksa pula menyentuh tentang pertuduhan Liwat 2 pula. Jadi, tak payahlah kita panjangkan cerita. Mari kita kembali ke kisah Si Penjual Permaidani, iaitu Tukang Catut dan juga Jantan Jalang Rosmah. Seluruh negara hanya menumpukan perhatian pada hubungan luar nikah Najib Tun Razak. Ni dah jadi berita basi yang semua orang dah tahu. Semua orang tahu tentang Najib yang ditangkap khalwat dengan Ziana Zain di dalam sebuah bilik hotel di Port Dickson. Bahkan, Isa Samad mempunyai foto Najib yang hanya memakai tuala, sementara si Ziana bersenang-lenang di atas katil. Isa menyerahkan foto itu kepada Perdana Menteri pada masa itu, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad (inilah sebabnya Mahathir tidak faham mengapa Najib memilih Isa sebagai calon BN bagi pilihanraya kecil Bagan Pinang. Takkan dia dah lupa bahawa Isa pernah cuba menjatuhkannya dengan menggunakan foto tu?). Okey, mari kita kembali ke topik asal. Seperti yang saya katakan tadi, semua orang tahu tentang hubungan luar nikah Najib. Tetapi ramaikah yang tahu bahawa Rosmah cukup berkenan dengan pemuda ala Bollywood? Nak jadi datuk? Senang saja. Kalau mereka menurut segala kehendaknya, maka gelaran datuk memang dalam tangan. Kalau anda nak tahu, si Si Penjual Permaidani ni jauh lebih tampan daripada Shahrukh Khan (eh, tapi sekarang dah jadi Datuk Shahrukh Khan, bukan?) – malah lebih muda. Sebenarnya, dah lebih daripada setahun saya mendiamkan saja cerita ni. Tetapi masa sudah tiba untuk ia didedahkan. Tetapi selain itu, ada perkara lain yang juga perlu didedahkan. Ish… ish… Deepak Si Penjual Permaidani ni memang nakal. Tetapi dia nakal pun nakal bersebab. Semua ‘kenakalannya’ adalah atas perintah Rosmah. Peranan Carpetman dan ‘khidmatnya’ pada Rosmah akan didedahkan sedikit demi sedikit. Hari ini bukan masanya untuk kami berbuat demikian. Jadi nantikanlah episod seterusnya alkisah Si Penjual Permaidani merangkap Tukang Catut merangkap Jantan Jalang perempuan yang syok sendiri sebagai Wanita Pertama Malaysia.

(Anda boleh baca dengan lebih lanjut di sini).

Okey, dengan mukadimah di atas, maka tibalah masanya untuk kita meneruskan hikayat Deepak Jaikishan, iaitu Si Penjual Permaidani merangkap Tukang Catut merangkap Jantan Jalang ‘Wanita Pertama’. Kami akan mendedahkan tentang kenakalannya. Ah, cukup nakal.

Deepak Jaikishan ditugaskan untuk memastikan bahawa bekas pegawai polis yang juga penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam terus berdiam diri. Adakah anda masih ingat pada Bala? Dialah individu yang menandatangani Akuan Bersumpah yang mengaitkan Najib Tun Razak dengan Altantuya Shaariibuu.

Beberapa jam selepas Bala mendedahkan Akuan Bersumpahnya semasa sidang akhbar pada 3 Julai 2008, dia terus hilang. Keesokan harinya, dia memfailkan Akuan Bersumpah kedua yang bercanggah dengan Akuan Bersumpahnya yang pertama. Kemudian, dia sekali lagi hilang… hilang tanpa meninggalkan kesan.

(Baca PI Bala missing, says nephew, dalam The Star, 5 Julai 2008).

Sebenarnya, saya juga telah pergi ke Rawang untuk bertemu dengan anak saudara Bala, iaitu R. Kumaresan, sebagaimana yang dinyatakan dalam laporan di atas.

Ramai yang tidak tahu bahawa ketika Bala sedang mengadakan sidang akhbar sejurus sebelum makan tengah hari pada 3 Julai 2008, beberapa orang anggota keselamatan sudah pun berada di depan rumahnya di Rawang. Mereka kemudiannya menculik keluarganya.

Ketika Bala sedang makan tengah hari, seorang individu yang bernama ASP Suresh menelefonnya dan ingin berjumpa dengannya. Bala juga diberitahu bahawa jika dia enggan untuk berjumpa, keselamatan keluarganya menjadi taruhan. Sebenarnya, pada masa tu, Bala sedang makan tengah hari bersama dengan saya. Jadi, saya tahu apa yang sedang berlaku, terutamanya apabila wajahnya tiba-tiba pucat dan dia mulai panik. Mereka juga memutuskan untuk menjerat saya kerana mereka tahu bahawa saya pun tahu tentang peristiwa tersebut.

Selepas Bala memfailkan Akuan Bersumpahnya yang kedua (yang bercanggah dengan Akuan Bersumpah yang pertama), mereka terus melarikannya ke luar negara dan menyembunyikannya di India. Bagi memastikan Bala tidak membocorkan rahsia, maka Deepak membayar RM50,000 sebulan kepadanya.

Bala tiiada pilihan lain. Pilihlah yang mana satu ‘idaman hati’: RM50,000 sebulan dan ‘bersara’ di India ataupun mengalami nasib yang sama seperti Altantuya? Malah dia juga perlu memikirkan tentang keluarganya – jadi, lebih baik ambil wang daripada terpaksa makan C4.

Selepas semua ‘urusan’ diselesaikan, Deepak menyangka bahawa dia dan ‘Wanita Pertama' dapat hidup bahagia buat selama-lamanya tanpa sebarang masalah.

Sebenarnya, Bala hanya menunggu saat yang paling sesuai untuk pulang paku buah keras. Dia kini mula melawan tauke bagi mendedahkan tentang apa yang sebenarnya berlaku sejak saat dia menandatangani Akuan Bersumpah pertama, diikuti dengan Akuan Bersumpahnya yang kedua, 16 bulan yang lalu.

Hari ini, kami hanya akan mendedahkan sebahagian kecil dari apa yang telah didedahkan oleh Bala. Ya, sebahagian kecil sahaja. Terdapat banyak lagi perkara yang akan didedahkan dalam tempoh sebulan ini; semuanya begitu menghancurkan.

Buat masa ini, biarlah Seri Perdana berdebar-debar. Takkan kita nak biarkan dia orang tidur lena? Selepas kami selesai mendedahkan segala-galanya, maka takkan ada seorang pun rakyat Malaysia yang akan ragu-ragu tentang penglibatan Najib dengan Altantuya.

Sebagai ‘pembuka selera’, lihatlah salinan cek di bawah, yang menunjukkan bayaran yang dilakukan oleh Deepak kepada Bala. Jika Bala menandatangani Akuan Bersumpah yang palsu, seperti yang mereka dakwa, lalu mengapa Bala perlu disembunyikan di India, bahkan dibayar RM50,000 sebulan?

Mana tidaknya… sebenarnya, Akuan Bersumpah pertama Bala adalah benar. Disebabkan itulah Bala perlu ‘dihilangkan’ dari Malaysia.

Ya, tak lama lagi, Si Penjual Permaidani merangkap Tukang Catut merangkap Jantan Jalang akan menghadapi masalah yang cukup besar. Jadi, nantikan pendedahan yang seterusnya, yang mana kami akan terus menconteng arang ke muka petualang.

Tidurlah wahai Putrajayaku sayang, di mana jua kau berada.





Original Post: http://malaysia-today.net

Wednesday, November 11, 2009

SU NAJIB -dikatakan RASUAH

Datuk Shafie Abdullah - Mr Politcal Toll - nama gelarannya
komen kami - selamatkan umno !!!!!

Teks Ucapan Debat Bajet oleh YB Wee Choo Keong, Ahli Palimen Wangsa Maju, pada 5 hb November 2009.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya berdiri untuk mengambil bahagian dalam debat Bajet 2010.

Saya menyokong slogan “RAKYAT DIDAHULUKAN” yang disarankan oleh PM. Akan tetapi, nampaknya ia adalah satu slogan kosong sahaja kerana campurtangan oleh “UMNOputras” dalam pentadbiran Kerajaan termasuk DBKL.

Contoh: Danau Kota Uptown Pasar Malam di Wangsa Maju

Adanya 500 penduduk di kawasan Danau Kota, Wangsa Maju telah menandatangani satu petisyen untuk menentang terhadap Pasar Malam Danau Kota Uptown di Wangsa Maju di mana ia beroperasi setiap malam dari 10 malam hingga 4 pagi berhampiran dengan kawasan perumahan. Jam operasi ini adalah tidak pernah didengar dalam masyarakat tamadun mana-mana kecuali Boleh Land ini. Petisyen itu telah diserahkan kepada Datuk Bandar KL pada Julai 2009. DBKL bukan setakat tidak mengambil tindakan untuk memindahkan pasar malam dari kawasan perumahan, dalam masa kini, DBKL telah meluluskan 30 gerai tambahan untuk UMNOputras. Adakah ini in line dengan slogan BN “Rakyat Didahulukan”? Saya diberitahu bahawa UMNOputras ini telah menyewakan 30 gerai-gerai tambahan ini dengan sewaan RM1,000 setiap bulan. Tukarlah slogan ini kepada “UMNOputras DiDahulukan”.

Tuan Yang di-Pertua

Pasar Malam yang beroperasi sehingga 4 pagi dalam satu kawasan perumahan adalah tidak boleh diterima kerana ia telah menyebaban pelbagai gejala sosial. Indeks jenayah juga telah meningkat di Wangsa Maju. Ia menyebabkan kesesakan lalu lintas. Kereta-kereta diletak di depan gate rumah menyebabkan masalah akses kepada penduduk. Ia juga menyebabkan pencemaran bunyi (bising – gangu kacau dan sebagainya) “noise pollution” di kawasan itu. Fakta semua ini telah menyebabkan harga rumah di kawasan Danau Kota jatuh dengan banyak.

Saya ada terima banyak aduan dengan masalah dengan penjaja meletakkan kerusi dan meja di atas jalan awam di mana ia telah menimbulkan banyak masalah di Wangfsa Maju dan juga mengacam keselamatan awam. Sudah ada satu contoh yang ketara di Selangor beberapa tahun lepas dimana orang awam di langgar dengan kereta dan mati. Saya berharap DBKL mengambil tindakan dengan segara diatas perkara ini unutk kepentiongan orang awam.

Dengan melihat kesan tak sensitif oleh DBKL terhadap penduduk-penduduk di Danau Kota, slogan “Rakyat DiDahulukan” adalah satu slogan kosong.

Tuan Yang di-Pertua,

Mungkin Datuk Bandar tidak berani untuk mengambil tindakan kerana UMNOputras adalah dalang sebaliknya. Saya tahu bahawa Datuk Shafie Abdullah, setiausaha politik PM selaku Menteri Kewangan, yang sangat aktif dengan pentadbiran seharian DBKL. Saya diberitahu bahawa dia adalah de facto Datuk Bandar KL.

KERUSI DAN MEJA DI LETAKKAN ATAS JALAN RAYA

Saya ada menerima banyak aduan mengenai dengan kerusi dan meja di letakkan atas jalan raya dan tiada tindakan diambil oleh DBKL. Kegiatan ini mesti dihentikan dengan segara kerana ia menimbulkan banyak masalah kesesakan jalan raya dan menjejaskan keselamatan orang awam. Kita sudah ada bukti di Selangor bahawa orang awam telah dilangar oleh kereta dan mati.

Walaubagaimanapun, saya berharap bahawa Menteri Wilayah Persekutuan yang baru memberi penjelasan apakah tindakan untuk kepentingan rakyat akan diambil oleh DBKL untuk memindahkan pasar malam ini ke tempat lain yang jauh daripada kawasan kediaman dan kes kerusi danmeja telah diletakan di atas jalan raya.

Tuan yang di-Pertiua,

Datuk Shafie Abdullah, Setiausaha Politik Kepada PM

Saya mesti menarik perhatian PM melalui Dewan Yang Mulia ini bahawa kelakuan Datuk Shafie Abdullah adalah bertentangan dengan kepentingan PM dengan bercampur tangan dengan pentadbiran seharian DBKL. Saya ingin menanya samada YAB PM ada memberi arahan kepada Datuk Shafie untuk mentadbir DBKL secara langsung atau tidak langsung untuk menjadikan Datuk Ahmad Fuad, Datuk Bandar KL sebagai seorang “puppet”nya.

Nampaknya Datuk Shafie ada banyak “free time” untuk memain politik di DBKL dan kawasan Wangsa Maju dan kawasan lain. Saya tahu dia memain politik “on the ground” kerana dia ada niat menjadi popular supaya dia mencapai matlamatnya untuk menjadi Menteri taka lama lagi. Dia memang amat ambitious seperti Norza, bekas Setiausaha Politik Menteri Kewangan yang telah di tuduh di Mahkamah di Pahang kerana rasuah.

Saya berharap Datuk Shafie Abdullah, seorang UMNOputra, sila mengambil perhatian kedudukan sekarang sahabat karibnya, Norza.

MR “POLITICAL TOLL”

Saya telah dapat banyak “rumours” terhadap Datuk Shafie ini. Dia amat berkuasa kerana kedudukannya sebagai setiausaha PM selaku Menteri Kewangan. “This “Mr Political Toll” has been dropping PM name every corner of Malaysia.”, dengan izin.

Dia telah dapat satu gelaran yang hebat dan sesuai iaitu “MR POLITICAL TOLL”. Saya tak faham apa maksud “MR POLITICAL TOLL”. Toll jalan, saya faham! POLITICAL TOLL, saya tak faham. Samada maksud “Toll” ini adalah kutipan Toll untuk perjalanan ke pejabat PM atau Menteri Kewangan? Kemungkinan YAB PM lebih faham atau teliti mengenai apa maksub gelaran “MR POLITICAL TOLL” yang telah dianugerahkan kepada Setiuasahanya, Datuk Shafie!.

Saya ingin memberi amaran kepada Datuk Shafie jangan bermain politik di DBKL – hand off DBKL let the officers do their work without interference. Keep your “Political Toll” to Kementerian Kewangan dan Pejabat Perdana Menteri. DBKL adalah untuk menjaga kepentingan wargakota di Wilayah Persekutuan dan bukan kepentigan politik “Mr Political Toll”, Datuk Shafie Abdullah.

Saya ingin memberi satu contoh yang amat jelas terhadap percampuran tangan dengan pentadbiran harian DBKL oleh Si Political Toll ini (Datuk Sahfie Abdullah). Pengawai tinngi telah berjanji untuk mengambil tindakan terhadap struktur haram yang dibina oleh Restoran Rashatini di Seksyen 2, Wangsa Maju. Gerai penjaja ini adalah dibina di atas tanah kerajaan tanpa kebenaran dan telah menduduki atas kaki-lima (pavement) dengan tiada ruang untuk orang awam berjalan. Gerai itu memlebihi 10 kaki x 30 kaki yang dibenarkan dibawah undang-undang kechil DBKL. Saya telah diberitahu oleh pegawi tinggi DBKL bahawa DBKL tidak boleh mengambil apa-apa tindakan sehingga DBKL dapat kebenaran daripada Mr Political Toll ini. Hebatnya kuasa Mr Political Toll ini sampai pegawai tinggi DBKL pun takut kepada dia.

Kerana campur tangan politik “poltical interference” oleh Mr Political Toll sehingga hari ini (sudah 5 bulan) tiada apa-apa tindakan diambil oleh DBKL terhadap struktur haram tersebut.

Tuan Yang Di-Pertua,

Berani saya cakap dengan terus terang bahawa “the 4th Floor Syndrome” masih wujud di Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan. Saya fikir bahawa “4th Floor syndrome ini wujud pada zaman Kerajaan “Tertidur” sahaja. Saya berharap PM mengambil perhatian terhadap “Mr Political Toll” ini dan kuncu-kuncunya.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya bersetuju dengan PM semasa beliau menyatakan bahawa “Kerajaan meikul tanggungjawab besar untuk memastikan bahawa hasil Negara dinikmati oleh seluruh rakyat secara adil dan saksama.”

Tuan Yang di-Pertua,

Pentadbiran Suruhanjaya Sekuriti

Unico Holding Bhd (UHB) telah ditubuhkan untuk masyarakat orang Tiong Hua tetapi sarikat ini telah dipergunakan oleh pengrahnya, Tan Sri Ngan Ching Wen an kuncu-kuncunya iaitu, Teoh Hock Chai @ Tew Hock Chai, Dr Yeong Cheong Thye @ Yeong Yun Chai, Lim Guan Teik untuk kepentingan mereka sendiri. Mereka telah mengabaikan masyarikat orang Tiong Hua. Mereka mengunakan pelbagai taktik-taktik perniagaan kotor dan Unico Holding telah dijadikan sebuah syarikat persendirian Tan Sri Ngan Ching Wen dan kuncu-kuncunya.

Mereka ini adalah “corporate crooks” yang mesti di “flushed out from our corporate world” to protect members of the public from being cheated by these corporate crooks, dengan izin.

Tan Sri Ngan Ching Wen

Semenjak pertubuhan UNICO Holding Bhd, Tan Sri Ngan Ching Wen selaku pengarah dari tahun 2000 hingga 2002 selepas diiystiharkan sebagai seorang bankrupt, sehingga sekarang, telah melanggar beberapa undang-undang termasuk (i) Section 132 (1) Akta Syarikat 1965 dengan tidak melaksanakan kewajipan untuk kepentingan yang terbaik untuk Unico Holding Bhd, susidiarinya and syarikat-syarikat berkaitannya telah melanggar kewajipan fidusiarinya terhadap Unico Holding Bhd, (ii) mengambil tindakan untuk memudaratkan kepentingnan minoriti di Unico Holding Bhd (iii) memasuki beberapa transaksi-transaksi parti berkaitan yang tidak dikemukakan kepada penguatkuasa dan (iv) melanggar beberapa kesalahan-kesalahan termasuk insider trading melanggari Capital Market and Services Act 2007.

Contoh yang amat jelas:

Projek Di Xi-an Negara People Republic of China

Deposit Sungguh-sungguh (Earnest Deposit) / Pelanggaran Amanah Jenayah (Criminal Breach of Trusts)

Pada 18.9.2009, ia adalah didedahkan dalam mesyuarat umum tahunan Unico Holding Bhd bahawa Tan Sri Ngan Ching Wen telah mendapatkan satu pinjaman daripada Unico Holding Bhd, menerusi subsidiari Unico Holding Bhd iaitu Shanghai Orchid Garden Properties Development Co. Ltd berjumlah RMB10 juta dengan alasan untuk membayar deposit untuk mendapatkan satu projek pembagunan di Xi’an untuk Unico Holding Bhd.

Tan Sri Ngan telah melanggari undang-undang dengan mendapatkan satu pinjaman peribadi daripada syarikat dan seterusnya, sampai sekarang, deposit tersebut itu adalah tidak dapat dikesan dan dana itu telah disalurkan kepada satu syarikat yang dikawal oleh Tan Sri Ngan Ching Wen di Hong Kong, iaitu, Group 5 International Investment Ltd (“Group 5”). Pengarah-pengarah Group 5 adalah Tan Sri Ngan Ching Wen, Lim Guan Teik and Yeong Cheong Thye. Ini adalah satu kesalahan “criminal breach of trust”.

Saya juga difahamkan bahawa penipuan dan pelanggaran undang-undang yagn telah dilaporkan kepada Suruhanjaya Sekuriti tetapi sehingga kini tiada apa apa-apa tindakan diambil. Inikah “Rakyat DiDahulukan” oleh Kerajaan “1 Malaysia? Saya berharap bahawa YAB PM selaku Menteri Kewangan boleh memebri penjelasan apakah tindakan akan diambil oleh Suruhanjaya Sekuriti terhadap “corporate crooks” terebut demi menjaga kepentingan pemengang saham kecil di dalam Negara.

Kami menyeru pihak pihak berkuatkuasa, termasuk polis, Securities Commission dan Surahanjaya Syarikat Malaysia untuk mengambil tindakan trhadap “corporate crooks “ tersebut dengan segara. .

Tuan Yang di-Pertua,

Bagaimana kekayaan Negara dapat dinikmati oleh rakyat dalam keadaan yang adil dan saksama semasa dana Negara adalah dipersalahgunakan dan disedut keluar oleh individu atau syarikat-syarikat menggunakan dokumen yang tidak sah?

Ministry of Science, Technologies and Innovations

TechnoFund – Venturepharm asia Sdn Bhd

Sebagai contoh, Kementerian Science, Technologies and Innovation (MOSTI) semasa berurus dengan TechnoFund juta-juta Rnggit telah diagihkan dengan tiada kawalan kepada syarikat penyelidikan palsu. Venturepharm Asia Sdn Bhd (Venturepharm), satu syarikat yang dimiliki dan dikawal oleh Madam Grace Chen Oyan Yun Shai, yang berasal dari Taiwan. Venturepharm menggunakan satu perjanjian palsu yang telah ditandatangani dengan XLW Inc di USA untuk membuat penyelidikan bio-feed. XLW Inc adalah tidak wujud. Dengan tiadanya proses pencarian dan siasatan yang sewarjanya, MOSTI telah memluluskan Technofund berjumlah RM5.36 million kepada Ventruepharm. Dalam tempoh satu tahun, MOSTI telah membayar sejumlah RM2.3 million dengan tiada “due diligent”.

Saya telah memberi semua maklumat-maklumat yang terperinci termasuk Joint Venture agreement, emails dalam sessi Parlimen terdahulu berkenaan penipuan Venturepharm dan juga telah memberi bukti-bukti dokumen kepada Menteri MOSTI, sehingga sekarang, MOSTI belum mengambil apa-apa tindakan untuk mendakwa pengarah-pengarah Venturepharm atau mengambil apa-apa tindakan untuk menuntut wang rakyat sejumlah RM2.3 million yang ditipu oleh Grace Chen Oyan Yun Shai.

Apakah tindakan akan di ambil oleh MOSTI terhadap pengarah Venturepharm ia itu Grace Chen Oyan Yun Shai?

Tuan Yang di-Pertua,

Venturepharm Asia Bhd dan Madam Chen Oyan Yun Shai bukanlah menipu MOSTI sahaja ia juga ada terlibat dengan Kementerian Pelancongan.

Saya menyeru Menteri Perlancongan untuk memberi penjelasan:

  1. Memandangkan pembantu peribadi terdahulu Menteri, iaitu Madam Ivy See adalah seorang pengarah eksutif Daley PR, adakah ia mempunyai satu conflict of interest terhadap Menteri semasa memberi kontrak pengiklanan kepada Daley PR untuk kerja-kerja pengiklanan di China?
  2. Apakah alasan-alasan tender pertama Malaysian Pavilion Project dibatalkan selepas Menteri mengambil jawatan sejak April 2009?
  3. Apakah alasan-alasan sementara akhir bulan June 2009 Venturepharm telah dianugerahkan dengan kerja pembinaan Malaysian Pavilion di mana ia tidak mempunyai rekod dalam kerja pembinaan semasa Venturepharm telah didedahkan di Parlimen dengan terlibat dengan penipuan MOSTI untuk mendapatkan TechnoFund?
  4. Adakah ia mempunyai apa-apa perbezaan (variation order) dengan jumlah RM10 to 20 million untuk Malaysian Pavilion project?

Sekian, terima kasih.

Wednesday, November 4, 2009

Rosmah guna jet Tiong King Sing


Menurut sumber dalaman Umno isteri tercinta Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dilaporkan menggunakan jet peribadi milik Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Datuk Seri Tiong King Sing yang dikaitkan dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Beliau dikatakan telah mengguna salah sebuah jet mewah kepunyaan Tiong beberapa kali untuk tujuan peribadi.

Bagaimanapun, nama Rosmah tidak diheret sepanjang isu yang menarik perhatian rakyat Malaysia itu berlangsung.

Adalah difahamkan Najib kini sedang berusaha untuk membersihkan nama Rosmah supaya tidak terkait dalam penyiasatan skandal PKFZ dengan menubuhkan berbagai jawatankuasa bertindak bagi mengaburi mata rakyat.

Sebelum ini laman web Malaysia Today juga mempersoalkan kaitan Rosmah dengan Deepak Jaikishan, salah seorang daripada lima pengarah sebuah syarikat, Carpet Raya Sdn Bhd (492434-H).

Laman web itu juga mempersoalkan kaitan Rosmah dengan sebuah syarikat, Carpet Raya Sdn Bhd (492434-H) yang dimiliki lima pengarah dengan jumlah saham yang sama banyak dan modal berbayar RM8.7 juta.

Selain Deepak, empat lagi pengarah ialah Jaikishan Rewachand a/l Rewachand Bhojumall, Tekwani Durupadi Jaikshen a/p Tulsidas, Rejesh a/l Jaikishan dan Dhanesh a/l Jaikishan Rewachand.

Dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan kesemua mereka memiliki jumlah saham yang sama banyak dengan modal berbayar RM8.7 juta.

Akaun terakhir syarikat yang didaftar 10 tahun lalu menunjukkan syarikat itu memiliki aset hampir RM90 juta dengan tanggungan keseluruhan RM67 juta dan simpanan melebihi RM12 juta.

Secara rasmi, pendapatan syarikat pada 2005 adalah RM122 juta dan keuntungannya lebih RM7 juta tapi nilai sebenarnya dijangka jauh melebihi angka berkenaan.

Keuntungan besar syarikat yang menjalankan perniagaan menjual karpet itu menimbulkan kecurigaan.

Nilai pendapatan dan keuntungan itu terlalu menjolok mata untuk sebuah perniagaan karpet.

Monday, November 2, 2009

Gaji adik ipar Rosmah ?

Nazir’s pay revised down last year

IT has been pointed out that the Sunday Star’s focus report on Sept 6 on ministers’ and elected representatives’ salaries had not updated the remuneration for CIMB chief executive Datuk Mohamed Nazir Tun Razak.

His office pointed out that the figure produced in our graphic on CEO annual salaries was outdated and Nazir had taken a “pay cut.”
“This reduction is in line with the variable compensation paradigm of global banks which CIMB practises. His salary package went from RM9.35mil in 2007 to RM5.13mil in 2008,” his office stated.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/9/11/nation/4690509&sec=nation

Masalah dalam negara ini ialah agihan ekonomi........

Sunday, November 1, 2009

Badrul keluar PKR dan kini menjadi ADUN BEBAS mesra BN

Akhirnya Badrul Hisham ADUN Kelang membua keputusan untuk keluar dari parti PKR dan kini menjadi wakil rakyat Bebas mesra BN. Antara sebab yang telah diberikan oleh Badrul adalah , sebagai seorang Islam beliau tidak mahu bersekonkol dengan perbuatan Anwar dalam kes liwat terhadap Saiful.Beliau merasa sangsi apabila Anwar sering cuba melewatkan kes perbicaraan dan Anwar dan Wan Azizah tidak pernah menerangkan kepada ahli dan pemimpin parti mengenai kes ini.

Bercakap dalam satu sidang akhbar petang ini, Badrul berkata beliau menjadi lebih syak terhadap Anwar yang menurutnya sengaja melengah-lengahkanperbicaraan dan enggan pula menjelaskan perkara itu kepada ahli-ahli parti.Bercakap dalam satu sidang akhbar petang ini, Badrul berkata beliau menjadi lebih syak terhadap Anwar yang menurutnya sengaja melengah-lengahkanperbicaraan dan enggan pula menjelaskan perkara itu kepada ahli-ahli parti.

Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui bahawa parti pembangkang utama itu sedang berdepan dengan masalah dalaman ekoran peletakan jawatan beberapa pemimpin utamanya.
“Kekecewaan yang diluahkan oleh sebilangan rakan dan ahli parti ada asasnya…,” katanya hari ini.Sejak dua hari lalu, PKR menerima tamparan ekoran peletakan jawatan naib presidennya Datuk Jeffrey Kitingan dan timbalan ketua Wanita Sabah, Christina Liew serta desas-desus mengenai kemungkinan setiausaha agung Datuk Salehuddin Hashim juga akan meletak jawatan.Dr Wan Azizah berkata lagi, PKR akan menempuh saat sukar “untuk mencipta kesimbangan kepimpinan yang terbaik dan strategi yang ampuh untuk mengangkat mereka ke tahap perjuangan seterusnya.”

Jelas PKR sekarang menghadapi krisis kepimpinan dan ada yang berkata punca utama adalah keranahubungan intim Anwar dan juga Azmin Ali.

Untuk Perhatian Khairy Jamaluddin Unit Media akan jadi musuh dalam selimut

Jika kita membaca tulisan di Unit Media Baru milik Tun Faizal kita akan melihat cara penyampaian blog berkenaan sebiji seperti cara penyampaian blog Parpukari dan ianya hampir menyerupai Fotokopi kepada Blog Parpukari yang mana blog ini sendiri adalah blog Fotocopy. Jelas Tun Fasal gagal sekali lagi menyempurnakan tanggung jawab yang diberikan oleh Ketua Pemuda UMNO kepada beliau seperti mana beliau gagal untuk mengemudikan Siber Tropper ketika Hishamuddin menjadi Ketua Pemuda yang lalu.

Tun Faisal perlu mengakui hakikat ini bahawa siber Trooper yang di amanah kan oleh Hishamuddin kepada Faisal dahulu gagal di jalankan oleh Tun Faisal kerana Tun sebenar nya kurang pengalaman dalam peperangan IT dan beliau juga tidak berpengalaman dalam bidang IT tetapi hanya mahu menonjolkan diri dalam bidang ini bagi melonjakkan nama beliau sebagai EXCO Pemuda UMNO. Lihat sahaja kali ini beliau gagal mendidik atau mengenal pasti bloggers sebenar tetap beliau menggunakan peruntukan UMNO untuk membela bloggers yang tidak berkualiti dan sekali gus menjadikan blog pemuda sebagai blog yang tidak ada kualiti langsung, Disamping itu Tun Fassal mengambil kesempatan membaling batu dan menyorok tangan melaksana kan dendam beliau terhadap bos beliau KJ.

Tun Faisal adalah meriupakan fanatik Mukhriz ketika pemilihanUMNO yang lalu dan dendam terhadap KJ masih membara kerana jangkaan mereka bahawa Mukhriz akan menang meleset dan kerana terlalu yakin mereka kini kecewa yang teramat sehingga tidak boleh menerima kekalahan, Mereka pada mulanya mengada dengan pertolongan Tun , Mukhrixz akan menang mudah , Malangnya mereka lupa Tun juga sering membuat kesalahan dan kesilapan . Tun juga sering kecundang dengan keputusan beliau.

Friday, October 23, 2009

UMNO – ada kepimpinan perlu di tunjukkan laluan keluar


Perubahan dalam Umno tidak akan berhasil selagi kepimpinan yang kosong masih lagi diberi tempat dalam memimpin baik Umno mahupun kerajaan. Usaha perubahan Umno perlu menyaksikan kepimpinan retorik dan kepimpinan yang lemah di tunjukkan laluan keluar. Selagi itu tidak dilaksanakan maka selagi itulah Umno akan berubah secara superfisial sahaja. Beberapa kepimpinan perlu di tukar. Kepimpinan yang ada rasuah terpalit pada diri ini, kepimpinan yang tidak tahu asas perjuangan Umno – menipu dan retorik perlu dinyahkan sebelum Umno di buang oleh rakyat. Kita patut sedar bahawa pemimpin yang hanya tahu bercakap tetapi tidak tahu melaksanakan – pemalas dan penakut – tidak inovatif tidak kreatif perlu di buang kerana ini akan merosakkan Umno yang sedia kita maklum semakin parah.

Kita patut nampak siapa yang perlu di gugurkan dalam kabinet yang ada hari ini. Najib perlu konsisten tanpa memegang sentimen favorable untuk melantik Menteri yang semata-mata dilantik kerana kronisme tanpa menilai arah dan kejauhan pandangan dalam memimpin.

Siapa yang akan dapat membantu – sekiranya disingkirkan untuk menunjukkan bahawa Umno memang sudah bersiap sedia untuk di ubah dan berubah. Siapa!